Nasi Goreng Tom Yam Happy Spoon Kegemaran Firdaus
11:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas aktiviti kokurikulum selesai, kami menghadiri LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) pula. Amie bawa bekal nasi himpit dengan rendang rusa. Jadi, sementara rehat 15 minit untuk mengikuti LADAP, Amie makanlah dulu. Selesai LADAP memang cepat-cepat lari cabut balik!
Encik Suami sudah menunggu di depan pagar, dan sebaik buka kereta nampak Firdaus tersengih-sengih. Sempat sentuh dahinya. Masih ada sedikit rasa panas. Tetapi di wajahnya sangat ceria pula, sambil berkata: Mommy, Daus nak makan nasi goreng tom yam!
Haaa.... tak lain tak bukan nasi goreng tom yamnya di Happy Spoon Restaurant. Barangkali sudah mula berselera makan, jadi kami pun terus menuju ke tempat makan tersebut.
Nasi Goreng Tom Yam |
Firdaus sedang memilih menu. |
Sudah tentu rasa gembira sebab sudah terjumpa kod menu makanan yang hendak dipesan. |
Kemudian Firdaus memilih minuman pula. |
Wajah budak baru mula baik dari demam. |
Manjanya anak Baba! |
Pesanan pertama sudah sampai. |
Firdaus dengan Strawberry & Fresh Milk RM8.50 |
Firdaus : Nasi Goreng Tom Yam RM11.50 |
Baca doa dulu. Encik Suami tegur supaya letakkan sudu. |
Bismillah. |
Amie dan Encik Suami tidak memesan makanan berat kerana masih berasa kenyang. Kami memilih kudapan dan dessert sahaja:
- Cheezy Wedges Fried
- Fried Popiah
- Onion Ring
- Dragon Fruit & Mango Iced Shaved
Cheesy Wedges Fried RM8.00 |
Sudah tentulah Firdaus tidak senang hati melihat Cgeezy Wedges Fried di depannya. Nasi Goreng Tom Yam tidak habis dimakan, dan dia minta bungkus bawa pulang sebab hendak makan kentang goreng! Tapi tak banyak pun Firdaus makan.
Fried Popiah RM6.50 |
Set popia ini ada tiga keping. Besar saiznya dan banyak intinya. Sos pencecahnya pun sedap. |
Onion Ring RM7.00 |
Firdaus hanya makan dua gelang bawang goreng saja.
Selebihnya kami minta bungkus. Jadinya kami bawa pulang Nasi Goreng Tom Yam dan Onion Ring. Minumannya pun Firdaus tak dapat habiskan dan kami bawa pulang juga.
Dragon Fruit & Mango Iced Shaved RM14.50 |
Yang ini Amie makan berdua dengan Encik Suami. |
Inilah kedai makan transit yang menjadi pilihan Firdaus pada waktu tengah hari selepas tamat sesi sekolah rendah. Kami akan beli makanan bungkus di sini untuk Firdaus. Seterusnya bergerak untuk ke sekolah agama pula.
Di pertengahan jalan, kami berhentikan kereta di Taman Katak.
Firdaus akan makan di dalam kereta.
Di belakangnya tergantung baju untuk ke sekolah agama.
Selepas makan, Firdaus akan tukar baju di dalam kereta.
Firdaus tidak mahu bawa duit belanja ke sekolah kalau perutnya sudah kenyang!
Ada sekali, Firdaus minta belikan Tasty Butter Milk Chicken Rice.
Tasty Butter Milk Chicken Rice Bagaimanapun, Firdaus memang hanya akan memilih Nasi Goreng Tom Yam sahaja! Sedap sangat kot, atau memang menepati seleranya. |
Nasi Goreng Tom Yam |
Semenjak demam, Firdaus nampaknya tak boleh berenggang dari kita! Walaupun sedang tidur, dia akan cepat-cepat bangun mencari kita. Tak kiralah kita di dapur memasak, atau dalam bilik air. Waktu hendak tidur minta ditepuk-tepuk belakangnya. Aduhai anak.....!
8 comments
sedap sedap belaka menu pilihan firdaus...
BalasPadamanak bongsu kan kan... manjanyaaaa kalah baby😀
Nampaknya Daus dah kembali sihat dan ceria. Daus sama dgn kakak Iman, suka Nasi Goreng Tomyam.
BalasPadamnampak mcm lapar sangat sampaikan belum baca doa sudu sudah ditangan...tp tak habis pulak ye. takpelah..dapat makan sikit buat alas perut pun jadilah daripada tak ada selera terus.
BalasPadamAlhamdulillah sudah sihat ya Firdaus, tampak sangat berselera makan, semoga sihat selalu
BalasPadamGWS Daus...
BalasPadamNampak sedap nasi goreng tomyam tu..
Happy spoon ,& happy tummy jugak ni🤭
Semoga Firdaus beroleh kesihatan ye...x habis makan x pe...tekak dia tak sedap tu
BalasPadamAlhamdulillah..wah ceria sudah Firdaus. Sedap sangat agaknya nasi goreng tu. Yang lain tak pandang dah.
BalasPadamAlhamdulillah dah semakin sihat dah Firdaus.. Semoga diberikan kesihatan yang baik ye.. Aamiin..
BalasPadam