Pindang Ikan Bunak @ Tudung Periuk & Terung Goreng Belacan

3:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini lewat sedikit pulang kerana hadiri mesyuarat.  Sampai rumah terus masuk dapur. Nyahbeku ikan bunak @ tudung periuk @ telinga gajah. Banyaknya nama ikan nan satu ini! Ikan ini dimasak apa pun sedap. Bahagian tepinya berlemak. Akhir-akhir ini Encik Suami suka makan ikan rebus-rebus sahaja. Sebelum jamah nasi, Encik Suami makan buah dahulu. Sayur seperti salad, memang wajib ada dalam hidangannya. 

Siaplah hidangan makan tengah hari yang terlewat, merangkap makan malam. Kita pula teringin makan terung goreng belacan. Jadi, ada Pindang Ikan Bunak dengan Terung Goreng Belacan. Cukuplah lauk-pauk untuk disantap berdua dengan Encik Suami.

Hidangan Makan Tengah Hari.

Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah Masak Pindang.


Terung Goreng Belacan


Bahan-bahan:
  • 1 biji terung taiwan seberat 400 gram - potong ikut citarasa - rendam dalam air sebelum digoreng supaya tidak lebam
  • minyak untuk menggoreng
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 5 tangkai cili merah 
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 sudu besar belacan
Cara memasak:
  1. Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat. Toskan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak gorengan terung di dalam kuali.
  3. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  4. Tuangkan bancuhan pati asam jawa, garam / gula / perasa pilihan.
  5. Biarkan sambal mendidih seketika.
  6. Masukkan terung goreng.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Nasi & Ulam-Ulaman.

Pindang Ikan Bunak

Walaupun teringin makan Terung Goreng Belacan, tapi Pindang Ikan Bunak juga yang diterkam terlebih dahulu. Wahai ikan bunak pindang, kenapalah engkau sedap sangat?


12 comments

  1. aduhai sedap nya kak oi.... sedap hirup kuah pindang ikan tu

    BalasPadam
  2. unik namanya ikan bunak...lama tk mkn buah betik

    BalasPadam
  3. sampai 3 namanya..hehe..kt semenanjung ada nama lain kot...nampak iras2 ikan bawal..

    BalasPadam
  4. Tudiaaaaa....
    ikan tudung periuk pulak...seronoknya dapat makan ikan segar..eh,seronok ke sedap...hihihi
    Macam nak terbang pi LD tumpang semangkuk

    BalasPadam
  5. Pertama kali dengar nama ikan ni Kak :)
    Nampak segar bugar petai tu, sedapnya!

    BalasPadam
  6. Menu Kak Ami ni mmg sesuai utk org yg berdiet. Sihat dan sedap!

    BalasPadam
  7. Suka pindang juga! Kuah kena banjir hehe

    BalasPadam
  8. nampak macam ikan bawal ikan ni

    BalasPadam
  9. Betik memang Fav SA...seminggu 2-3 kali mesti makan....ikan telinga gajah ni biasa pak zain buat goreng kicap..nanti kalau dia beli lagi bleh la buat masak pindang

    BalasPadam
  10. Aduh, pelik2 nama ikannya Kak Amie. Jenuh juga menghafal jika perlu ke pasar, hihi.

    BalasPadam
  11. Sekali pandang macam ikan bawal.. hehehe..
    satu ikan, banyak nama..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe