Monday Blues?

9:40 PG

 

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebentar tadi terima mesej dari klinik pergigian, bertanya tentang keadaan kita selepas cabut gigi kelmarin. Kita jawab, semuanya okay dan baik-baik saja.

Dibalas kembali:
Jika gigi puan ada rasa sakit / berdarah, boleh terus call dengan kami buat appointment / walk in untuk review ya.

Kelmarin, kali ketiga mengurus gigi di klinik yang sama DI SINI. Minggu lepas, hari Rabu tampal dua batang gigi dan cabut gigi geraham. Kali ini cabut gigi taring bahagian bawah kerana berlubang di bahagian bawah akar gigi sudah mati. Sebenarnya janji temu Amie pada hari Sabtu, tapi sebab rasa takut menghantui diri, Amie minta Encik Suami tukarkan ke hari Ahad pula.

Hampir satu jam jugalah doktor gigi kerjakan gigi taring kita. Oleh kerana akar sudah rosak, maka patahlah gigi ketika dicabut. Tertinggallah separuh di dalam gusi. Usaha begitu dan begini, sampai doktor terpusing-pusing dari sebelah kanan kita beralih ke sebelah kiri, degil juga tak mahu tercabut. Akhirnya mengangalahlah kita lebih  setengah jam kerana terpaksa buat pembedahan kecil. Setelah gusi dibelah, rupanya akar gigi tersangkut di tulang... entahlah, tulang kepit gigi katanya. Terpaksalah potong sedikit tulang tadi untuk beri laluan akar ditarik keluar! Kemudian gusi kita kena jahit pula!

Ubat-ubatan yang dibekalkan.


Macam-macamlah pesanan doktor gigi setelah gusi siap dijahit. Tak boleh meludah, tak boleh berkumur-kumur dan berus gigi sepanjang hari kelmarin. Tukar kapas untuk halang darah dari keluar setiap setengah jam sekali. Hari ini barulah boleh kumur-kumur dengan bahan mouth rinse yang dibekalkan. Doktor gigi kata biasanya selepas pembedahan gigi, akan mengalami bengkak lebih kurang tiga hari.

Lebih kurang pukul 4 pagi tadi, kita rasa sakit bahagian gusi yang dijahit. Cepat-cepat kita makan ubat penahan sakit dan sambung tidur. Alhamdulillah, sakit berkurangan. Patutlah doktor gigi bagi sijil sakit untuk cuti, rupanya memang ada kesan akibat pembedahan untuk beberapa hari.

Makan pun kena berpantang. Tak boleh makan makanan yang masih panas, pedas, masam dan yang sewaktu dengannya. Kenalah makan yang lembut-lembut dan tunggu hingga makanan sejuk.

Awal pagi tadi selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, Encik Suami sempat belikan bubur nasi di Rumpun Selera. Kita tambahkan telur rebus separuh masak dan tuang sedikit kicap. Apabila bubur sudah sejuk sedikit barulah kita jamah. Itu pun sekadar alas perut untuk makan ubat selepas itu.

Bubur Nasi

Bosan pula bersendirian di rumah, dan asyik kena berehat pula. Waktu makan ubat perlu dipatuhi. Apa pun harap semuanya baik-baik sahaja. Rasanya tak jadilah nak ber 'monday blues' hari ini. Hidup ini singkat, dan tak perlu layan perasaan untuk bermurung. Betul tak?

14 comments

  1. Semoga cepat pulih ya k amie.
    seriau and seramm betul sy bab gigi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cik Nur.
      Memang seriau tapi nak buat cemana, kena hadap jugalah ...ahaks!

      Padam
  2. Semoga cepat sembuh Kak Amie. Seramnya kena bedah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz.
      Memang seram hehehee.

      Padam
  3. Saya pun pernah buat minor surgery gusi.
    Moga cepat sembuh kak Amie. Kesakitan hari ini untuk keselesaan hari esok..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ujie.
      Memang tak selesa sungguh buat rawatan gigi. Itulah pengorbanan untuk hari esok kan Ujie.

      Padam
  4. gigi saya juga semakin banyak yang longgar tapi segan nak ke klinik untuk minta nasihat atau cabut. mungkin dah sampai masanya memakai gigi palsu. faktor umur yang menua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Faktor umur salah satu sebab kenapa gigi semakin longgar, gusi sudah tidak kuat untuk mencengkam.

      Padam
  5. moga cepat pulih gusi yang dijahit tu kak

    BalasPadam
  6. SA kalau bab sakit gigi ni la buat seram...x tau dari kecik memang seam kalau jumpa doc gigi...semoga lekas sembuh Kak Amie

    BalasPadam
  7. Allahu...
    Agaknya panjang akar gigi taring tu sampai terselit.Ngeri pula rasa.Kalau bab-bab cabut dan rawat gigi ni rasanya ramai yang cuba elak..Termasuk saya🤭..

    BalasPadam
  8. ngeri klau ingat pasal gigi ini, sakit lain xpe.

    BalasPadam
  9. tapi kalau sakit gigi memang auto murung kak Amie. hehe. Semoga cepat sembuh. saya paham sangat, pernah operate cabut gigi bongsu 2 kali. nak baik tu memang jenuh tuam pipi dengan ais supaya surut bengkak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe