Perkedel Jagung Untuk Suria Amanda

9:35 PTG

Tengahari tadi terbaca tulisan blogger SURIA AMANDA dalam ruangan komen entri Amie yang lepas bertajuk : NASI LEMAK BERAS PANDAN HITAM

Kata SA: Kak Amie nanti ajarkan step by step perkedil jagung tu ye...nampak sedap la..SA x pandai buat yang macam tu.

Baiklah SA. Nanti Kak Amie tanya Firdaus: Sayang nak makan perkedel jagung tak buka puasa nanti?

Mau. Mau!
Cepat jew Firdaus menyahut.

Amie masuk dapur, kumpul bahan-bahan yang boleh dijadikan perkedel jagung. Ada 5 biji jagung belum dibuang kulit. Ada lebihan sayur kobis dan beberapa batang lobak merah saiz kecil. Tiba-tiba Amie teringat udang yang dibeli kelmarin. Boleh tambahkan udang dalam adunan perkedel jagung. Tak masukkan udang pun tidak jadi masalah. Perkedel jagung tetap sedap.

Sebenarnya SA, menurut rakan-rakan keturunan Bugis dan biras Kak Amie, boleh masukkan bahan sayuran lain seperti hirisan kacang panjang, daun bawang dan sebagainya. Kalau ada cili merah atau cili hijau, boleh tambahkan sekali. Kak Amie tak ada cili merah. Tetap juga sedap perkedel jagungnya.

Perkedel jagung ini dimakan bersama nasi. Tapi Kak Amie suka ratah. Kalau pergi tempat kenduri kahwin dan sebagainya, memang tolak nasi ke tepi. Perkedel jagung itu jadi pengganti nasi...ahaks!

Sukatannya pula, Kak Amie ikut campak-campak sahaja seperti biras buat. Kalau kali pertama SA cuba tapi kurang menjadi, cubalah lagi dua atau tiga kali. Mungkin ada bahan yang patut dikurangkan atau ditambah. Contohnya seperti telur, tepung dan air.

Perkedel jagung.



Inilah antara bahan yang akan digunakan untuk adunan perkedel jagung. 5 biji jagung itu akan menghasilkan perkedel jagung yang sangat banyak. Jadi Amie gunakan 2 biji sahaja. Firdaus sudah beri amaran awal. Jangan buang kulit jagung . Daus nak buka kulit jagung!

Huurrmmm... bila budak kecik ini sudah turun ke dapur, adalah yang hendak diusiknya nanti!
1 biji jagung Amie sagat (gambar bawah) dan satu biji lagi Amie hiris. 


Jagung yang disagat mengeluarkan air. Jangan dibuang atau ditapis air jagung itu. Di bawah ini ialah bahan yang akan diadun menjadi perkedel jagung. Oleh kerana Firdaus kadang-kadang buang kobis yang dihiris, jadi Amie sagat saja kobis supaya menjadi cebisan kecil dan lebih kurang sama bentuknya dengan isi jagung.


Bahan-bahan:
  • 1 biji jagung - diparut
  • 1 biji jagung - hiris bijinya
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan kobis sagat
  • 1 cawan lobak merah sagat
  • 1 cawan bawang besar cincang
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 cawan  hirisan isi udang basah
  • 1 cawan hirisan daun sup
  • 1-2 butir telur
  • 180 ml air
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • garam / perasa pilihan
  • minyak

Hirisan sebiji jagung.

Hasil parutan / sagat sebiji jagung.


Mari kita mulakan kerja mengadun. Firdaus tak mahu lepas peluang. Amie bimbing dia masukkan satu persatu bahan ke dalam mangkuk.
  1. Masukkan jagung parut, jagung hiris, kobis, lobak merah, daun sup, bawang besar dan bawang putih cincang serta isi udang ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian masukkan telur. 
  3. Seterusnya gaul bahan sampai rata.
  4. Masukkan tepung, dan tuangkan air sedikit-sedikit.
  5. Adunan tidak perlu cair, cukuplah sekadar bahan melekat di antara satu sama lain.
  6. Taburkan lada putih dan garam / perasa pilihan.
  7. Goreng hingga kuning keemasan.

Jika gunakan telur double A, sebiji pun cukup. Kalau gred B, gunakanlah dua biji.
Amie gunakan gerd A, tapi pakai 2 biji.


Serius jew muka budak ni mengadun bahan.


Beginilah adunan perkedel, tapi belum bubuh tepung dan air.
Adunan ini melekat disebabkan air jagung dan telur.


Kemudian barulah masukkan tepung gandum dan air, dan jangan lupa lada putih serta garam / perasa pilihan.

Adunan perkedel sudah sedia untuk digoreng.


Gunakan sudu makan untuk menjemput adunan masuk ke dalam kuali berisi minyak panas.
Cara menggoreng sama seperti goreng cucur atau cekodok.


Untuk mendapatkan hasil gorengan yang elok, tak perlu masukkan banyak adunan ke dalam kuali. Berikan ruang perkedel jagung untuk bernafas dalam minyak panas supaya masak sekata.


Apabila perkedel mula timbul di permukaan, maksudnya kena jaga-jagalah supaya jangan rentung sebab itu isyarat perkedel hampir masak.


Bolehlah angkat apabila perkedel sudah mula berwarna kuning keemasan.


Jom hantar sepiring perkedel jagung untuk SA.


Bersemangat Firdaus nak hantar perkedel jagung untuk aunty SA....ahaks!
Okey SA. Beginilah tutorial nak buat perkedel jagung. Harap percubaan pertama menjadi ye. Kalau tak berapa menjadi, boleh cuba lagi hingga menepati selera. Orang kata try and error.... hehehehee!

Perkedel jagung.

15 comments

  1. Alaaa comel la firdaus tolong ibu dia kacau adunan perkedel tapi tang muka tu serious benor hahahaha.
    Sekali imbas tengok dah macam boleh buat roti sandwhich pulak hehehe. Sayur tuuu meriah sungguh!

    BalasPadam
  2. Macam cucur juga kan.. Mesti sedap.

    BalasPadam
  3. bari teringat nak scrol2 blog kak amie cari resepi perkedel jagung ni.. tgk2 dah share. terima kasik share. bole cube bile2 masa nanti

    BalasPadam
  4. comelnyaaaaa Firdaus tu.....nampak senang..okey esok cari jagung fresh laaa..tak sabar nak cuba ni..fuhhhh harap2 menjadi la...terima kasih kak amie ajar buat perkedil jagung....

    BalasPadam
  5. Ish ,buat sahur pun sedap ni cikgu..Goreng panas- panas pekena dengan teh O panas.Pasni ramai-ramaikita skodeng dapur SA pulak...hihihi

    BalasPadam
  6. serius je daus adun pekedil...tksh resepi amie nmpk ada bezanya cekodok jagung biasa

    BalasPadam
  7. Sedapnya macam macam rencah ada dalam tu. Leebih kurang macam potato fritters, kurang tepung rencahnya banyak dan rangup. bolehlah saya cuba jugak nanti. terima kasih share resipi kak amie. Excited firdaus tolong mommy kat dapur buat pekedel favourite dia.

    BalasPadam
  8. Lepas ni Daus boleh ambil alih tugasan mommy :)

    Nama lain perkedel ni bakwan ke Kak Amie? Nampak lebih kurang rupanya.

    BalasPadam
  9. Harapnya pekedil jagung ni dapat merawat demam SA tu, Amie

    BalasPadam
  10. Wahh,sedap nii.. udang ada kat uma,jagung je xde.huhu

    BalasPadam
  11. Aduh.. terima kasih berkongsi resepi kak amie.. Menarik sungguh nie.. Macam kena cuba juga.. hehehe

    BalasPadam
  12. Sedapnyaa mcm cucur jagung cuma intinya lain sedikit

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe