Pucuk Midin Goreng Belacan
2:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengahari? Apa agaknya hidangan tengahari ini? Jemput jamu mata dengan Pucuk Midin Goreng Belacan di dapur kami. Jarang sangat nak jumpa sayur pucuk midin @ pucuk paku merah di LD. Biasanya kami jumpa pucuk paku tanjung sahaja.
Amie tumis dengan perencah belacan dan udang segar. Oleh kerana Encik Suami semakin kurang menggemari masakan pedas, jadi Amie bubuh sedikit saja cili padi, tumbuk dengan belacan dan bawang.
Udangnya pula, Amie goreng terlebih dahulu dan kemudian masukkan semula ke dalam tumisan pucuk midin.
Pucuk Midin Goreng Belacan. |
Inilah pucuk midin yang kami beli di pasar tani.
Nampak segar dan gemuk!
Nampak segar dan gemuk!
Pucuk Midin Goreng Belacan |
Bahan-bahan:
- 20 batang sayur midin - ambil pucuk dan daunnya yang lembut
- 10 ekor udang basah - bersihkan
- 1 tangkai cili merah - hiris
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu besar belacan
- 7 biji cili padi - boleh tambah
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga terbit aroma.
- Masukkan pucuk midin dan hirisan cili merah. Tutup kuali selama 1-2 minit.
- Buka kuali dan masukkan udang yang sudah digoreng.
- Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
29 comments
SA suka pucuk midin ni Kak Amie, masa adik belajar kat UNIMAS tiap kali nak balik memang suruh dia beli stok bawak balik ke semnanjung...memang sedap goreng belacan...
BalasPadamPucuk midin memang terkenal di Sarawak kan SA.
PadamLama dah saya tak makan pucuk midin ni, kak. Baru habis lunch, tiba-tiba terasa nak makan lagi tengok lauk akak ni.
BalasPadamSaya pun lama tak jumpa pucuk midin di LD. Nampak saja di pasar tani terus rembat.
PadamMidin ni mmg faveret saya. Kalau dulu2 seikat RM2, skrg ni rasanya dah jadi RM5 seikat. Kalau di Sarawak, makan dgn linut (ambuyat) & sambal belacan mmg bermangkuk2 tambah.
BalasPadamBetul tu, sekarang sayur kampung pun dah harga kayangan. Rindu pula nak makan ambuyat!
Padamsedapnya kak, kalau mak dana masak tumis makan pulak panas-panas memang layan. Sedar-sedar habis dah dalam mangkuk sayurnya tu
BalasPadamTumis pedas, nasi panas...adeeehhh memang tak toleh kiri kanan dah! Menyuap terus.
Padamnampak sedappp...pernah nampak
BalasPadamSedap makan panas-panas ni.
PadamSaya tak pernah jumpa pucuk midin ni.
BalasPadamBesar udang Amie guna. Sedap, sayur masak macam ni.
Malas nak buang kulit udang, nampak besar pula ye Nur.
Padamterliur tengok masakan amie
BalasPadamJemput Kak PI.
PadamSayur yang membuka selera ni Kak Amie. Kalau pedas sangat pun boleh potong selera, lebih elok dikurangkan cili padinya, kan.
BalasPadamBetul tu SK. Nak makan sayurnya ke nak makan cili padinya hihihiii.
Padampernah sekali makan pucuk midin masa di Kuching...suka2..
BalasPadamTak semua tempat ada pucuk midin kan. Memang tak lepas peluang makan pucuk midin di Kuching ye.
Padamkalau kat sini wak panggil pucuk paku merah
BalasPadamMasak tumis air, sedap hirup kuahnya yang merah macam air sirap
Di kampung saya pun banyak Wak. Lagilah kalau selepas tebas kebun, turun hujan. Lagilah subur tumbuhnya.
PadamPucuk paku merah sebenarnya tak sama dengan midin.
Padamsedap ni.. kita panggil pakis merah.
BalasPadamBeza pakis merah tempat kita dengan midin walaupun dari keluarga pakis.
PadamNampak segar dan muda2 pakisnya..Masa kat Pasar Payang hari tu nampak ada jual pakis ni tapi daunnya dah kembang..depa panggil pucuk miding kalau tak salah.
BalasPadamOooo, ada midin juga di sana ye Mama Cella.
PadamSedih saya belum pernah rasa pucuk midin.
BalasPadamMidin banyak di Sarawak. Di tempat kita memang ada, tapi paku pakis merah namanya. Beza saiz dan rasa.
Padamammi first time makan midin ni masa ke Sarawak tahun 2006 rasanya. mak mentua adik ipar yang masakkan. nyemmmmm
BalasPadamYa, biasanya midin banyak di Sarawak. Di Sabah, jarang ada.
Padam