Nasi Ganja Total Lockdown

5:01 PTG

Tengahari tadi, ketika masak di dapur, kepala membayangkan apa yang akan dilakukan apabila siap set hidangan Nasi Ganja di atas meja makan. Mula-mula ambil kepingan limau nipis dan perahkan di atas pinggan berisi nasi dan lauk-pauknya. Kemudian gigit hujung cili hijau dan terdengarlah bunyinya yang rangup ketika dikunyah!
Apabila hidangan sudah tersaji, memang nak perahkan limau tetapi limau nipis sudah bertukar menjadi lemon.... ahaks! Di musim PKP ini, tak bolehlah menuntut semua bahan masakan dalam keadaan sempurna. Yang penting ada, dan boleh isi perut seadanya. Amie pun tidak meminta Encik Suami membelikan itu dan ini yang tiada di satu pasar, dan beralih pula ke pasar yang lain. Oleh kerana tiada limau nipis, dibelikannya limau kasturi. Tak apalah, masih ada simpanan lemon, jadi gunakan lemon sahajalah.
Agak lama juga Amie tidak masak Nasi Ganja. Amie pernah masak di sini:
Menurut IPOH MALAY asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ia dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ibaratnya seperti sekarang dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam. Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih. Di Ipoh, orang Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Orang Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. Ini kerana penjual Nasi Ganja ini memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey'. Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.

Nasi Ganja ini sejak pertama kali masak, Amie kongsikan dari resipi IDA SHAHIDA, dengan sedikit ubahsuai mengikut selera dan bahan yang ada. Terima kasih Ida Shahida atas perkongsian hidangan yang sedap ini:
  • Nasi Ganja
  • Ayam Goreng
  • Kuah Kari
  • Telur Rebus
  • Kacang Bendi
  • Cili Hijau
  • Hirisan limau nipis / lemon
Lauk-pauk Nasi Ganja ini boleh dipelbagaikan. Sebelum ini Amie pernah masak nasi ganja berlaukkan kari kambing dan ayam goreng. Oleh kerana baru makan kurma kambing beberapa hari lepas, jadi kali ini Amie goreng ayam saja.


Nasi Ganja


Bahan-bahan untuk Nasi Ganja:

  • 3 cawan beras bashmati - cuci bersih dan toskan
  • 4 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 4 biji bawang putih*
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 batang kulit kayu manis*
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 3 biji bunga cengkih*
  • 2 sudu besar rempah Sup Adabi*
  • beberapa titis pewarna kuning telur
  • 6 sudu besar sos cili Maggi
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Cara memasak:

  1. Tekan butang on pada rice cooker. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair / panas.
  2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
  3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggi.
  4. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau sekali dua supaya sekata dan kemudian tutup periuk sehinggalah nasi tanak.

Ayam Goreng


Bahan-bahan untuk Ayam Goreng:

  • 1 kg ayam - Amie gunakan sayap ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 3 tangkai daun kari dimayang
  • 2 batang serai - diketuk
  • garam / gula / perasa pilihan
  • minyak untuk menggoreng
Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
Cara:

  1. Perap kesemua bahan kecuali minyak.
  2. Setelah memerap lebih kurang 30 minit, bolehlah goreng ayam tadi dengan menggunakan api sederhana panas supaya masak sekata.


Kuah Kari (asalnya kuah kari kosong saja, tapi Amie tambahkan kentang, kacang panjang dan tomato). Kuah kari ini dimasak tanpa santan.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar rempah kari daging / ayam
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili

Bahan tumbuk / tumisan:

  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan lain:

  • 3 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
  • 5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3 cm
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 kiub ayam
  • garam / gula
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan minyak


Cara memasak :

  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga harum.
  2. Masukkan rempah kari, dan tambahkan air apabila tumisan terbit minyak.
  3. Tambahkan kentang, kiub ayam, garam, gula, dan pati asam jawa.
  4. Setelah kentang empuk, dan kuah hampir pekat masukkan pula kacang panjang dan tomato.
  5. Masak sehingga kacang panjang berubah warna. Padamkan api dapur.

Cili hijau, kacang bendi & hirisan lemon.

Jangan lupa tambahan hirisan limau nipis /lemon, cili hjijau dan kacang bendi celur serta telur rebus.

Telur rebus.


Set hidangan Nasi Ganja Total Lockdown!




Nasi Ganja Total Lockdown.

16 comments

  1. Menarik tahu sejarah nasi ganja.

    BalasPadam
  2. Saya belum pernah mencuba nasi ganja. Tapi apabila lihat gambar-gambar ni, jelas membuka selera.

    BalasPadam
  3. Oo..gitu kisah nasi ganja!
    Saya belum pernah cuba walaupun agak kerap lalu Ipoh.
    InsyaAllah nak cuba la masak nasi ikut resepi Amie ni.

    BalasPadam
  4. Wahhh.. serupa rupanya dgn Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom tu, cuma bezanya di sana tak dihidang dalam pinggan portmeirion, hehehehe..

    Sejujurnya sy lebih suka makan Nasi Vanggey di Greenwoods daripada Nasi Ganja di Yang Kalsom. Tapi skrg klu ke Ipoh, lebih suka makan Nasi Kandar Pekan Lama.

    BalasPadam
  5. Dia mai nasi ganja pulakkkkk....Ish,baru semalam masak nasi kuning .Ni macam nak kena masak.nasi ganja la pulak...hihihihi

    BalasPadam
  6. bolehla cuba masak utk makan thari ni

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. Masak sendiri untuk makan lebih puas hati kan kak.. Tambahan dalam situasi sekarang ini..

    BalasPadam
  8. Ya allah kak amie...sedapnya la nampak nasi ganja tu ha...

    BalasPadam
  9. Makannn ni memang menjilat jari! Sedapppppp, haritu first time makan, terussss suka hehehe

    BalasPadam
  10. Aduhaiii..terlalu nampak sedap ni. Rasanya belum pernah merasa nasi ganja. Ye lah kak amie, waktu sekarang ni masak pun guna apa yang ada je. Sana sini kehabisan. Masa ni lah jadi kreatif sikit dalam bab masakan :)

    BalasPadam
  11. Nasi ganja tak sama dengan nasi kandar ka. Tapi tenguk satu pinggan lauk nya...aduhaiii cam nak kena pi ipoh je cari nasi ganja aka nasi vanggeh

    BalasPadam
  12. aduh. terkenang nasi ganja kat ipoh tu.
    dpt la 2 kali merasa. tapau and makan kat r&r highway.
    nak makan situ, ramai! malas nak bersesak-sesak.
    nice ni.
    nanti nak tiru idea cara akak ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe