Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (21) : Ayam Panggang Air Fryer & Salad Kentang
3:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas terhenti kongsikan bekal sarapan pagi ke tempat kerja. Maklumlah kena jaga jahitan gusi, terpaksalah makan yang lembut-lembut sahaja. Setiap hari Amie hanya bawa bekalan dua butir telur rebus, buah betik dan buah tembikai yang tidak memerlukan banyak gigi untuk mengunyah! Tapi kalau perut sudah lapar, 'telan' sajalah apa yang boleh dimakan... ahaks! Mana kenyang setakat makan telur dengan buah! Kita pun hendak gunakan banyak tenaga di dalam kelas.
Baiklah, mari kita mulakan hari Isnin dengan penuh keceriaan. Usah berduka nestapa dan bermuram durja. Hidup ini pilihan. Pilihlah suasana tenang dan gembira sepanjang hari. Sentiasalah berlapang dada In Syaa Allah, sihatlah mental kita.
Kali ini Amie kongsikan bekal sarapan berupa Ayam Panggang Air Fryer, Salad Kentang dengan Makaroni dan buah limau sunkist serta tembikai madu.
Semua bahan ini disediakan pada sebelah petang, sambil masak hidangan petang, sambil buat persiapan bahan untuk bekal sarapan pagi. Kesemuanya disimpan dalam peti sejuk. Keesokan pagi, hanya keluarkan bahan-bahan tersebut. Boleh terus panggang ayam dalam air fryer dan tinggalkan saja. Sementara ayam panggang masak, bolehlah mandi dan menyiapkan diri untuk keluar bekerja.
Bekal Sarapan (21)
|
7 comments
Lamanya sy terlepas jamu mata dgn bekal Kak Amie ni :D
BalasPadamCantiklah baju yg dipakai oleh cikgu-cikgu ni. Warna merah putih tu nampak berseri.
Lama juga saya tak kongsi bekal sarapan.
PadamAda sambutan ambang merdeka ke, Kak Amie.
BalasPadamAduh, rasa tercabar tengok bekalan pagi Kak Amie.
Tak adalah SK. Saja suka-suka ambil gambar dengan gang kaki jalan.
PadamBekal ala koboi-koboi SK.
Terliur tgk bekal K.Amie.. xyah g kedai mkn mewah.. tu pun dh cuup mewah hehe
BalasPadamdah 21 dah...!
BalasPadamuittt..segak2nya berbaju sedondon dua dondon berdondon-,dondon...Semangat Merdeka!
BalasPadamDia tayang ayam panggang airfryer pulakkk...mengiurkan