Free Food & Drinks di Klinik Pergigian Berjaya, Lahad Datu, Sabah
1:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kita paling takut kalau hendak ke klinik pergigian. Maklumlah pernah dua kali mengalami peristiwa yang sangat menakutkan. Pertama, darah memancut dari hidung ketika cabut gigi taring atas. Terpaksa ambil cuti sakit selama dua hari. Kedua, peristiwa gigi taring bawah dipulas oleh doktor gigi dan mungkin bius belum meresap. Terlolong-lolong kita kesakitan. Gigi sudah goyang dan terpaksa menahan sakit tunggu seminggu kemudian untuk dicabut!
Akibatnya kita trauma hendak ke klinik gigi dan sanggup tahan segala kesakitan sewaktu sakit gigi sampai bengkak-bengkak hingga ke mata! Banyak kali Encik Suami pujuk untuk buat pemeriksaan gigi tapi kita tak mahu. Akhirnya, diam-diam Encik Suami buatkan temu janji dengan klinik gigi yang biasa dia kunjungi bersama Firdaus. Ha.... duduk satu rumah tapi klinik gigi lain-lain!
Pagi tadi, pukul 10:15 pagi Encik Suami hantar kita ke Klinik Pergigian Berjaya yang terletak di Bandar Sri Perdana. Temu janji dijadualkan pada pukul 10:45 pagi. Walaupun ketakutan, kita tetap bertawakal. Sementara menunggu giliran, Amie dijemput duduk di ruang menunggu. Oleh kerana waktu itu belum ramai pelanggan datang, jadi sempatlah Amie tangkap gambar di ruang tersebut.
Amie dijemput untuk minum dan makan oleh petugas di kaunter. Amie ucapkan terima kasih kerana sudah alas perut dari rumah. Inilah kali pertama Amie datang ke klinik dan melihat ada ruangan pantry dilengkapi dengan pelbagai jenis minuman dan makanan ringan. Rasa seronok pula melihat pemandangan begini di ruang menunggu.
Pelbagai pilihan minuman panas. |
Jom masuk ke bahagian tempat duduk yang disediakan.
Ruang Minuman Panas. |
Makanan Ringan |
Ada television screen rata dan juga Wi-Fi percuma.
Pelbagai minuman sejuk dalam kotak dan tin percuma. |
Sempat intai lorong bilik rawatan.
Menurut petugas di kaunter, Amie boleh duduk berurut di kerusi mesin urut.
Percuma! Duduklah di kerusi urut ini untuk rehatkan badan.
Tidak lama kemudian muncul seorang doktor perempuan memanggil nama kita. Biasanya pembantu yang panggil, tetapi di sini doktor itu sendiri yang akan keluar dari biliknya, menemui pesakit dan berkenal-kenalan. Pembantunya memang ada, tetapi doktor yang memanggil nama kita dan seterusnya dijemput masuk ke bilik rawatan. Begitulah keadaannya yang Amie perhatikan. Betullah apa yang Encik Suami beritahu, doktor sangat sopan dan peramah. Patutlah Firdaus tidak banyak karenah kalau Encik Suami bawa untuk pemeriksaan gigi di klinik ini.
Jadi, tinggallah dulu cerita makan minum percuma yang disediakan di ruang menunggu.
Setelah membuat pemeriksaan keseluruhan, nampaknya selepas ini memang kena datang lagi untuk rawatan lanjut. Ada gigi yang perlu dicabut kerana akarnya sudah mati atau banyak bahagian yang rosak, ada juga yang masih boleh diselamatkan dengan cara menampal.
Setelah melakukan pemeriksaan tekanan darah, doktor beritahu bacaan agak tinggi. Hehehee.... apa tidaknya, jantung kita terasa degup-degapnya! Jadi, doktor hanya lakukan pembersihan airflow scaling dan cabut gigi seri kita. Menurut doktor, gigi seri kita tidak dapat diselamatkan kerana gigi berlubang dan akarnya sudah banyak yang rosak. Sewaktu doktor akan cabut, Amie dberitahu kalau terdengar bunyi gigi patah, jangan rasa takut. Maklumlah akarnya sudah rosak dan sebahagian besarnya sudah mati. Jadi, memang betullah. Terdengar bunyi gigi patah dan sebahagiannya masih tertinggal, tetapi doktor kata, jangan bimbang. Doktor akan tarik keluar.
Alhamdulillah!
Ahamdulillah. Semuanya berjalan lancar.
Ahamdulillah. Semuanya berjalan lancar.
Caj yang dikenakan sebanyak RM332.00. |
21 comments
Saya selalu ingat, saya sahaja yang takut dengan klinik, Kak Amie. Lagilah klinik gigi, sungguh seriau. Mahu tak tidur malam kalau memikirkan ada temujanji esoknya. Baguslah dia sediakan banyak minuman dan makanan ringan percuma, patutlah Daus suka.
BalasPadamManalah ada selera nak makan minum kan SK... dap dup dap dup jantung berdegup nak jumpa dentist.
PadamWah, bukan main lagi! Siap ada jamu-jamu makan, kerusi urut... sekurang-kurangnya patient yang nervous bolehlah bertenang dahulu sebelum jumpa tuan doktor :)
BalasPadamKerusi urut tu yang nak dicuba. Banyak kali juga kena datang sini nanti.
PadamSeriau baca pengalaman yang menakutkan tu.
BalasPadamWah mewah dan sangat selesa klinik giginya. Kalau saya, tengah berdebar gigi nak dikerjakan, mana lalu nak minum2 berurut bagai 😄
Saya pun masih ada rawatan susulan 3 bulan sekali ni.
Moga Allah permudahkan rawatan gigi kak Amie.
Moga sama-sama kita dapat sempurnakan rawatan susulan.
PadamMa syaa Allah ..
BalasPadamMenariknya idea ni...
Semoga menjadi inspire untuk kita dan yang lain juga
Tak pernah terlintas di fikiran ada idea begini di klinik pergigian.
PadamKondusif suasana di klinik gigi tu. Moga yang baik-baik sahaja rawatan yang seterusnya. Semoga gigi cepat sihat dan membaik. Amiin.
BalasPadamIn syaa Allah. Amin ya Allah.
PadamMana lalu makan dan minum kalau di klinik gigi.
BalasPadamHarap dipermudahkan urusan. Alhamdulillah jumpa klinik gigi yang bagus.
Kan NA. Tapi cara susunan makanan dan minum yang pelbagai itu memang menarik.
Padamuihh.. ngeri plak pengalaman Kak Amie tu.. Semoga lepas ni baik-baik semua. Best lah klinik macam ni cuma kita plak lah tak begitu selera sebab mikirkan nak jumpa dentist ni... seremmmm
BalasPadamHihihii.... memang tak berselera sebab sakit. Mungkin sesuai untuk pesakit yang perlu makan ubat segera setelah pemeriksaan doktor, tetapi perutnya masih kosong.
PadamWah.. Terasa senang dan gembira je bila masuk ke dalam klinik gigi nie..
BalasPadamSemoga yang baik-baik sahaja buat kak Amie..
Amin ya Allah.
PadamAnak-anak kecil tentu teruja kalau masuk klinik dapat lihat banyak makanan disediakan...ahaks.
Aduh, negerinya baca pengalaman kak Amie yg lepas huhu… kalau saya pun mesti seriau nak ke klinik gigi. Tapi klinik gigi yg ni nampak ekslusif sangat. Mesti kurang sikit rasa takut masa tunggu giliran jumpa doktor tu kan.
BalasPadamMemang saya trauma dengan pengalaman lepas.
PadamTapi kali ini yang bestnya doktor itu sendiri keluar menemui client dan berkenalan terlebih dahulu sebelum membawanya ke bilik rawatan. Padahal ada jew staff di situ. Tapi mungkin itu satu amalan di klinik tersebut. Jadi, client rasa lebih selesa dan selamat.
amboi meriahnya pantry klinik gigi ni. memang kita digalakkan makan kenyang-kenyang sebelum cabut gigi.
BalasPadamGemuruh nak jumpa dentist tu Sal sampai tak terfikir untuk jamah apa-apa minuman dan makanan di situ. Padahal banyak jew pilihan kan.
PadamRasa berdebar bila baca.. tapi klinik gigi itu memang nampak best sangat :)
BalasPadam