Asam Rebus Ikan Jenahak & Sayur Labu Siam Masak Tumis

9:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi sempat masak-masak di dapur dan siap sebelum Encik Suami dan Firdaus pulang. Seperti biasa kedua-dua beranak ini sampai ke rumah lebih kurang pukul 5:45 petang. Ada lebih kurang 32 minit tiba waktu maghrib. Waktu inilah kami ambil kesempatan untuk menjamah hidangan nasi. Inilah makan tengahari merangkap makan malam kami di rumah.

Selepas makan, sudah tentulah kita urus bujang kenit Firdaus. Budak kecil ini sudah pun menghafal segala pesanan kita: Lepas makan, mandi. Kadang-kadang mandi dahulu, kemudian makan. Lepas itu, solat mahgrib. Kemudian baca al-Quran. Selepas solat isya' susun buku ikut jadual esok hari. Kalau ada kerja sekolah, siapkan. 

Kita cerita tentang masakan hari ini. Amie masak ringkas sahaja, masakan kampung. Masak rebus-rebus atas permintaan Encik Suami. Jadi, rebus ikan sajalah. Amie masak Asam Rebus Ikan Jenahak. Ada empat ekor ikan jenahak saiz kecil (anak ikan jenahak). Kita rebus dua ekor. Sayurnya pula, Amie masak tumis labu siam. Tambahkan sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.

Hidangan Makan Tengah Hari


Ikan Jenahak 

Asam Rebus Ikan Jenahak

Ada pun masakan Asam Rebus Ikan Jenahak ini kita masak gunakan bahan yang ada di dapur saja. Kita belahkan timun dan rebus bersama bahan kisar sehingga timun layu. Kemudian barulah kita masukkan ikan jenahak. Tak perlu masak lama kerana isi ikan jenahakini lembut. Jom kita lihat resipinya di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan jenahak - bersihkan
  • 1/2 batang timun - potong / belah ikut citarasa
  • 7 biji tomato ceri - belah dua
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 batang serai - diketuk
  • 800 ml air
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 2  tangkai cili merah - buang biji
  • 5 tangkai cili padi merah - buang biji
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama serai dan timun. Biarkan sehingga mendidih dan timun menjadi layu.
  2. Masukkan asam keping.
  3. Kemudian masukkan ikan jenahak bersama tomato ceri.
  4. Biarkan masak selama 3-4 minit.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau kuah beberapa kali dan keluarkan asam keping.
  7.  Padamkan api dapur

Sayurnya pula, kita masak labu siam. Di Sabah labu siam dikenali dengan nama timun jepung atau timun taiwan. Kadang-kadang kita jumpa labu siam yang berkulit licin, dan kadang-kadang jumpa yang ada duri sikit. Dengar ceritanya dari rakan-rakan berketurunan Cina, mereka suka masak sup labu siam sebab banyak khasiatnya seperti mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu labu siam juga sangat elok dimakan oleh pengidap diabetes, orang yang berpenyakit batu karang dan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.


Labu siam ini Amie masak tumis ditambah udang segar. Oleh kerana Amie mahukan hasil labu siam yang lembut, jadi Amie tumis dahulu labu siam bersama perencah lain dan apabila sayur sudah lembut, barulah Amie masukkan udang. Kalau tumis udang bersama perencah, sudah tentu udang terlebih masak dan kuranglah rasa manis udang tadi. 

Sayur Labu Siam Masak Tumis

Bahan-bahan:
  • 2 biji labu siam - kupas kulit - potong ikut suka
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 tangkai cili hijau - hiris
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 cawan isi udang segar
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 cawan air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan labu siam. Kacau rata dan kemudian tuangkan air. 
  3. Biarkan masak sehingga labu siam lembut dan kuah hampir kering.
  4. Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau serta udang.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali.
  7. Apabila udang berubah warna, padamkan api dapur.

Nasi pun sudah tersedia. Jom kita makan.

Sambal Belacan



Mulakan dengan menjamah buah honeydew terlebih dahulu.



Pada mulanya Firdaus tidak mahu makan sebab lauk ikan. Kita pujuk, kita suapkan nasi dengan ikan. Kalau lauk ikan, Firdaus hanya makan kalau disuap.

Asam Rebus Ikan Jenahak

Kemudian Firdaus cuba hirup kuah Asam Rebus Ikan Jenahak. Katanya, sedaplah Mommy masak!


Setelah sesudu, tambah lagi sesudu. Suap lagi sup ke mulutnya berkali-kali sampai berpeluh-peluh!


Kita pun ambil kesempatan, terangkan kepadanya tentang khasiat makan ikan untuk kesihatan. Kita puji-puji: Anak Mommy budak pandai! Begitulah antara cara nak beli jiwa anak....ahaks!


Belanja video Firdaus hirup kuah Asam Rebus Ikan Jenahak.


14 comments

  1. Masih ingat dogeng arwah nenek dengan mak dahulu pujuk makan sayur, kalau makan sayur nanti rambut cepat panjang, cantik. sebab dengar cantik pulun makan sayur sampai tua suka sayur.

    BalasPadam
  2. Sedap sangat tu Firdaus hirup sup sampai berpeluh-peluh.

    BalasPadam
  3. Pagi2 ni kecur kita tengok Asam Rebus Ikan Jenahak, Kak Amie. Amboi, Daus kena umpan dulu la ya. Tapi betul tu, Daus. Bagus makan ikan banyak, sedap pun sedap, apatah lagi mummy yg masak.

    BalasPadam
  4. Aunty SA tengok Firdaus hirup sup tu pun dah tau dah sedapnya macam mana...

    BalasPadam
  5. Rugi Daus tak makan, acik tengok gambar je pun dah terliur nak mencuba tau 😃

    BalasPadam
  6. Suka belajar resipi masakan berasaskan ikan dari blog Kak Amie ni. Sedap sangat la tu sampai berpeluh2 Daus hirup kuah asam tu.

    BalasPadam
  7. Sedapnya kak semua lauk pauk. Lagi2 ikan jenahak masak asam tu. Aduhh kecur!

    BalasPadam
  8. tiada yang lebih sedap selain masakan ibu. buktinya, anak awak selamba je hirup kuah dengan wajah berselera....

    BalasPadam
  9. Sedapnya asam rebus tu.. Lama tak makan..

    BalasPadam
  10. gitu rupa ikan jenahak ya mcm ikan merah ..ikan2 mahal ni xpernah beli heh heh

    BalasPadam
  11. sedapnya...hirup kuah asam rebus...

    BalasPadam
  12. Uih...Dausss...sedap
    nya hirup....slrup .slrup...dengan berlenggengnya ..nikmat sungguh🤣

    BalasPadam
  13. dana tak pernah masak labu siam tu kak, tapi tengok macam geram je udah rupa jambu air...

    BalasPadam
  14. Terliur acik tengok awak hirup kuah asam tu. Kiter dahla suka makan ikan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe