Selera Bulan Syawal

6:08 PTG

Semuanya cerita yang telah berlalu, dan sekadar dijadikan entri kenang-kenangan. Biasanya kalau ada hidangan kentang goreng sudah tentu atas permintaan Firdaus. Tapi kali ini berbeza pula. Encik Suami minta buatkan coleslow untuk berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Kemudian Amie nampak ada sayap ayam dan kentang di dalam freezer. Entah bila masanya Encik Suami beli dan masukkan ke situ, Amie pun tak perasan. Sayap ayam pun masih segar, belum beku. Mungkin Encik Suami nak makan coleslow dengan kentang goreng. Sewaktu Encik Suami tidur, Amie pun menyelinap ke dapur, perap sayap ayam dan siapkan coleslow. Setengah jam sebelum berbuka puasa, Amie panggang sayap ayam dalam air fryer dan goreng kentang.


Sayap ayam panggang, kentang goreng, coleslow & salad hijau.

Juadah berbuka puasa.

Amie panggang 5 ketul sayap ayam sahaja sebab Firdaus tak minat makan ayam panggang. Katanya, tak crispy! Tapi kentang goreng memang habis dmakannya!

Juadah berbuka puasa.

Waktu petang, kadang-kadang Encik Suami rajin cari kuih dan murtabak di gerai berhampiran taman perumahan kami. Amie pun terajin sediakan air mojito tembikai. Amie hanya masak bubur ayam sahaja. Sementara perut dan badan masih 'ringan' di bulan Syawal memang tak jadi masalah berbuka dengan juadah yang ringkas begini. Jamah sedikit pun dah rasa kenyang.


Kalau tak puasa, Amie masak sedikit lauk-pauk untuk hidangan tengahari. Makan dengan Firdaus sahaja. Ratah ikan panggang air fryer dan ulam-ulaman pun mengenyangkan juga.



Tapi kalau ada sambal ikan, memang kena cari nasi juga. Barulah puas makan!



Hari ini barulah betul-betul masak untuk makan tengahari. Kononnya kali pertama makan tengahari bersama di bulan Syawal. Dah siap masak, kita pun menunggulah Encik Suami untuk makan sama, tetapi Encik Suami tak pulang-pulang juga. Akhirnya makanlah berdua dengan Firdaus. Pukul 3:40 petang barulah Encik Suami muncul.

9 comments

  1. Sedapnya laukkkk.......kat rumah SA ni tengah problem...x tau nak makan apa...naik muak dah masak...

    BalasPadam
  2. Sedap hidangan sempena raya ni. Alhamdulillah habis dah ye puasa 6. Saya masih ada baki 4 hari lagi. Firdaus jenis suka ayam goreng crispy. ingatkan makan raja ayam, makan je ayam masak apapun :)

    BalasPadam
  3. Fries lagi garing lagi sedappppp (bagi saya) hehehe.
    Ohhhh ingatkan firdaus makannn semua jenis ayammmm, tapi ayam panggang memang tak crispy, tapi tetap sedappp :)

    BalasPadam
  4. sedap nya semua menu sihat akk tu...

    BalasPadam
  5. Tambah meriah juadah bila dah masuk Syawal, ya Amie

    BalasPadam
  6. hari ni tak tau nak makan ape. dalam peti ais cuma ade ikan kembung jer... hahha

    BalasPadam
  7. oooo pandai yaa beli senyap2 pastu request nak mkn apa😊😊😊 akk plak msk diam2 je elok sgt tu😆😆

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe