Nasi Tomato, Kurma Kambing, Ayam Masak Merah & Acar Mentah @ Jelatah

8:33 PTG

Sewaktu kunjung raya maya ke rumah rakan-rakan blogger, teringin pula nak makan nasi tomato setelah singgah di dapur SERI KANDI TANAH JAUHAR dan MAMA CELLA.  Terasa lama sungguh tak menjamah nasi beraroma! Terima kasih rakan-rakan blogger yang sudi kongsi menu dan dari situlah tercetusnya idea untuk masak di dapur sendiri. 

Rasanya hari ini adalah hari paling sesuai Amie masak nasi tomato untuk hidangan terakhir berbuka puasa 6 Syawal Encik Suami. Amie doa sangat agar hari ini Amie sihat dan boleh turun ke dapur. Maklumlah pagi tadi kena suntik vaksin dos kedua. Doktor beritahu, suntikan kali kedua ini lebih kuat berbanding suntikan pertama. Suntikan pertama  dulu, Amie sakit lengan dan demam.

Syukurlah, setakat ini belum rasa sebarang sakit atau tanda-tanda demam tetapi Amie sudah bersedia dengan ubat sebagaimana saranan doktor. Jadi, petang tadi dapatlah masak nasi tomato dan lauk-pauk yang lain. 

Sayangnya sepanjang berada di dapur, hujan turun dengan lebatnya, dan suasana jadi gelap gelita sehinggalah menjelang waktu berbuka puasa. Tak tahulah di sudut mana nak ambil gambar! Akhirnya, ini sahajalah gambar masakan hari ini yang dapat dikongsi.
  • Nasi Tomato
  • Kurma Kambing
  • Ayam Masak Merah
  • Acar Mentah @ Jelatah

Nasi Tomato and the gang.

Nasi Tomato

Resipi Nasi Tomato
Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 10 minit
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar puri tomato
1 cawan susu cair
2 sudu besar yogurt asli


Bahan A:
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 ulas bawang merah -hiris halus
3 cm halia - hiris halus
1 helai daun pandan - siat dan simpul
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih


Bahan B:
4 1/2 cawan air - ikut sukatan beras (1 cawan = 1 1/2 cawan air)
2 sudu besar Stok Ayam Pekat Maggi


Cara.

1. Panaskan minyak sapi. Tumis semua bahan A hingga harum dan layu.
2. Masukkan puri tomato, susu cair dan yogurt.
3. Tambahkan Bahan B dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras. Kacau rata dan tutup periuk.


Jika suka, taburkan kismis ketika nasi mula mengering. Tutup semula periuk. Sewaktu menghidang, boleh taburkan kacang gajus. Masakan kali ini Amie tidak mempunyai simpanan kacang gajus. amie hanya taburkan bawang goreng dan kacang edamame.

Kurma Kambing

Resipi kurma kambing ini Amie masak berdasarkan ilmu yang diberikan oleh ibu mentua adik Amie 8 tahun yang lalu. Dahulu Amie kurang menggemari masakan kurma, tetapi setelah belajar cara masakan kurma dari orang yang berpengalaman, akhirnya Amie sukakannya. Tidak kiralah kurma ayam atau kurma daging, terlebih lagi kurma kambing! Terima kasih Che Jah kerana bermurah hati kongsi resepi kurma yang sedap ini.

Resipi Kurma Kambing
Bahan-bahan:
700 gram kambing (lamb) - potong ikut saiz yang disukai
3 biji kentang - belah 2
3 sudu besar rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi / mentega / marjerin
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil putih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 kuntum bunga lawang


Cara:
1. Rebus daging (lamb) bersama rempah kurma sehingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana sehingga kuah pekat.
2. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan lamb bersama kentang. Masak hingga kentang empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma kambing diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah ini sepatutnya ditaburi dengan kacang peas dalam tin, tapi Amie tak ada stok. Ada kacang edamame, taburkan sajalah banyak-banyak. Boleh ratah-ratah... ahaks! Ayam Masak Merah ini sebenarnya diolah setelah memikirkan Firdaus tak berapa gemar makan Kurma Kambing. Sewaktu makan, Firdaus tambah 3 kali nasi tomato dalam pinggan dan habiskan 2 ketul ayam.

Resipi Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
600 gram ayam (2 kepingan sukuan peha) - potong 4 - bersihkan - cuci dan tos - lumur dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit - ketepikan
200 gram tomato segar - potong dadu
2 batang serai - diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - hiris kasar
minyak
1sudu besar parutan gula melaka
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
3 biji buah keras
2 cm halia

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak bekas gorengan ayam di dalam kuali.
  3. Goreng hirisan bawang besar bersama serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga terbit bau.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  5. Seterusnya masukkan gula melaka dan tomato. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu sehingga tomato hancur dan terbit minyak sekali lagi. 
  6. Masukkan ayam goreng. Gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
  7. Akhir sekali perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  8. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Acar Mentah @ Jelatah @ Pencuk

Pelengkap lauk-pauk untuk nasi tomato sudah tentulah acar mentah atau jelatah atau ada yang panggil pencuk. Kali ini Amie hanya gunakan hirisan nanas dan timun sahaja dengan menambahkan hirisan cili merah dan bawang besar. Untuk perasanya Amie tambahkan gula secukup rasa, secubit garam dan renjiskan 2 sudu besar cuka.Tidaklah rasa masam sangat, dan Amie sukakan rasa manis nanas itu!

Nasi Tomato, Kurma kambing, Acar Mentah & Ayam Masak Merah.

Semalam Fairuz ke Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya menghantar bekalan ikan. Tadi, selepas berbuka puasa, Encik Suami telefon Fairuz yang sedang dalam perjalanan pulang ke Lahad Datu. Keika itu Fairuz sedang berada di Telupid. Encik Suami pesan, sampai Lahad Datu nanti terus pulang ke rumah. Makan di rumah. Fairuz tanya, Mommy masak apa? Apabila Encik Suami beritahu masak kambing, terdengar suara teruja Fairuz untuk cepat-cepat sampai ke rumah. Agak lama juga kami tak makan bersama Fairuz semenjak bujang kami itu melibatkan diri dalam dunia ikan!

14 comments

  1. Wah,meriah raya 6 dengan nasi tomato & kurma kambing tu tak boleh tahan..
    Saya kelewatan puasa 6 tahun ni.
    Sebelum baca puas zoom in nak tengok kacang apa cantik hijaunya tu.Dah baca,laaaaa betul la edamame..Sedapnya edamame..!

    BalasPadam
  2. Nampaknya tekak kita bertiga ni sama la.. bilalah Lahad Datu nak pindah Johor ni, tak payah merentas.. Mak Cella soh kita pindah Nilai 3 supaya dia tkyah merentas, hihi

    BalasPadam
  3. Matriye hehehee...
    Kurma kambung tu nampak so yummy!

    BalasPadam
  4. Ingatkan petaiii rupanya kacang edamame HAHAHAHA adoiii mata ni asal la nampak petaii >.<

    BalasPadam
  5. Terliur . CCL lebih suka makan nasi tomato dengan ayam masak merah . Acar jelatah tu wajib ada

    BalasPadam
  6. Sedap2nyer.
    Wak kalau jumpa menu kambing memang tak tolak.

    BalasPadam
  7. Memang kena dan serasi betul lauk² tu. Dah macam nak makan di kenduri kahwin pula.

    BalasPadam
  8. masakan kak amie mmg tak sah kalau tak sedap. sedap dipandang apa lagi dimakan

    BalasPadam
  9. Saya Jumaat ni baru Raya 6. Habiskan puasa ganti dulu baru seronok puasa 6 hehee :)

    BalasPadam
  10. Wahhhh sedapnya menu raya 6 akak ni

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, settle puasa 6 ye kak..Selamat hari raya! :) Meriah lauknyaa macam lauk kenduri kawen nampaknya :P

    BalasPadam
  12. Sedapnya nasi tomato kak amie. Ini yang macam teringin nak masak nasi tomato jugak untuk berbuka ni. tapi tak ada bahan bahan pulak. next time lah nampaknya.

    BalasPadam
  13. Sedap, sedap. Lauk kenduri ni. Terliur dibuatnya. :D

    BalasPadam
  14. hishhh ni mghu nasi tomato ke? smlm abang share kt fb nasi yomato. ni msk blog akk nasi tomato jg waarghhhh sedapppp laparrrrr

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe