Salak Pekerti Homestay KLIA KLIA2
8:46 PGBismillahirrahmanirrahim.
Penginapan terakhir kami sebelum terbang ke sarang ialah di Salak Pekerti Homestay KLIA KLIA2 beralamat:
No 11, Jalan SP22,
Desa Salak Pekerti,
Sepang 43900 Selangor.
Melalui tempahan Booking.com, penginapan rumah teres satu tingkat tiga bilik ini menawarkan harga RM247.50sen untuk satu malam. Kemudahan yang disediakan hanyalah yang asas, dan rasanya (lupa-lupa ingat) tiada WIFI. Ada tiga bilik tidur dan dua bilik air. Memang kasihanlah anak-anak tidur dalam bilik tanpa penghawa dingin dan dalam keadaan panas hingga berpeluh-peluh. Namun begitu, apa yang penting bagi kami ialah tempat penginapan ini lebih kurang 11 kilometer sahaja dari lapangan terbang.
Salak Pekerti Homestay KLIA KLIA2 |
Ruang tamu yang luas, dilengkapi dengan televisyen skrin rata. |
Ada meja makan enam kerusi dan sebuah sofa. |
Dan juga sterika serta papannya. |
Diruang tamu ini ada sebuah penghawa dingin. |
Bilik tidur Abang Farid dan Aseeyah. Hanya ada katil dan penyangkut baju. Tiada almari pakaian dan tiada penghawa dingin. |
Bilik tidur Fuad. Juga tiada penghawa dingin. Waktu itu negara kita sedang mengalami suhu yang sangat tinggi. Fuad terpaksa buka tingkap sampai ke pagi kerana bilik terlalu panas. |
Bilik air |
Bilik tidur kami, ada dua buah katil dan ada penghawa dingin. |
Almari solek dan tempat sangkut pakaian. |
Bilik air. |
Inilah ruang dapur, ada peti sejuk dan dapur serta pinggan mangkuk. |
Oleh kerana kedudukan homestay ini dekat dengan lapangan terbang, jadi selalulah ternampak kapal terbang berlegar di udara. Entah hendak ke mana, atau mungkin hendak mendarat di KLIA Terminal 1 atau KLIA Terminal 2.
Awal pagi lagi, kami sudah meninggalkan tempat penginapan ini untuk urusan daftar masuk di KLIA Terminal 1.
7 comments
Kemudahan asas sahaja ada tapi kelebihannya dengan dengan airport. Ruang tamu luas sungguh Kak Amie sampai perabot nampak kecik, hehehe.
BalasPadamsaya pernah rasa duduk homestay tanpa aircond terpaksa bangun mandi tengah malam 3,4 kali,awal pagi terus checkout tak sanggup nak tunggu lama2
BalasPadamSaya suka kalau luas macam tu, rasa tenang
BalasPadamade pro and cons..cuma part yg okay sbb dekat dgn airport je
BalasPadamRumah luas tapi tu la kemudahan plak nampak macam kurang..takpe la..nak tido untuk rehat sebelum ke airport kan...
BalasPadamRasanya homestay di semenanjung ni kena ada air cond setiap bilik. Baru selesa orang menginap. Barulah rasa berehat. Tak dapat tidur panas, rasa letih dan stress juga. Tapi itulah, kadang kita terpaksa juga sebab dekat dengan KLIA. Semoga ada penambahbaikkan dimasa akan datang.
BalasPadamKemain besar ruang tamu HS ni... patut owner invest pada penghawa dingin.. tapi mungkin pendapat owner HS sebagai persinggahan sahaja. Tapi bila kita nak duduk HS walau sekejap still nakkan tempat yang selesa.
BalasPadam