Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (20) : Lempeng Pandan & Sambal Hijau

12:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini kita bangun agak lewat. Encik Suami pula seawal pukul 6 pagi sudah keluar ke tempat kerja. Katanya hendak hantar bekalan barang untuk beberapa buah sekolah. Pukul 8:30 pagi, sewaktu kita hendak rendam bihun, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta di depan rumah. Dari pintu dapur, kita nampak kelibat Firdaus berlari ke pagar dan Encik Suami hulur bungkusan makanan. Rupanya Encik Suami tiga kali telefon tapi kita tak dengar! Encik Suami hendak beritahu sudah beli sarapan pagi. Terima kasih kerana ingat anak isteri di rumah yang belum menjamah sarapan! Sanggup singgah warung beli nasi kuning untuk kami walaupun ada kerja yang hendak diselesaikan.. 

Encik Suami tidak masuk ke rumah, sebaliknya kembali semula ke kereta untuk sambung kerjanya. Amie pun simpan semula bihun yang sudah dibuka tapi belum sempat direndam.

Selesai sarapan pagi, Amie kemas rumah dengan Firdaus. Sementara menunggu masa untuk masak hidangan tengah hari, duduk-duduk dahulu di depan komputer. Tidak ada entri sarapan pagi sebab tak jadi masak bihun. Dalam folder masih ada beberapa menu sarapan pagi yang belum disiarkan. Ada yang Amie sudah lupa entah hari apa Amie bawa bekal ke tempat kerja. Kali ini Amie kongsikan bekal lempeng. Teringat waktu itu terliur-liur melihat lempeng cair Lempeng Cair Sambal Hijau Ikan Bilis dari Tanah Jauhar dan si penggoda Sukatan Lempeng Cair Guna Tepung Cap Bunga Ros Mama Cella.

Kita kehabisan tepung cap bunga ros. Yang kita gunakan ialah tepung cap rama-rama warna hijau. Kita pun ikut cara SK yang ikut cara Mama Cella. Kata SK, ikut petua Mama Cella yang banyak aplikasi ilmu Sains & Rumah Tangga selepas buat bancuhan tepung, tinggalkan dahulu buat seketika supaya adunan mengembang dan akan menghasilkan lempeng yang garing dan lembut. Kita buat adunan cair-cair, ditambah dengan sebiji telur dan sedikit garam. Entah mambang mana yang merasuk, kita terlebih rajin kisar daun pandan untuk dijadikan bancuhan tepung. Jadilah Lempeng Pandan.

Oleh kerana masa sangat terhad, tidaklah dapat nak 'menggaringkan' lempeng. Cukuplah sekadar lempeng masak. Kita tak oles minyak pada kuali sebab kita gunakan kuali non stick. Kalau tunggu lempeng garing memang terlewatlah kita keluar kerja. Kita gandingkan lempeng tadi dengan sambal hijau. SK buat sambal hijau ikan bilis. Kita sambal hijau saja. Itu pun ya ampuunnn! Sedap sangat cecah dengan lempeng pandan! 

Eh, bekal sarapan pagi kita nampak hijau! Nak sebut hijau apa ye? Tapi hari itu bukan hari Isnin, dan sudah tentu bukannya Monday Blues...ahaks! Dan, kita terlupa tiada kandungan 'protein' dalam bekalan yang dibawa. Apa pun lempeng itu cukup mengenyangkan, dan segala serat dari buah-buahan dan salad tetap lazat!

Bekal Sarapan Pagi (20)
  • Lempeng Pandan & Sambal Hijau
  • Salad: Lalique Crystal & Duende Romaine Lettuce (gaul dengan sos kewpie) + Limau Bali + Blueberri
  • Buah: Tembikai Madu + Kiwi

Lempeng Pandan Sambal Hijau

Salad & The Gang

Buah : Tembikai Masu + Kiwi

8 comments

  1. Tudiaaa...
    Kekemasan dan tarikan persembahan hidangan cikgu memang tak boleh disangkal..
    Walau serba hijau hingga kan tepung pun cap rama-rama hijau tu🤭
    Sebab yang lain semua hijau..tembikai menyerlah warna merahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu sediakan bekal tak perasan banyak warna hijau. Apabila hendak dijadikan entri rupanya di mana-mana hihihiii. Sib baik tembikai warna merah.

      Padam
  2. Cantik betul warna lempeng pandan dan salad kak Amie.. menggoda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sha. Lempeng guna warna asli daun pandan.

      Padam
  3. Comel betul bekas empat segi dia.... Warna warni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna-warni sengaja diwujudkan agar setiap hari dimulakan dengan pandangan penuh ceria.

      Padam
  4. lawonyer lempeng
    Pasti sedap di cicah dengan sambel ijo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Wak. Bawa bekal lempeng selalu pun ok.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe