Pengat Pisang Nangka Amie's Little Kitchen

7:36 PTG

Setiap keluarga ada cara dan olahan masakan yang tersendiri. Itu sebabnya, makanan atau masakan termasuk dalam budaya atau cara hidup sesebuah keluarga yang membentuk komuniti kecil lalu berkembang menjadi keturunan kepada generasi  seterusnya. Generasi demi generasi inilah yang bertanggungjawab membawa apa jua warisan nenek moyang mereka agar tidak pupus ditelan masa.

Walau bagaimanapun, perubahan masa disertai dengan kecanggihan teknologi dan maklumat, banyak berlaku perubahan dalam pelbagai perkara termasuklah dalam hal makanan. Amie sendiri akui, anak-anak lebih sukakan hidangan moden dan terkini berbanding masakan tradisional termasuk lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya. Kalau Amie hidangkan pengat, memang hanya Amie dengan Encik Suami sahaja yang akan menjamahnya. 

Salah satu cara Amie tarik minat anak-anak untuk makan pengat ialah dengan cara mempelbagaikan rasanya. Banyak kali juga Amie memilih pengat sebagai pencuci mulut untuk dibawa ke kampung ketika makan-makan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak buah sangat menyukainya. 

Sebenarnya, satu sahaja bahan tambahan Amie masukkan dalam setiap pengat atau bubur. Kalau ada sesiapa yang perasan, Amie selalu tambahkan jagung krim. Biasanya kalau masak bubur kacang atau pengat, Amie akan tambahkan jagung sama ada jagung krim atau jagung biji dalam tin.

Pengat Pisang Nangka Amie's Little Kitchen


Pengat Nangka Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan Pengat Pisang Nangka 
  • 3 biji pisang nangka masak - buang kulit - potong serong
  • 1 tin jagung krim
  • 1/2 cawan sagu biji - bilas
  • 1 helai daun pandan - siat dan simpul
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan parutan gula Melaka
  • 3 sudu besar gula perang
  • 500 ml air
  • 250 ml santan pekat
Cara memasak:
  1. Masukkan air bersama sagu biji ke dalam periuk.
  2. Jerang sehingga mendidih, dan kemudian masukkan gula Melaka, gula perang serta daun pandan.
  3. Setelah gula larut, masukkan pula pisang nangka.
  4. Tambahkan garam.
  5. Apabila masakan mendidih sekali lagi, tuangkan pula santan pekat.
  6. Kacau beberapa kali, dan apabila mula mendidih di bahagian tepi periuk, segera padamkan api.

Amie gunakan bekas seramik kiriman Syazni Rahim

Pengat Pisang Nangka memang unik disebabkan pisang nangka itu sendiri mempunyai rasa manis dengan sedikit masam. Maha Suci Allah yang menjadikan pelbagai jenis ciptaan yang mempunyai rasa yang tersendiri. Syukur Alhamdulillah, kita juga dianugerahi deria rasa yang pelbagai untuk menikmatinya.
Firdaus ikut makan Pengat Pisang Nangka, tetapi hanya makan kuahnya sahaja sebab ada jagung dan sagu biji. Tidak lama kemudian dia meminta lagi. Ketika Amie sedang duduk berehat di ruang tamu, Firdaus bertanya:
Mommy! Ada lagikah penyengat?
Penyengat?
Ya. Penyengat. Daus nak makan lagi.
Oh! Pengat!
Ya...pengat.

Aduhai sayang Mommy!
Kenapalah pengat boleh jadi penyengat pula!
Petang tadi 3 kali Firdaus minta kuah penyengat hihihiiii!

18 comments

  1. Hahaha..penyengat..Nasib baik tak bengkak mulut Daus...

    Penangan terliur pisang goreng cikgu semalam,hari ni sebelum ke tempat kerja saya bersemangat singgah kat pasar nak cari pisang.Rupanya sejak PKP 1,pasae tutup setiap Isnin untuk sanitasi...huhuhu

    BalasPadam
  2. Meltingnya nampak gambar pengat pisang tu
    Mrs. A pun suka makan pengat campur jagung macam ni

    BalasPadam
  3. Suka penat pisang. Oh rupanya tambah jagung.

    BalasPadam
  4. fuh
    sedapnya
    dah favorite zaman sekolah nih
    hehehe

    BalasPadam
  5. sedapnya Pengat Pisang Nangka tu :)
    terliur tengok

    BalasPadam
  6. sedapnya nmpk pengat pisang tu.

    haha. comel je Daus ckp nak penyengat

    BalasPadam
  7. bln puasa aritu ada MIL masak pengat pisang

    BalasPadam
  8. memasak pun perlu kreatif kan

    BalasPadam
  9. Aduh, Daus.. aunty baru nak feeling2 makan pengat mommy buat, kamu dah buat lawak pulak.. penyengat pun boleh 🤣🤣🤣

    Teringat Iman masa baya2 Firdaus dulu.. antara yg Sk masih ingat...

    Kedai Peragut - Kedai Perabut
    Pahala - Piala
    Bomba - Kotak Kecemasan
    😆😆😆

    BalasPadam
  10. Nampak sedap tu ha...tapi SA kureng sikit pengat pisang..tapi boleh la layan kalau sesekali buat

    BalasPadam
  11. Menarik cara masakan kak amie tambah krim jagung dan isi jagung tu. tambah ada sagu. lagi sedap penyengat pisang. eh pengat pisang. Lawak lah daus cakap penyengat :p

    BalasPadam
  12. Sedapppp nya kak amie. Favorite saya kalau makanan berunsurkan pisang ni!
    Penyengat pun boleh lah firdaus hahahaha, comel je sebut penyengat

    BalasPadam
  13. sedappnya
    memang feberett la pengat2 ni tak kira pengat apa
    tp pisang nangkaaa lg sukaaaa

    BalasPadam
  14. Wuu sedapnyaaa kak.. da lme xmkn pengat ni

    BalasPadam
  15. pengat pisang my peberet. Oh rupanya lagi sedap tambah jagung krim ya. Emmm boleh cuba lah. Selalunya suka letak sago biji tu banyak2 dan suka letak dalam peti sejuk. Makan bila sejuk emmm daus dah jadi peminat penyengat le tu.

    BalasPadam
  16. ni nama nyer pengat yg menyengat!
    pengat pisang kerap buat time pkp ni, kak.
    anak yg buat, aida tolong tgk kan aje.
    mudah sgt nak buat nyer kan :)
    tips letak jagung manis tu, nice. next aida nak cuba.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe