Sambal Tempoyak Petai Sama Terung Pipit dan Udang
3:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Teringin sangat nak makan sambal tempoyak dengan petai, bubuh sekali terung pipit serta ikan bilis. Oleh kerana tidak ada ikan bilis, kita gantikan dengan udang basah. Cilinya pula, tidak ada cili padi warna hijau. Jadi gunakan saja cili padi merah yang ada, dengan tambahan cili besar. Jadi, warnanya pun tidaklah semeriah kebiasaan tetapi rasanya tetap lazat! Kunyit hidup pula tidak ada, tapi daun kunyit ada! Eh, sebenarnya malas nak korek kunyit hidup yang ditanam dalam pasu. Jadi, gunakan saja serbuk kunyit.
Sambal Tempoyak Petai Sama Terung Pipit dan Udang |
- 4 sudu besar tempoyak
- 1 cawan isi petai - jika mata petai besar, bolehlah hiris dua
- 1 cawan terung pipit - digoreng hingga layu
- 1 cawan isi udang segar
- 2 helai daun kunyit - dihiris halus
- 1 labu bawang besar - hiris kasar
- 3 tangkai cili besar hijau - hiris
- 4 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 2 sudu besar udang kering
- 15 tangkai cili padi (sebaiknya gunakan yang warna hijau)
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (sebaiknya gunakan kunyit hidup)
Sambal Tempoyak Petai Sama Terung Pipit dan Udang |
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan udang, petai dan juga terung pipit serta tempoyak.
- Gaul rata dan kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili hijau dan daun kunyit.
- Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.
Sambal tempoyak dari entri sebelumnya:
SAMBAL TEMPOYAK TERUNG PIPIT SAMA UDANG & PETAI |
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DENGAN PETAI & TERUNG PIPIT |
15 comments
Eh, sini pun ada udang. Tapi nampaknya lauk udang Kak Amie lagi meriah sebab ada petai dan terung pipit 😍😍😍
BalasPadamMasak sekali harung SK.
PadamWalaupun byk bahan yang diganti, tapi tetap nampak sedap sambal tempoyak petai tu. Yang penting rasa petai hehe. Terung pipit ni dulu ada tumbuh di belakang rumah, byk buahnya tapi kami tak reti makan. Selalu bagi dekat org je hehe.
BalasPadamSusah nak jumpa terung pipit di LD. Masak banyak, boleh makan ulang-ulang.
Padamdah lamanya tak tgk lauk2 Amie. tengok lah ni. bukak2 je terus jadi lapar.
BalasPadamLama kita tak berkunjung-kunjungan rupanya.
PadamWah sedap nii . Bertambah nasi kalau dengan menu ni
BalasPadamBetul tu CCL. Tak muat dah perut, tapi selera terus minta tambah hahahaaa.
PadamWak tak makan tempoyak
BalasPadamWak tak makan petai
Wak tak suka terung pipit
Pilih udangnya aje boleh?
Boleh Wak. Silakan... hiks!
PadamLauk jahat ni...
BalasPadamBoleh membuatkan periuk nasi bocor( pinjam ayat SK)
hihihi
Hahaaaa... apa susah periuk nasi bocor, boleh tampal balik.
PadamMenarik pula bila sambal tu digabungkan dengan terung pipit.. selalu Sha guna buat masak lemak pucuk ubi tumbuk je.. hehehe
BalasPadamSaya memang suka gandingkan dengan terung pipit. Sedap.
Padamini yang buat makan nasi bertambah nanti ni...sedapnya...
BalasPadam