Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (8) : Roti Telur
8:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak sibuk, tapi awal pagi masih sempat buat roti telur. Bawakan bekal untuk Firdaus sekali. Kalau roti telur memang suka sangatlah budak kecil itu makan. Siap bawakan sos cili dan jejari ayam. Balik sekolah petang tadi, dia minta gorengkan lagi jejari ayam. Pandai Firdaus balut jejari ayam dengan daun salad, dan digulung dengan roti.
Kita pun bawa bekal roti telur juga. Saladnya pula campuran romaine lettuce dan yumak, tambah isi udang rebus gaul dengan sos kewpie dan hias dengan tomato ceri. Tidak ketinggalan buah-buahan seperti limau sunkist, pisang kaki (persimmon)dan ceri.
Bekal Sarapan (8) |
- Roti Telur
- Salad : Yumak & Romaine Lettuce + Udang + Ceri
- Buah : Limau Sunkist + Pisang Kaki + Ceri
Salad & The Gang |
Buah Limau Sunkist + Pisang Kaki + Ceri |
10 comments
tengok menu salad tu terasa macam nak diet gitu...very healthy.
BalasPadamdulu masa kecik suka juga roti telur goreng gitu...tp sekarang ni tak boleh dah makan. ammi prefer roti salut telur pastu fry je atas pan with butter sikit..
Wak tak pernah beli buah pisang kaki
BalasPadamsihat dan lengkap kak... kenyang pun iya jugak
BalasPadamTeruja betul tengok sarapan kak amie ni la...warna warni kehidupan
BalasPadamEh, baru semalam buat roti telur ni :)
BalasPadamTapi, tak lengkap mcm Kak Amie, ada salad & buah-buahan :)
yg penting buah buahan tidak dilupa!
BalasPadamRoti telor, saya pun suka! :)
BalasPadamLama tak makan buah pisang kaki.
Menarik betul bekalnya...
BalasPadamSetiao hari berazam nak bawa bekal sihat...tapi sokmo bekal berat🙈
Lengkap penuh nutrisi bekalannya Tu kak
BalasPadamJimat masa buat bekal sekali bersama bekal Firdaus.
BalasPadam