Sembang Petang Isnin

7:45 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi jiran sebelah rumah datang ke rumah kami. Hajatnya untuk menjemput kami hadir di majlis kahwin anak lelakinya. Uniknya, setiap kali akan mengadakan majlis kahwin, jiran kami datang menjemput penuh adat. Pertama kali, memang terkejut tapi setelah empat kali kahwinkan anak dan ini merupakan kali kelima, jadi tidaklah kehairanan lagi. Jiran kami datang dengan membawa bungkusan kain. Setelah kami duduk, dibukanya ikatan kain dan dihulurkan kami sebuah bekas berisi gula-gula. Kami pun ambil gula-gula dan makan. Ketika itulah hajat disampaikan. Setelah selesai, bekas berisi gula-gula dibungkus semula dan diikat. Kemudian mereka pergi ke rumah yang seterusnya untuk tujuan yang sama 
Hajatnya, pada hari Khamis malam Jumaat (1 September 2022) kami dijemput menghadiri majlis berzanji. Keesokannya, hari Jumaat pukul 9 pagi, kami turut dijemput untuk menghantar anak lelakinya ke rumah pengantin perempuan untuk acara akad nikah. Persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada hari Ahad.
In syaa Allah, mudah-mudahan kami dapat hadir. Namun begitu pada pagi Jumaat mungkin tidak, kerana hari bekerja.

Kad Jemputan Kahwin

Rempeyek


Petang tadi juga, Amie buka bungkusan makanan pemberian rakan sekerja, Cik Warite.  Ada rempeyek buatan sendiri. Lama sungguh tak makan rempeyek asli yang digoreng ditepi kuali! Zaman sekarang banyak rempeyek  digoreng gunakan acuan. Sedap sangat rempeyek hasil tangan Cik Warite. Rangup dan cukup rasa! Dulu kami pernah tutorial buat rempeyek di rumahnya. Cik Warite ajar kami. Walaupun sudah biasa dengan resipi rempeyek sendiri, tapi hendak juga tambah ilmu resipi dari kaum lain. Cik Warite keturunan Buton.Dalam ramuan rempeyeknya ditambah hirisan daun limau purut.

Agar-Agar Lumut

Cik Warite juga hulurkan agar-agar lumut. Aromanya harum! Cik Warite gunakan daun pandan segar sebagai pewarna. Terima kasih Cik Warite. Semoga tambah rezeki dan sihat selalu.


Petang tadi kita tidak jalan-jalan keliling taman rekreasi. Kita sudah janji dengan Firdaus untuk goreng ikan bawal. Budak kecik itu tidak mahu makan ikan goreng yang sudah sejuk. Jadi, kenalah goreng apabila hampir waktu dia sampai ke rumah dari sekolah.

Sebelum itu kita jalan-jalan pusing keliling rumah. Apabila singgah di Taman Firdaus, terpandang pokok bunga telang yang sedang berkembang. Pokok telang ini melilit batang pokok epal bidara. Melihat bunga telang, terbayang nasi kerabu! Entah bila akan datang mambang rajin (pinjam perkataan keramat SK) nak datang!

Buah epal bidara yang terlebih masak dan tua di pokok.

Epal bidara lebat berbuah tetapi sebahagiannya menjadi busuk dan buruk kerana tidak dipetik dan tua di pokok. Biasanya orang yang lalu lalang di hadapan rumah kami akan petik buahnya jika terjuntai ke luar pagar. Jadi, buah epal bidara di dalam pagar, terbiar begitu sahaja.



Epal bidara yang menjadi rezeki burung dan kelawar.

Epal budara yang masih elok sempurna.


Masih lagi jalan-jalan di Taman Firdaus. Nampaknya pokok mata kucing brazil mula berbuah lagi. Tak lama lagi bolehlah makan buahnya.

Buah mata kucing brazil.


Kemudian kita ke belakang rumah. Ada setandan kecil pisang. Tak tahu pisang apa. Tengok di dapur ada setandan lagi pisang! Oooo... rupanya ada dua pokok pisang yang berbuah.



Pisang empat puluh hari.

Kita kata ini pisang lemak manis tapi Encik Suami kata, ini pisang empat puluh hari.



Rupanya anggur pun turut berbuah. Malas nak masuk bawah pokoknya, takut ada kerengga. Jadi ambil gambar dari jauh saja.

Mangga Udang.

Terakhir, sebelum masuk semula ke dapur kita nampak buah mangga udang yang masih muda.
Sekian, sembang petang Isnin.

5 comments

  1. Unik dan sangat beradab cara menjemput. Kad jemputannya pun begitu berseni dan cantik.

    Seronoknya...macam2 buah ada keliling rumah. Walau tak termakan, tapi tengok pokok berbuah pun satu terapi jugak.

    BalasPadam
  2. Menarik adat dari jiran cikgu...Suku kaum apa tu cikgu?
    Pasti ada simbolk gula-gula tu..

    Asal tengok mangga udang ni...teringat lagu Si Jali Jali nyanyian arwah Sudirman

    BalasPadam
  3. Menarik tentang adat menjemput tu.. mungkin lainkali cikgu boleh kupas lebih lanjut. Tertanya2 juga selagi tuan rumah tak makan gula-gula tu contoh sedang berpuasa, adakah si penjemput kena tunggu atau datang pada hari lain. Sukalah dengan adat menjemput macam ni, orang dulu terutama saudara terdekat akan datang sendiri bagitau majlis bukan sekadar hantar kad jemputan sahaja.

    BalasPadam
  4. Wah...serentak semua berbuah ha....bagus la Kak Amie dapat makan hasilnya beberapa kali dah kan

    BalasPadam
  5. amboi jemput pergi majlis macam nak meminang. mesti majlis nanti penuh adat jugak. susah nak jumpa lah di zaman moden ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe