Malam Pasung Datang Lagi!

8:48 PTG

Sebelum bermulanya PKP 1.0 /2020, setiap kali menjelang malam 21 Ramadhan Encik Suami pulang dari solat terawih menjinjing satu bekas berisi kuih pasung! Penduduk kampung akan membawa kuih pasung dan bertukar-tukar sesama mereka selepas selesai solat terawih di masjid. Semakin lama Amie lihat dari tahun ke tahun, nampak semakin comel pula kuih pasung tersebut! Saiznya lebih kecil, dan ada pelbagai warna.

Masih ingat tak lagi tentang TRADISI MALAM KETUPAT DALAM MASYARAKAT MELAYU COCOS yang Amie paparkan minggu lepas. Selain Malam Ketupat, ada satu lagi malam istimewa dalam masyarakat Melayu Cocos iaitu Malam Pasung. Sambutan Malam Pasung sama juga seperti Malam Ketupat, dan yang membezakannya ialah Malam Pasung diadakan pada malam ke 21 Ramadhan manakala Malam Ketupat diadakan pada 15 Ramadhan. Biasanya malam 21 Ramadhan itu kita panggil Malam 7 Likur, Malam Selikur, Malam 2 Likur dan seterusnya.

Kuih Pasung

Amie sempat belajar buat kuih pasung daripada arwah kakak ipar. Sewaktu Amie baru berkahwin dulu, kuih pasung hanya satu warna sahaja iaitu putih. Dari tahun ke tahun, ada perubahan warnanya dari putih ke warna hijau aroma pandan. Akhir-akhir ini ada warna-warni pula.

Ada simboliknya Kuih Pasung dengan Malam Pasung ini. Kalau dilihat dari segi bentuk kelongsongnya, menurut Encik Suami, ia merupakan bentuk bulan penuh (di bahagian atas) dan terus mengecil di bawah menandakan menghilangnya bulan. 
Malam Pasung dikatakan malam menghilangnya bulan, dan pasung yang mereka maksudkan ialah pelita yang digunakan menerangi malam yang gelap. Apa pun, acara bertukar-tukar kuih pasung selepas solat terawih lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat Melayu Cocos.

Warna-warni kuih pasung!

Kuih pasung pemberian abang ipar.

Dua tiga hari lepas Encik Suami minta Amie buat kuih pasung. Amie pun ingat-ingat lupa dengan kelam-kabut mengejar masa untuk sampai ke Dewan Sri Perdana mendapatkan suntikan vaksin. Oleh kerana keletihan tak cukup tidur sebelah malam, jadi pulang dari Dewan Sri Perdana Amie terus tidur sehinggalah pukul 1:30 petang. Akibatnya  setelah terjaga Amie rasa tak selesa di bahagian lengan yang disuntik. Terlupa pula untuk menggerak-gerakkannya atau tuam dengan air panas, sebaliknya dibawa tidur senyenyak-nyenyaknya!
Jadi, tak dapatlah Amie sediakan kuih pasung.
Dua minit sebelum berbuka puasa, abang ipar telefon. Rupanya abang ipar hantar kuih pasung tapi tak boleh masuk taman perumahan kami. Abang ipar minta Encik Suami keluar di tepi jalan dan dapatlah beberapa biji kuih pasung yang masih panas warna hijau seperti dalam gambar di atas.
Amie sudah makan 3 ketul.
Kejap lagi nak ke dapur, nak makan seketul lagi.
Sedap betul kuih pasung aroma pandan, adunan tepung beras dengan santan ini!
Encik Suami minta kebenaran polis yang menjaga pagar kawat duri untuk solat terawih di kampung. Dan pastinya, pulang nanti memang adalah kuih pasung lagi yang dijinjingnya!

24 comments

  1. Menarik sungguh budaya masyarakat Cocos ni, Amie. Kuih pasung tu macam sy pernah nampak semasa program ke Lahad Datu dan Sandakan, cuma tak pernah makan. Tentu sedap makan masa suam2

    BalasPadam
  2. Macam tak pernah jumpa lagi kuih ni

    BalasPadam
  3. Macam dodol pulak kalau tengok sekali imbas hehehe. Tapi warna warni ya kuih pasung ni, comel!

    BalasPadam
  4. Rezeki dapat juga kuih pasung walaupun tidak dapat buat.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki ramadan pelbagai kuih tradisi muncul saja utk dinikmati

    BalasPadam
  6. Best tu bertukar tukar kuih pasung. Dapat merasa orang lain punya kuih pasung. Walaupun resipi sama tapi tetap berbeza dari segi rasa. Alhamdulillah, penat nak membuat datang rezeki kuih pasung. Mujur juga orang luar boleh hantar makanan walaupun tak boleh masuk taman. Semoga keadaan kak amie baik baik je :)

    BalasPadam
  7. wah, menariknya. comel plak tu. x pernah tgk pun kuih pasung ni...

    BalasPadam
  8. menarik betul ye kak, best bila ada macam-macam adat budaya yang diraikan
    macam dana rindu tradisi munjung di kampung,mesti sedap kuih pasung tu ye kak... dana tak pernah jumpa

    BalasPadam
  9. Teringin pulak nak rasa kuih pasung tu. warna warni kuihnya ikut peredaran zaman. Kawan-kawan hospital kata yang 1st cucuk tempat cucuk rasa lenguh tapi besoknya dah ok

    BalasPadam
  10. SA suka perkongsian Kak Amie tentang budaya masyarakat kat sana,nampak menarik kuih tu kak..bila la boleh travel ni..teringin nak kesana..

    BalasPadam
  11. sedih, banyak tradisi masyarakat kita yg dah hampir pupus sekarang ni.

    BalasPadam
  12. Menarik! Moga tradisi yg baik sebegini dapat diwariskan dan diamalkan secara berterusan.

    Comel betul kuih pasung tu 😍

    BalasPadam
  13. Mesti sedap kuehnya. Saya pertama kali tahu tentang kueh pasung ni.

    BalasPadam
  14. Tempat saya di Kedah ada kuih ni dipanggil "Tepung Serunai" Biasanya dimasak untuk orang tua2 yang tak sihat.Tapi warnanya putih sahaja.Cantik pula tg colourfull tu

    BalasPadam
  15. ni febret kuih mamak ku ni...tapi kat bintulu pernah jumpa yang pandan tu je amie..yang ni kalerful betul ekkk...

    BalasPadam
  16. Seronok baca mengenai budaya masyarakat Melayu Cocos. Terima kasih untuk perkongsian ini, Kak Amie 😊

    BalasPadam
  17. Tak pernah makan lagi kuih pasung. Memang ada time malam pasung saja ke?

    BalasPadam
  18. Xpernah dengar kuih nii. Tapi nampak sedap yeee kak. Hehe

    BalasPadam
  19. Amie, nanti ajarlah buat kuih pasung ni

    BalasPadam
  20. Cantik pula berwarna warni kuih tu.. Tradisi yang memarik.. Semoga terus berkekalan..

    BalasPadam
  21. boleh pos ke malaya tak kak? hehehehe

    BalasPadam
  22. First time tgk kuih ni. Warna warni nyaa

    BalasPadam
  23. cntiknya kuih pasung ni. teringin nak cuba.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe