Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (16) : Macaroni Carbonara Cendawan
8:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi bersemangat untuk kongsi Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja. Semakin hari semakin seronok menyusun buah-buahan dan menyediakan salad. Apabila menikmati bekalan bersama rakan-rakan, memang tidak ada istilah tidak habis. Alhamdulillah, apa yang dimakan sentiasa disudahi dengan doa dan harapan agar rezeki semakin bertambah dan dapat dikongsi bersama lagi. Bukankah berkongsi itu mengasihi? Dan yang mengasihi akan sanggup berkongsi. Masya Allah.
Bekal sarapan ringkas kali ini ialah Macaroni Carbonara Cendawan, tambah udang dan hirisan buah zaitun jeruk. Saladnya pula tanpa dressing, hanya romaine lettuce, ditambah hirisan telur rebus dan buah delima. Ada saki-baki buah-buahan, jadilah susunan buah anggur merah dan anggur hitam, rockmelon dan buah kiwi.
Bekal Sarapan Pagi (15) |
- Macaroni Carbonara Cendawan
- Salad : Romaine Lettuce + Telur Rebus + Delima
- Buah : Anggur Merah + Hitam + Rockmelon + Kiwi
Macaroni Carbonara Cendawan |
Salad & The Gang |
Buah : Anggur Hitam + Merah + Rockmelon + Kiwi |
15 comments
Keep it up Kak Amie. Antara post paling sy suka hihi...ambil inspirasi & ceduk Ilmu/idea ☺️
BalasPadamTerima kasih PH. Rasa lebih bersemangat untuk ke tempat kerja apabila bawa bekalan warna-warni.
PadamBento sihat
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamSukanya tengok bekal sihat cikgu...Suka tengok dan lagi suka kalau dapat join sekali🤭
BalasPadamTerima kasih Mama Cella. Mari join sekali.
PadamRAJIN MENYEDIAKAN BEKAL BERKHASIAT SIHAT SELALU INSYAALLAH
BalasPadamTerima kasih Kak PI. Mudah-mudahan sama-sama sihat. Amin.
PadamBila sy nak rajin macam Kak Amie ni. Hari2 sanggup bekal roti jer.
BalasPadamMari SK... sama-sama Mama Cella bawa bekal warna-warni.
PadamBekal yang ohsem.. sha suka bekas yang ada buah tu..
BalasPadamTerima kasih Sha.
PadamMeriah udang dalam carbonara pasta Kak Amie tu :)
BalasPadamTerima kasih Carneyz.
Padamterliur sungguh dengan bekal buah kak Amie. Rock melon sini jarang-jarang jumpa.
BalasPadam