Ikan Kandaman & Ikan Batu
2:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cuaca di LD redup, mendung dan suasana agak gelap. Matahari hanya menampakkan dirinya pada sebelah pagi. Dua tiga hari kebelakangan ini hujan turun renyai-renyai di sebelah petang. Kadang-kadang turun waktu dinihari. Apabila keluar awal pagi, nampaklah jalan raya yang bersih tanpa debu dan habuk.
Seperti biasa, hari Ahad kami jalan-jalan ke pasar sama ada ke pasar tani, pasar ikan dan juga pasar rakyat (sayur-sayuran, ayam, daging, dan segala barang dapur yang basah dan kering). Sudah tentulah kami akan beli ikan dan sedikit daging ayam. Kami jarang beli sotong dan ketam. Beli udang hanya sekali-sekala sahaja. Kalau ke pasar tani, kami mencari sayur-sayuran kampung.
Kali ini Amie kongsikan paparan ikan kandaman (gambar bawah). Ada yang panggil ikan uji rashid kerana matanya besar dan bulat. Ada ikan kandaman jenis warna merah jambu campur sisik warna putih. Kata peniaga ikan, kami dapat ikan kandaman yang original. Eh, ada ikan kandaman palsukah... ahaks! Mungkin sebab warnanya merah terang! Itu pasal dipanggil ikan kandaman original. Ikan ini biasanya dipanggang tanpa buang sisik sebab kulitnya tebal. Ikan ini memang terkenal di beberapa daerah di Sabah, dan sudah tentunya banyak dijual di gerai putu sebab biasanya akan dimakan bersama putu.
Ikan Kandaman. |
Ikan Batu |
Sebenarnya ada nama lain untuk ikan ini tetapi kita tak ingat. Ikan batu ini banyak jenis dan warna. Biasanya dijadikan ikan kering @ masin.
Ikan Bawal Hitam |
Ikan Bunak @ Tudung Periuk @ Telinga Gajah. |
Sampai sekarang kita tidak tahu nama ikan yang berbintik-bintik hitam ini. Mungkin daripada keluarga kerapu Yang terselit seekor dengan sirip kuning itu ialah ikan kaci.
Oleh-oleh dari pasar tanu berupa pucuk ubi, jantung pisang dan umbut kelapa. Pucuk ubi itu apabila kita buang tangkai dan daun yang tua, dapatlah seco'et! Bolehlah untuk makan kami berdua. Paling seronok sudah tentulah apabila terjumpa umbut kelapa! Terbayang hidangan masak lemak umbut kelapa. Aduhai!
Dua tiga minggu lepas tak puas makan nasi di warung dengan sayur pucuk betik. Nak minta tambah lagi, rasa segan pulak...ahaks! Apabila terpandang pucuk betik, terus rembat seikat. Tidak lupa sauk sekali dua tangkai jering, petola, mangga muda, labu kundur dan cili padi.
12 comments
Masyaa Allah...cantiknya ikan kandaman tu.Merah menyala...Sabah kaya dengan ikan berwarna warni la...Dah la cantik..segar..pastinya sedap
BalasPadamCantikkan Mama Cella. Biasanya nampak yang warna muda, tapi kami dapat merah menyala.
Padamsaya biasa nampak bawal hitam saja di pasar kawasan ni. Samalah di pontian ni..mendung dan redup...kadang2 hujan pagi...kadang2 hujan petang
BalasPadamJarang ada bawal hitam di LD.
PadamIkan batu...?
BalasPadamDi LD peniaga panggil ikan batu.
PadamOoo, saya panggil ikan tu, ikan uji rashid. Tapi warnanya, tak la merah terang macam tu.
BalasPadamBestnya, banyak sayur dan ulam. :)
Itulah, tak ada nama khas. Nama kandaman itu mungkin panggilan penduduk tempatan.
PadamMacam ikan merah
BalasPadamtetapi matanya lebih besar
Saya selaluuuu suka seafood segar macam nih. Lebih suka ikan laut drpd ikan sungai.
BalasPadamBeruntungnya kak, di sana banyak aneka seafood macam tuh. Di Jakarta ada tapi mahal. Saya paling suka kalo pulang kampung ke Sibolga , Sumatra Utara. Krn daerah pesisir, jadi seafood aneka macam dan murah.
memacam ikan ada kak, segar2 pulak tu... kalau kat sini entah dah berapa harganya...
BalasPadamKat LD dnegarnya harga ikan x mahal sangat ye kak amie....kat Semenanjung ni nauzubillah harga ikan...mahal giler...apatah lagi seafood2 lain...apapun SA suka entry ni...semua segar2 je....
BalasPadam