Mi Tarik Oat Goreng Pedas dengan Hati Ayam
4:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini selalu merenung me tarik oat jenama ARONA air tangan MAMA CELLA. Nampak berkilat-kilat mi tarik oat yang Mama Cella goreng dengan daging, dibuat sarapan pagi dan juga dibawa sebagai bekal ke tempat kerja. Nampaknya jangkitan mi tarik sudah menapak di dapur orang LD. Bermula dengan percubaan pertama, MI TARIK LABU GORENG YANG LEMBUT & KENYAL!, sekarang kita sudah beli mi tarik untuk kali ketiga! Buat sarapan pagi, dan bawa bekal ke tempat kerja.
Setakat ini, belum ada rezeki untuk bertemu dengan si ARONA. Hanya si Fat Boi saja yang ditemui di beberapa buah pasaraya sekitar LD. Kali ini Amie paparkan menu Mi Tarik Oat pula. Amie hendak hasil yang agak kering berbanding masakan Mi Tarik Labu Goreng beberapa hari lepas. Amie gunakan perencah cili kisar bersama udang kering. Kalau Mama Cella gunakan daging, Amie gunakan hati ayam. Tidak ada stok daging dalam peti sejuk.
Sekarang Amie rebus kesemua 300gram Mi Tarik Oat. Hasilnya memang banyak, dan boleh makan berulang kali. Encik Suami kata, cukuplah makan mi oat saja dan tak perlu masak nasi.
Mi Tarik Oat Goreng Pedas dengan Hati Ayam. |
Mi Tarik Oat |
Mi Tarik Oats Goreng Pedas dengan Hati Ayam |
Gambar tak berapa jelas oleh bayang-bayang kerana tak ada kemahiran tentang teknik pencahayaan. Maklumlah, biasanya ambil gambar waktu siang, terang benderang oleh matahari, jadi jelaslah semua isi makanan yang kita fokus.
Jom lihat resipi Mi Tarik Oat Goreng Pedas dengan Hati Ayam di bawah ini.
Bahan-bahan:
- 1 bungkus Mi Tarik Oat
- 5 ketul hati ayam - potong 2
- 1 pokok sawi - potong ikut citarasa - pisahkan batang dan daun
- 4 sudu besar minyak
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang besar - cincang
- 4 sudu besar cili kering kisar
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut dan tumbuk halus
- garam / perasa pilihan secukupnya
- Didihkan air secukupnya. Masukkan Mi Tarik Oats dan rebus sehingga lembut - anggaran 8-10 minit. Angkat da toskan. Bilas di bawah air paip yang mengalir.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma.
- Masukkan cili kering kisar, udang kering tumbuk dan hati ayam. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga hati ayam masak sempuna.
- Kemudian masukkan batang sayur sawi. Gaul seketika.
- Seterusnya masukkan Mi Tarik Oat bersama daun sawi.
- Tuangkan sos tiram dan tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul rata, dan padamkan api dapur.
14 comments
Dinda Ami luar biasa. Beragam masakan bisa dia buat. Saya jadi ngiler. Kapan ke Malaysia saya cari kamu tinggalnya di mana. Biar dicicip semua masakannya. Haha
BalasPadamBunda Nur, saya di Sabah. Bersebelahan dengan Kalimantan, berjiran dengan Nunukan dan Tarakan. Marilah datang. Dialu-alukan.
PadamGara-gara Mak Cella, terus naik sale mee oat haha...
BalasPadamLepas ni kena claim bayar kat pengeluar mee oats🤣🤣
PadamRupanya mi tarik jenis kering ni lama dah ada di pasaran. Cuma baru perasan sejak Mama Cella selalu masak.
PadamSaya pula rasa nak kena cari brand fatboi ni.Nak juga rasa brand lain kot ada kelaian rasa dan kelainan harga🤭🤣
BalasPadamBetul juga kan Mama Cella. Cari ya, jangan tak cari.
PadamNampak sedapnyer
BalasPadamSelamat menjamu selera
Jemput Wak.
Padamsaya pun terpengaruh jugak ni. lama tak makan mi tarik. ingatkan kak Amie tarik sendiri mi nya
BalasPadamWakaka ... Tarik di kedai Sal.
PadamElok guna apa yang ada.
BalasPadamBanyak itu sekali goreng mi tarik.
Banyak, boleh dua kali makan.
Padamapasal menggoda sangat mee goreng tu
BalasPadam