Ikan Layar Masak Lada Putih vs Ikan Layar Panggang

6:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap kali masak ikan layar, sudah semestinya kenangan sewaktu hayat MIL & FIL masih ada terus terbayang di mata. Manakan tidaknya, MIL yang ajar Amie masak ikan layar dengan lada putih. FIL pula kalau terjumpa ikan layar di pasar, mesti diborongnya paling kurang 5 kilogram! Jenuhlah MIL bersihkan sisiknya  yang panjang dan tajam seperti jarum halus yang tersembunyi di bawah kulitnya. Suatu hari, kami singgah di Kunak dan terjumpa ikan layar segar di pasar. Kami beli banyak, dan sebahagiannya dihantar ke kampung. Amie beritahu FIL tentang ikan kegemarannya. Masih teringat FIL berkata:
Masaklah nak (anak). Bapa suka yang digoreng lembik-lembik.
Kita pun masakkan untuk Fil. Tujuh hari kemudian, FIL kembali kepada-Nya. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.

Ikan Layar Masak Lada Putih

Kita selalu masak ikan layar ikut resipi MIL. Namun kadang-kadang kita ikut cara sendiri iaitu kisar semua bahan perencah. Sayangnya, rasanya agak berbeza dengan masakan air tangan MIL. MIL akan tumbuk dalam lesung semua bahan perencah seperti bawang putih, bawang merah, halia dan lada putih. Setelah masak, nampak  serabut-serabut halia pada kuahnya. Lada putihnya pula ada yang masih kasar. Apabila digaul bersama nasi dan sua ke mulut, terasa pedas lada putih yang dikunyah!

Baca tentang masakan ikan layar di sini: IKAN LAYAR MASAK LADA PUTIH RESEPI MAK MENTUA YANG SANGAT SEDAP!

Petang tadi, kita rajinkan diri tumbuk semua bahan perencah, dan masak ikut gaya MIL. 

Bahan-bahan:
500 gram ikan layar - bersihkan - potong ikut saiz yang disukai
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan secawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak
hirisan cili merah & hijau - pilihan

Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 cm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
2. Masukkan ikan layar dan gaul. Biarkan seketika sehingga ikan layar berubah warna.
3. Tuangkan bancuhan air asam jawa.
4. Biarkan sehingga masak mendidih, serta keluar minyak dan kemudian perasakan dengan garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Padamkan api dapur.
Ikan Layar Masak Lada Putih


Minggu lepas kita panggang  sepotong ikan layar. Temankan ikan layar panggang dengan sambal belacan mangga, ulam petai, timun dan salad yumak.

Ikan Layar Panggang.




Bubuh garam kunyit, panggang saja dalam kuali ajaib!

Ikan Layar Panggang & The Gang

Sewaktu anak-anak semua di rumah, kalau masak ikan layar memang habis licin. Teringat Fuad yang asyik menjeling mangkuk ikan layar, takut tak dapat menambah kalau yang lain menyambar terlebih dahulu. Sekarang, masak sepotong, makan bertiga pun tidak habis. Rindunya suasana itu!


 

25 comments

  1. Nampak besar ya potongan ikan layar tu bila masuk atas pemanggang. belum pernah jumpa lagi ikan ni kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiz ikan layar memang besar. Ada yang mencapai lebih 100kg seekor. yang saya panggang ini saiz kecil.

      Padam
  2. Sempat masak untuk FIL sebelum meninggal. Moga arwah tenang di akhirat sana...

    Sedao nampak ikan layar ni.. saya terliur.. memang beza kalau blend dengan tumbuk kan.. Lebih sedap yang ditumbuk rencahnya gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, moga arwah tenang di sana.
      Betul, memang ada beza hasil masakan kalau perencah ditumbuk / blend.

      Padam
  3. Alhamdulillah dpt mewarisi resepi arwah MIL. Moga dgn perkongsian resepi Amie ini arwah juga dapat imbuhan di alam sana. Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Sesekali dapat hidangkan masakan keluarga Encik Suami hasil resipi MIL.

      Padam
  4. Aduh...
    mana nak cari ni...
    Sedapnya isi ikan layaran..
    Satahu saya kalau kat Malaysia Barat ni ..kaki pancing akan ke Endau Rompin Mersing untuk layan terikan mencabar dari ikan layar dan marlin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaki pancing memang tak lepas peluang beraksi dengan hasil tangkapan, apalagi kalau dapat ikan layar.

      Padam
  5. Pernah jugak nampak ikan layar ni kalau pergi ke pasar besar. Sy memang tak pernah beli, tahulah, bukan pandai pun nak siang atau masak ikan-ikan macam ni. Terliur pulak tengok masakan dari dapur maya Kak Amie, nampaknya mambang rajin dah mula datang kembali tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kalau bukan kerana berjoodohan dengan orang LD, memang tak mungkin tahu ada ikan layar di dunia ini hihihiiii.

      Padam
  6. Kita tertarik dgn yg panggang tu.. makan dgn nasik panas menambah nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, makan dengan nasi panas memang menambah-nambah. Jemput ye Fiza.

      Padam
  7. saya, jika makan di kedai suka beli ikan ketul berbanding ikan sekor sekor. Paling best kalau dapat gulai kepala ikan....surr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan ketul banyak isi, tak ada tulang. Gulai kepala ikan memang banyak orang tak tolak.

      Padam
  8. Tak pernah rasa lagi ikan layar, tapi rasa macam nak cuba..sedap ye kak isi dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isinya pejal SK. Kak Amie suka yang berlemak, bahagian bawah perut dan bahagian sirip.

      Padam
  9. tebal betul isi nya kak.... mesti sedap di masak apa pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tebal isinya Dana. Goreng pun sodap!

      Padam
  10. Bermacam2 kenangan manis Kak Amie dgn ikan layar ni ye. Mak mertua saya pulak turunkan resipi daging hitam, mmg favourite anak2 dan suami sebab rasa sama macam nenek/mak masak kata mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu daging hitam. Saya pernah masak. Mewah bahan-bahannya tapi berbaloilah sebab memang sangat sedap.

      Padam
  11. Alfatihah untuk kedua arwah. Memori-memori begitu akan selalu melekat dalam ingatan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Kadang rasa rindu, sebab tidak sempat berlama-lama dengan mereka semasa hayatnya.

      Padam
  12. Uish.. masak lada putih.. menarik.. Suka yang versi goreng tu.. cicah pula cili kicap.. pergh..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe