Rezeki di Pagi Jumaat

3:26 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi, James bawa banyak bungkusan berisi kuih-muih. Mungkin lebih dari sepuluh jenis. Kita sempat makan kuih broncong. Yang lain kita tak sempat tengok sebab kita tergesa-gesa hendak masuk kelas. Waktu rehat, sewaktu hendak masuk bilik guru, seorang kerani menahan kita. Katanya: Ada urusan Seri Paduka Baginda yang hendak diselesaikan. Cepat masuk pejabat!

Kita pun rasa berdebar-debar! Kelam-kabut kita masuk ke pejabat. Rupanya orang pejabat dengan guru-guru pusat sumber belanja makan nasi beriani.

Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.

Nasi Beriani.


Selain nasi beriani, lauk kari ayam ada pula popia dan karipap. Buah betik itu kita yang bawa sebagai bekal sarapan pagi. Mas pula belanja popia carbonara.


Nano bawa kuih keria. Aduhai! Inilah kuih keria yang sangat sedap. Kuih keria yang diperbuat daripada keledek dan disira dengan gula putih! Entah berapa ketul masuk perut!


Kuih seri muka ini pun Nano yang bawa. Sedap! Sangat sedap, cukup lemak manisnya!


Rupanya James bawa cendol! 


Jom menyendol!


Sue pula didihkan sup jagung!
Alhamdulillah. Rezeki makan-makan memang tak pernah putus. 
Setiap hari ada sahaja juadah yang dikongsi bersama.
Pendek kata kalau tertinggal dompet, janganah risau perut lapar sebab tak ada duit nak makan di kantin!



11 comments

  1. Masyaa Allah...Alhamdulillah ..dapat tengok makanan melimpah ni pun rasa sedikit kenyang dan nikmatnya mereka yang bersedekah serta yang dapat menikmatinya..
    James...saya nak juga cendol tu....🤭

    BalasPadam
  2. masyaallah...rezeki sungguh tu..sure lepas tu menung sebab kekenyangan..hehehehe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Syoknya, banyak makanan! :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, murah rezeki hari Jumaat. Bila tengok gambar2, rindu dgn makan2 di ofis satu ketika dulu. Kami dulu pun tiap2 hari Jumaat ada aktiviti 'We Care We Share' dan buat sharing yang tak berkaitan dgn kerja. Lepas tu acara wajib ialah makan2 hehe

    BalasPadam
  5. seri mukaaa...aduhai sedapnya... kalau jumpa mmg tak cukup satu. Tapi memang melonjak tinggi bacaan gula lepas tu. Pulut dan tepung bergula... lain macam gulanya

    BalasPadam
  6. Macam-macan juadahnya. Tu baru saja-saja, kalau ada sambut apa-apa mesti lagi meriah. Nak cendol sikit

    BalasPadam
  7. banyak nya makanan. paling best kuih seri muka tuu. Favourite.

    BalasPadam
  8. cendol tu sedap betul nampaknya..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah banyak makanan ada. Memang kenyang.

    BalasPadam
  10. Oh, patutlah sekarang Kak Amie berjalan 5 kilometer sehari, hihi.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, rezeki..Moga terus dilimpahkan rezeki....Hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe