Rewang (Kem Kepimpinan) AJK Makan Tengah Hari

8:37 PTG

Sambung cerita REWANG (KEM KEPIMPINAN) AJK MINUM PAGI. Keesokan paginya, pada hari Ahad kami datang seawal pukul 6:30 pagi untuk bergotong-royong masak-masak hidangan tengah hari. Kami sudah diingatkan untuk membawa air dari rumah masing-masing untuk tujuan masak nasi, ayam dan sayur. Bagaimanapun kami beli saja air mineral untuk kegunaan tersebut. Atas alasan, harga minyak mahal kami tidak dibenarkan goreng ayam! Sayangnya, Cikgu Asmaruddin bawa sekotak minyak (17 paket), pada hari kejadian. Oleh kerana bahan-bahan untuk memasak sudah disediakan sehari sebelumnya, jadi minyak masak tersebut akan digunakan pada masa yang lain. Sebelum ini telah berlangsung program Reach for the Star untuk calon SPM bagi setiap mata pelajaran. Memang guru-guru masak sendiri untuk murid-murid kerana program tersebut berlangsung dari pagi hingga malam.

Wokey! Kita cerita tentang bahagian kami, sebagai AJK Makan Tengah Hari. Segala alat memasak seperti periuk, kuali dan sebagainya adalah 'pinjaman' daripada unit UBK dan guru-guru bawa dari rumah. Kami memasak di belakang surau kerana di situ terdapat tempat cuci tangan murid, dan bolehlah gunakan tempat tersebut untuk kerja-kerja memotong dan mencuci. Kami susun meja murid dan lapik dengan kotak kertas sebagai tempat menotong sayur dan sebagainya.

Sebelum memulakan kerja, kami alas perut terlebih dahulu. Gee, bawa nasi lemak berlauk sambal bawang, sambal tempe, telur rebus, kacang tanah, ikan bilis dan timun.

Nasi Lemak.

Harap AJK Makan Tengahari sudah cukup bertenaga setelah makan nasi lemak untuk memulakan tugas.

Jusna membawa makaroni.


Kerja-kerja menyediakan bahan masakan pun bermula. Sarung apron dulu...ahaks! Tugas kami pada hari tersebut ialah memasak nasi, masak kicap ayam dan masak lemak labu manis untuk lebih kurang 320 peserta kem. Kesemuanya perlu disiapkan sebelum pukul 1 tengahari dan diagihkan untuk empat stesen makan.

Antara buah labu yang hendak dikupas.


Cantik isi labu manisnya.


Sebahagian daripada sayur-sayuran yang hendak dimasak.



Pada hari tersebut, kami memasak 60 kilogram daging ayam.


Kami bahagikan tugas memasak nasi. Ada tiga periuk nasi yang digunakan. Nasi dimasak di dalam kelas. Jadi, terpaksalah rakan-rakan kami duduk di dalam kelas menunggu nasi masak dan kaut masuk ke dalam bekas tahan panas. Kemudian masak lagi sehinggalah selesai, dan nasi cukup untuk semua peserta. Kami diingatkan supaya sentiasa utamakan perut murid. Biar murid makan kenyang-kenyang.

Rakan-rakan AJK Makan Tengahari


Amie bawa empat bungkus pes Mee Bandung Mak Pon. Pes ini  lebihan Fuad bawa dari Johor sewaktu hari raya lepas.  Pandai-pandailah si Nano mengolahnya. Sementara yang lain sibuk memasak, siaplah mee bandung seadanya.


Ketika semua peserta aktiviti berehat dan minum pagi, rakan-rakan guru yang terlibat mengendalikan kem kepimpinan sempat datang ke 'dapur' kami. Dapatlah merasa sedikit mee bandung hasil air tangan kami.

Mee Bandung ala-ala koboi!

Mee Bandung.


Sambil makan, tidak lupa meneruskan tugas masing-masing.




Nano kupas nanas. 

Nanas ditambah dengan hirisan betik. Makan dengan colek.


Tak cukup nanas dan betik, ada pula jambu batu!

Jom makan buah-buahan!


Terima kasih Cikgu Johny, dermakan 8 biji buah tembikai.


Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah.


Begitu begini, akhirnya siaplah juga ayam masak kicap. Semuanya tiga kuali besar.


Ayam masak kicap diisi ke dalam empat bekas untuk agihan empat stesen makan.

Nano buat koktel buah-buahan. Dirambah ais dan air sda. 
Aduhai...berliter-liter rasanya melintasi tekak!



Akhir sekali kami masak lemak labu manis dengan kacang panjang.
Kerja masak-masak selesai sebelum pukul 1 tengahari.


Selesai mengagihkan makanan kepada semua peserta, kami membersihkan peralatan memasak pula.


Semua guru perlu berada di sekolah setiap hari pada hari Sabtu dan Ahad dari pagi hingga ke petang. Pada hari Ahad, aktiviti dijadualkan selesai lebih kurang pukul 4:30 petang. Walaupun hanya masak nasi, lauk dan sayur tetapi penatnya sampai rasa kejang-kejang betis!


Gambar kenangan mencuci kuali selepas masak. Peralatan yang kami pinjam-pinjam perlu dikembalikan dalam keadaan seperti sediakala.


Kiranya inilah Perempuan Melayu Terakhir menyental bontot kuali hitam!


Sekian daripada Kami Yang Menjalankan Amanah.


24 comments

  1. Hero ber spek pun ada meyelit? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada.... daripada sendirian di rumah, baiklah bawa ke sekolah.

      Padam
  2. Peribahasa "Bontot kuali disental lagikan putih"
    Tengah hari tu dua perkataan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik. Terima kasih Wak. Saya buat pembetulan.

      Padam
  3. Laaa..rasanya dh komen semalam pasal 60kg ayam tu cukup untuk kenduri kat kampung saya..🤭
    Hilang pula komennya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada komen tu. Ada dalam entri Rewang (Kem Kepimpinan) AJK Minum Pagi.

      Padam
    2. Eh ..
      Laa...patut la tak nampak..
      Komen kat lain cari kat lain..hihihi

      Padam
  4. Ya Allah, dedikasi guru kepada pelajar. Sanggup masak. Hehe berkat air jangan cikgu mudahlah pelajar-pelajar faham.
    Kiranya ayam itu tidak digoreng dahulu untuk ayam masak kicap. Ok juga ayam tidak kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam tu digoreng juga tapi sekejap, hanya nak bagi layu saja.

      Padam
    2. Saya baru nak tanya soalan ni. Tak goreng macamana buat ayam masak kicap. Sedapnya air tangan cikgu. Moga berkat anak murid

      Padam
  5. bagus betul aktiviti mcm ni....merapatkan ukhwah sambil makan2..memang bext!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah tarikannya sambil buat kerja, makan-makan dan bergurau senda. Barulah rasa seronok.

      Padam
  6. sibuk cikgu² memasak... sedap lauk² ye... untung murid dpt cikgu² juara memasak ni... kak amie ketua chef ke tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketuanya si Nano, tapi dia terlupa dirinya ketua hahahahaaa sebab semua jadi ketua.

      Padam
  7. Tu dia..dah macam kenduri nak dapat menantu ni...seronok kerjasama macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama masak, sama-sama makan, sama-sama penat hihihiii.

      Padam
  8. seronok rewang ramai-ramai begini ya kak sambil buat kerja sambil borak. Kalau nak tempah pada katering kadang harap je mahal makanannya tak tentu sedap dan kadang sikit. Ini walaupun penat tapi puas hati hasilnya, nampak masakan yg di masak tu pun alahai sedap betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jimat belanja, jadi terpaksalah lakukan kerahan tenaga percuma hehehee.

      Padam
  9. Amboi, Daus pun ada sekali ya gotong-royong. Penatnya jadi cikgu, hari cuti kena pergi sekolah untuk rewang masak memasak pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu Saya Yang Menurut Perintah, sekarang Saya Yang Menjalankan Amanah.

      Padam
  10. Aduh!! Terbaiklah.. Merewang beramai-ramai.. lama tak buat aktiviti macam ni.. Penat namun kesepakatan dan ukhwah tu tetap terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee... itu sahajalah yang mampu disumbangkan, tenaga.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe