Sarapan Bihun Goreng Tauhu & Oleh-Oleh dari Tanah Suci

11:38 PG

Bismillahirrahamanirrahim.
Selamat berhujung minggu, selamat pergi ke pasar, selamat mengemas rumah dari bilik tidur, bilik tamu hingga ke dapur, selamat mencuci pakaian, selamat menyidai pakaian, selamat menyapu sampah, selamat mengemop, selamat mencuci tandas, selamat menyiram bunga, selamat mencuci pinggan mangkuk! Allahu.... rasanya tak cukup sehari menyelesaikan kerja-kerja rumah. Dan memang betullah orang kata, hari minggu bukan hari untuk bercuti dan goyang kaki dari pagi hingga ke petang tetapi hari minggu itulah kebanyakan daripada kita gunakannya untuk membuat kerja-kerja rumah yang kurang sempurna sepanjang minggu (6 hari bekerja).

Dan akhir sekali, selamat bersarapan!
Sarapan apa pagi ini kawan-kawan? Amie goreng sebungkus bihun. Untuk sarapan kami bertiga sudah tentulah masih banyak lebihannya. Bolehlah ulang makan tengahari nanti. Hari ini agak malas untuk masak tengahari sebab hendak siapkan E-RPH dan isi borang PBD. Kalau sudah menghadap komputer memang tak selesa masuk dapur semula dan sambung kerja dengan segala bau belacan dan bawang!

Bihun Goreng Tauhu

Jemput sarapan Bihun Goreng Tauhu bersama kami.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (Cap Raja Udang -  Bihun Lobster) - rendam hingga lembut - toskan
  • 200 gram brokoli - potong ikut suka
  • 2 keping tauhu - potong empat segi  ikut saiz  yang disukai dan goreng hingga kuning keemasan 
  • 2 biji telur - dadar - hiris-hiris
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar cincang hingga layu.
  2. Masukkan bahan kisar dan udang kering,  tumis hingga terbit minyak. 
  3. Masukkan brokoli dan goreng kacau.
  4. Setelah brokoli berubah warna, masukkan bihun, tauhu goreng dan garam / perasa pilihan.
  5. Gaul rata.
  6. Padamkan api dapur.
  7. Hidangkan dengan taburan hirisan telur dadar.

Bihun Goreng Tauhu

Kelmarin petang, Encik Suami sampaikan oleh-oleh daripada kakak ipar yang baru balik dari tanah suci. Untuk Amie, sehelai sejadah warna ungu lembut dengan bunga merah hati dan sebotol minyak wangi. Untuk Encik Suami, sehelai jubah warna putih kelabu. Encik Suami kata, kalau tak mahu minyak wangi itu, biarlah dia yang pakai. Katanya, dia tahu kita tak akan pakai minyak wangi attar.

Eh, dah kakak ipar bagi kita, dia pula nak ambil!
Orang dah bawa dari jauh nak bagi kita, kita akan gunalah nanti...ahaks!

Alhamdulillah. Bolehlah tukar sejadah baharu untuk solat, dan titiskan minyak wangi supaya harum tempat dahiku bersujud. 

Sejadah, Jubah & Minyak Wangi Attar.

17 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Kalau tak mau, aku juga mau minyak wanginya. He he ..... Apalagi minyak wanginya produk Arab.

    BalasPadam
  3. Indahnya ole2 dari Tanah Suci, terbau2 harumnya minyak atas. Sy rasa nak join kutip tauhu atas bihun, eheheh.

    BalasPadam
  4. Rajin ya Kak Amie gulung2 telur dadar sblm potong. Nampak cantik hasilnya.

    Suka tgk sejadah warna purple tu.

    BalasPadam
  5. Lembut je warna sejadah tu, sedap mata memandang.
    Kami pun baru dapat sejadah & minyak attar, bolen renjis atas sejadah juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Calit sikit minyak attar atas sejadah, aromanya mengingatkan ketika tangan sentuh kaabah dan hidu baunya... sama!

      Padam
  6. Alhamdulillah...
    Rezeki makan dan rezeki dari Tanah Suci..
    Banyaknya "SELAMAT" di hari minggu..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan selamat hihihiii.

      Padam
  7. Alhamdulillah.. menarik oleh-olehnya..
    Sedap tauhu dengan mee hoon..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe