Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (7) : Nasi Goreng & Ayam Panggang
5:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini balik lewat sedikit kerana kena hadiri mesyuarat . Bawa bekal berat, nasi goreng dengan ayam panggang air fryer. Tidak ketinggalan salad dengan kombinasi yumak, butterhead lettuce, potongan avokado dan tomato ceri. Penyerinya sama saja seperti biasa, taburkan bijan hitam. Tak bubuh kuah salad @ salad dressing. Walaupun hitam nampak menawan....ahaks! Hirisan buah tidak dilupakan. Kita susun potongan rockmelon. Buah kiwi pula diapit oleh buah aprikot. Untuk timbulkan keceriaan, selitkan buah ceri beberapa biji.
Pagi ini sarapan agak lewat kerana menghadiri perhimpunan dan terus masuk kelas. Waktu rehat barulah dapat isi perut.
Pagi ini sarapan agak lewat kerana menghadiri perhimpunan dan terus masuk kelas. Waktu rehat barulah dapat isi perut.
Bekal Sarapan (7) |
- Nasi Goreng & Ayam Panggang Air Fryer
- Salad : Butterhead Lettuce & Yumak + Avokaco + Tomato Ceri
- Buah : Rockmelon + Kiwi + Aprikot + Ceri
Nasi Goreng & Ayam Panggang Air Fryer |
Salad & The Gang |
Buah : Rockmelon + Kiw i + Aprikot + Ceri |
Bersama rakan-rakan di waktu rehat. Sementara menunggu pesanan makanan masing-masing sampai ke meja, tangkap gambar dulu dan makan buah. Pinjam ayat Wak Warisan Petani : Selamat menjamu selera!
22 comments
Sedao betul buah2 tu semua .SA plak stock buah xde kat rumah .ada pun buah orange..tgok la esok bawak kalau rajin..
BalasPadamKak Amie suka tengok susunan buah warna-warni.
Padamhari ni wak pun sarapan nasi goreng.
BalasPadamKerja meracun rumput kat dusun.
Buah petik kat pokok aje
Wah! Wak ada dusun buah. Nak makan petik aje ye Wak.
Padamsedapnya bekalan akak tu.... lengkap dengan lauk dan buah-buahan
BalasPadamSuka-suka saja Dana, nak bagi ceria di kala sarapan pagi.
PadamLapar tengok ni, Kak Amie. Hari ni kita belum sarapan, cuma minum secangkir kopi o panas. Lupa beli roti semalam, hihi.
BalasPadamWah, sarapan secangkir kopi o panas ye!
PadamSentiasa tak mengecewakan koleksi bekal Kak Amie ni :D
BalasPadamTerima kasih PH. Moga rakan-rakan maya dapat idea untuk bawa bekal ke tempat kerja.
PadamMenyelerakan ar bekal cikgu tu. Btw, air apa yang dalam botol mineral tu?
BalasPadamItu bukan air. Kami beli sambal siam dari tukang masak kantin. Dia masukkan dalam botol mineral hehehee.
PadamNampak sedapnya salad dengan campuran avocado tu...nyam nyam nyam
BalasPadamMakan ramai-ramai tambah sedap Mama Cella.
Padamera saya nak makan makanan sebegini dah berlalu...
BalasPadamOh, kenapa pula ye. Mungkin boleh disambung semula?
PadamMenyelerakan bekalan yang dibawa.
BalasPadamYumak tu saya tak tau, terus buat carian. Sejenis salad juga rupanya..hehe
Ya, macam-macam jenis salad. kadang-kadang saya pun tak tahu namanya.
PadamManalah Puan Amie cari salad macam yumak dan butter head ya? Macam tidak pernah nampak.
BalasPadamYumak tu banyak dijual di pasar sayur. Butter head tu biasanya di pasaraya.
PadamBagus menu yang berwarna-warni, membangkitkan selera!
BalasPadamBetul tu. Timbulkan keceriaan di awal pagi.
Padam