Ambil Angin Petang di Taman Bandar Lahad Datu

5:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang kelmarin kita ikut Encik Suami ambil Firdaus dari sekolah. Di pertengahan jalan, kita turun dari kereta. Encik Suami teruskan perjalanan menuju ke sekolah Firdaus. 

Di sinilah Encik Suami tinggalkan kita. Kononnya kita hendak jalan-jalan keluarkan peluh. Jalan-jalan saja tau, bukannya lari. 


Nama tempat ini, Taman Bandar Lahad Datu. Ada yang panggil Taman Katak. Dua puluh tahun yang lalu kami tinggal di sebelah taman ini. Kalau ada masa lapang, kami bawa Abang Farid, Fuad dan Fairuz ke sini. Kami hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke sini. Tak sampai tiga minit pun.


Sekarang taman ini sentiasa terjaga, tidak lagi terbiar seperti dahulu. Terdapat pelbagai kemudahan untuk beriadah di bahagian dalam taman. Ada tandas dan tempat beraktiviti seperti senam robik.
Boleh dikatakan seringkali diadakan pelbagai program pada hujung minggu. Amie pun pernah beberapa kali ikut serta larian amal di sini. Itu cerita laa, cerita sebelum PKP!

Pemandangan di tepi taman.
Nampaknya petang kelmarin tidak ramai yang beriadah.


Bendera Malaysia dan bendera negeri Sabah terpasang di merata kawasan.


Ini merupakan warung makan. Pada sebelah pagi ada peniaga makanan dan pelanggan banyak datang ke sini.



Setiap pagi Amie akan melalui jalan raya di sebelah kanan, dan terpandang kawasan ini di sebelah kiri. Boleh dikatakan hampir setiap pagi tempat ini dipenuhi oleh orang ramai yang datang untuk aktiviti senam robik. 


Menjelang petang, suasana nampak lengang. Pada petang Sabtu dan Ahad, kawasan kembali sesak pada waktu pagi dan petang. Ramai yang mengambil kesempatan untuk beriadah.


Pemandangan di dalam taman. Amie hanya berjalan di kawasan luar taman sahaja.



Kita berjalan sejauh lima pusingan. Kalau tak silap satu pusingan sejaih 600 meter. Kalau betul kiraan tersebut, dapatlah berjalan sejauh 3 kilometer.


Apabila kita lihat jam, sudah pukul 4:42 petang. Firdaus akan keluar kelas pukul 5:20 petang. Ini bermakna kita kena berkejar ke sekolah Firdaus sebelum waktu tersebut.


Pada mulanya kita hendak ikut jalan ini, melalui taman perumahan tempat tinggal kami dahulu. Bolehlah mengenang nostalgia lampau apabila melalui hadapan rumah tersebut. Kali kedua berfikir, terbayang pula kalau ada anjing! Alamak! Takut pula kalau kena kejar!


Kita pun ikut jalan satu lagi. Jalan ini menuju ke jalan besar dan terus masuk simpang Sekolah Menengah Cina, kemudian teruskan perjalanan hingga ke stesen minyak Petronas. Jauh tak jauh, dekat tak dekat lebih 1 kilometer juga kita jalan kaki dari taman ke sekolah Firdaus.


Kita melalui beberapa kawasan agensi kerajaan seperti Jabatan Tanah dan Ukur.


Melintasi kawasan Jabatan Perkhimatan Haiwan dan Perusahaan Ternak.


Terpandang pula Pejabat Pertanian Lahad Datu dan beberapa buah jabatan lain. Untuk segera sampai ke sekolah, boleh melalui kawasan perumahan iaitu Public Villa. Sekali lagi rasa kecut perut sebab banyak anjing di kawasan perumahan tersebut!

Akhirnya kita menapak ikut tepi jalan raya dan sampailah ke sekolah Firdaus pada pukul 5:05 minit petang!


Kenderaan ibu bapa sudah bersusun di tepi jalan menanti kepulangan anak masing-masing! Kita sempat menoleh ke arah dewan sekolah kita (Father John Clementi Hall) yang terletak bersebelahan dengan sekolah Firdaus.

Father John Clementi Hall

Hari ini kita balik lewat sebab menghadiri mesyuarat dan menyiapkan kerja-kerja penyelarasan PBD. Tak dapatlah hendak sambung ambil angin petang. Kita masak di dapur, siapkan makan tengahari yang terlewat merangkap makan malam.


5 comments

  1. Seriuslah Kak Amie, mampu jalan lagi 3 kilometer. Kalau saya, kena tambah huruf S 😆😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih 4 kilometer SK termasuk jalan dari taman menuju ke sekolah Firdaus😂😂😂

      Padam
  2. Seronok riadah macam ni.. Sambil jalan sambil tengok hijau..

    BalasPadam
  3. Kalau ada geng...nak juga berjalan dan berlari anak di taman...hihihi

    BalasPadam
  4. Brisk walk seronok ni bagi keluar peluh...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe