Jom Sesekali Makan Laksa Ayam
12:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pernah makan Laksa Ayam? Ini merupakan kali ketiga Amie makan Laksa Ayam di Happy Spoon Restaurant. Maknanya kalau sudah tiga kali makan, memang Laksa Ayam bukanlah sesuatu yang janggal atau asing untuk diterima tekak. Selama ini hanya makan laksa kuah ikan sahaja, jadi sesekali makan Laksa Ayam apa salahnya kan. Samalah seperti selalu makan asam pedas ikan, sesekali makan asam pedas ayam atau daging tetapi juga menyelerakan! Terpulanglah pada penerimaan tekak dan selera masing-masing untuk mencuba.
Laksa Ayam |
Kelmarin, Fairuz ambil Amie dan Firdaus dari sekolah. Oleh kerana waktu solat Jumaat masih jauh lagi, jadi Fairuz ajak kami makan tengah hari dahulu. Firdaus pula apabila dipelawa makan sudah tentu disebutnya Happy Spoon dan makanan yang diidamkan sudah semestinya Nasi Goreng Tom Yam. Entah apa istimewanya Nasi Goreng Tom Yam di Happy Spoon sehingga Firdaus hendak makan menu yang satu ini saja.
Seperti biasa, Firdaus jadi tukang tulis pesan makanan. |
Mango Ice Shaved |
Fairuz kata perutnya masih kenyang sebab makan di kampung. (Kelmarin hari pernikahan anak buah, Ummi Syazana. Ketika ini Encik Suami berada di kampung). Jadi Fairuz hanya memesan Mango Ice Shaved sahaja. Makan tiga orang pun tak habis! Semangkuk penuh dengan hirisan mangga di bawahnya dan ditutup dengan puri mangga di atasnya sebelum diletak ais krim vanilla di tengah-tengah.
Fairuz & Firdaus |
Nasi Goreng Tom Yam |
Bismillah |
Laksa Ayam |
Amie belum pernah masak Laksa Ayam. Setelah bertanya Pak Google, rupanya kuahnya daripada ayam. Tapi sewaktu Amie makan tak pula rasa kuah ayam... ahaks! Memang ada hirisan ayam di dalam mangku Laksa Ayam. Uniknya dunia masakan. Macam-macam ada.
7 comments
Kita ingat dia blend ayam masuk dalam kuah tu. Sekali pandang macam Laksa Sarawak pun ada.
BalasPadamSaya jarang makan laksa kak...bahkan sepertinya belom pernah deh..cuman sering dengar namanya aja .. Firdaus seperti biasa ya selalu catat pesan menu.😁
BalasPadamWah,menarik dan unik lalsa ayam..
BalasPadamTapi lagi tergoda ais mangga tu..
Eh,mana dah rambut panjang Fairuz..dah potong ek?
Nampak Fairus makin slim la
Rare laksa ayam... masak ni kalau kreatif mengolah resepi mcm² boleh jd kak
BalasPadampanas-panas dapat ABC mangga memang sedap haha
BalasPadamBelum pernah lagi makan laksa ayam. Mesti sedap kalau ulang pesan. Seronoklah Firdaus ada geng. Sedap sangat tu nasi goreng tom yam kat sini buat Firdaus teringat ingat kesedapannya.
BalasPadamteringin juga nak rasa laksa ayam... tapi kat sini mana pula nak cari. nak buat memang tak berasap laa dapur tu hahaha
BalasPadam