Singgang Kuning Ikan Putih
2:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini seawal pukul enam pagi, kita sudah keluar rumah untuk menjalankan amanah sebagai ketua bahagian penyediaan minum pagi sempena kem kepimpinan di sekolah. Seawal pukul 6:30 pagi kami mula bertungkus-lumus menyapu roti dengan kaya untuk lebih kurang 320 peserta. Roti yang sudah disapu kaya dimasukkan pula ke dalam plastik dan diselotape. Lebih kurang pukul 11 pagi, selesailah tugas kumpulan kami. Kemudian menyaksikan pula gotong-royong kumpulan lain sedang memasak untuk hidangan tengahari. Aduhai! Esok giliran kumpulan kami pula yang akan menyediakan makan tengahari!
Oh, tak dapat dibayangkan betapa sibuknya, betapa letihnya hari esok.
Jadi, lupakan saja. Lupakan dulu semua itu.
Sampai ke rumah, kita terus tanak nasi dan olah ikan putih, rebus-rebus jadi ikan singgang. Sekejap lagi nak lelapkan mata. Nak rehatkan badan. Malam nanti siapkan tugas-tugas hakiki yang perlu diselesaikan. Esok pagi bersama tujuh orang ahli kumpulan, perlu banyak tenaga masak hidangan tengahari untuk 320 peserta kem kepimpinan!
Jadi, lupakan saja. Lupakan dulu semua itu.
Sampai ke rumah, kita terus tanak nasi dan olah ikan putih, rebus-rebus jadi ikan singgang. Sekejap lagi nak lelapkan mata. Nak rehatkan badan. Malam nanti siapkan tugas-tugas hakiki yang perlu diselesaikan. Esok pagi bersama tujuh orang ahli kumpulan, perlu banyak tenaga masak hidangan tengahari untuk 320 peserta kem kepimpinan!
Singgang Kuning Ikan Putih. |
Singgang Kuning Ikan Putih |
- 5 kepingan ikan putih
- 1 batang serai - diketuk
- 1 keping asam gelugor - boleh gunakan bancuhan air asam jawa
- 7 batang kacang bendi - kerat dua
- 5 biji tomato kampung
- 7 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih - diketuk
- 1/2 labu bawang besar - mayang kasar
- 2 cm kunyit hidup - hiris
- 2 cm halia - hiris
- 800 ml air
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Jerang air di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan kesemua bahan kecuali ikan, kacang bendi dan tomato.
- Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan ikan bersama kacang bendi. Biarkan lima minit sehingga ikan masak.
- Kemudian masukkan tomato kampung.
- Tambahkan garam / perasa pilihan
- Kacau beberapa kali.
- Padamkan api dapur.
12 comments
Selamat menjamu selera( pinjam ayat WP) dan selamat beradu..Semoga esok dimudahkan urusan memasak lunch tu cikgu..
BalasPadamRamainya macam masak kenduri la
Terima kasih Mama Cella. Memang ramai peserta kem kepimpinan sekolah.
PadamIkan singgang dipadankan dengan ulam mangga muda boleh kecur air liur dibuatnya.
BalasPadamSelamat berehat Kak Amie, dan selamat bertugas memasak esok hari.
Terima kasih Carneyz. Betul tu, padanan yang sangat menyelerakan.
PadamSemoga dipermudahkan dan diberi keafiaatan dalam menjalankan tugas buat Kak Amie dan kawan2. Nampak sedaplah singgang kuning ikan putih tu.
BalasPadamTerima kasih SK. Masak tu tidaklah susah, yang ambil banyak masa sudah tentulah waktu menyediakan semua bahan masakan tu kan SK.
PadamTunggu pencenlah baru dapat berehat sepenuhnya
BalasPadamWah sedap ni . Antara menu feveret ccl juga . Campak2 je bahan ..memang mudah nk masak
BalasPadamSuka singgang juga. Memang kena banjir kan nasi
BalasPadamSedapnya singgang..memang laju makan nasi kalau pekena kuah singgang.
BalasPadamKalau tengah penat, masak singgang paling simple dan sedap
BalasPadamMasak singgang paling sedap dan mudah...hirup kuah dia huiiii...sodap
BalasPadam