Coto Makassar PKP Total Lockdown

5:01 PTG

Assalamualaikum dan selamat petang.

Kita duduk-duduk sajalah di rumah, tak perlu ke sana dan ke sini. Kita hadapi PKP Total Lockdown dengan mematuhi segala SOP yang dikenakan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. 

Hari ini Amie kongsikan resipi tradisional Bugis dari Makassar, Sulawesi Selatan iaitu Coto Makassar atau Coto Mangkasara. Di Sabah selain masakan tradisional masyarakat Bajau dan Kadazan - Dusun, hidangan tradisional Bugis juga sering ditemui di mana-mana kedai makan atau warung.

Dalam entri Amie yang lalu, selalu juga Amie terangkan perbezaan di antara coto dengan soto. Dalam kamus Wikipedia, selain soto atau coto, ia juga dikenali dengan nama stroto! Dalam Kamus Dewan kita pula kata, soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, taugeh dan lain-lain). Apa pun sebenarnya soto ni memang pelbagai! Soto dikaitkan dengan kuahnya yang kelihatan lebih jernih, manakala coto pula kuahnya lebih gelap.

Banyak kali juga Amie kongsikan resipi Coto Makassar. Ada resipi sukatan untuk keluarga, dan ada resipi sukatan untuk rumah terbuka. Boleh klik di sini untuk lanjut:

Coto Makassar


Bahan-bahan isi dan kuah:
  • 800 gram perut lembu
  • 200 gram limpa lembu
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 cm halia - diketuk
  • sedikit garam /perasa pilihan
  • 3 liter air basuhan beras yang ketiga
Cara:
  1. Rebus perut, limpa dan peparu menggunakan air biasa sehingga mendidih.
  2. Buangkan air rebusan dan bilas bahan rebusan.
  3. Masukkan bahan rebusan ke dalam periuk dan tambahkan air basuhan beras, serai, halia dan garam / perasa pilihan.
  4. Rebus dengan menggunakan api perlahan sehingga kesemua bahan empuk.
Kalau tak suka perut, limpa, peparu dan organ dalaman, boleh gunakan daging yang digemari. Pengunaan bahan tidak terhad, boleh gunakan urat, gantikan dengan daging ayam dan sebagainya.
Apabila bahan rebusan sudah empuk, keluarkan dari periuk. Air rebusan jangan pula dibuang! Jangan lupa potong-potong perut, limpa dan peparu.
Air rebusan tadi...biarkan terus mendidih dengan api perlahan.

Sementara itu kita sediakan bahan tumisan pulak seperti di bawah ini.

Bahan kisar:
  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 4 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris -hiris
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 3 sudu besar minyak
Bahan tambahan :
  • 2 cawan kacang tanah goreng - kisar halus
  • garam / perasa pilihan
Cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar kecuali kacang tanah kisar  dan garam hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan tumis ke dalam air rebusan yang sedang mendidih.
  3. Seterusnya masukkan bahan pemekat dan penyedap serta pelengkap untuk kuah iaitu kacang tanah kisar.
  4. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika sehingga sebati dah kuah agak pekat. Pekat sedikit saja ya, bukannya pekat macam kuah kacang nak makan dengan sate tu.... ahaks! Ketika ini kalau kuah tak cukup rasa, bolehlah tambah garam / perasa pilihan.
Kuah coto Amie ini nampak lebih cerah kerana Amie gunakan kacang tanah yang tidak berkulit. Amie goreng guna air fryer. Kalau kita jumpa Coto Makassar berkuah agak gelap sedikit, kacang yang digunakan adakalanya tidak dibuang kulit, atau kisar terus kacang tanah yang  berkulit . Apa pun, walau beza warna, rasanya tetap sama.

Kuah Coto Makassar

Coto Makassar enak dinikmati bersama buras nasi. Kalau tidak ada buras, boleh gantikan dengan nasi himpit, ketupat atau suhun. Oleh kerana Encik Suami rajin beli buras nasi dan pulut untuk sarapan pagi, jadi Amie ambil kesempatan untuk buat kuah Coto Makassar. Bolehlah makan dengan buras nasi.

Buras.


Hidangan lengkap semangkuk Coto Makassar mengandungi:
  • perut / limpa/ paru / daging
  • buras
  • daun sup / hirisan daun leek
  • bawang goreng
  • limau kasturi
  • kuah coto
  • sambal taucu
Coto Makassar

12 comments

  1. Tak pernah merasa makanan sebegini. Tapi kalau melibatkan organ dalaman seperti perut, peparu dan limpa, memang saya tak makan..

    BalasPadam
  2. Setiap kali baca mengenai coto Makasar ni,setiap kali tu lah teringin sangat nak rasa.Tapi mana nak cari???
    Rasanya dalam total lockdown nanti pastinta banyak masa lapang.Macam nak kena try juga waima sekali.Teringin sungguh hendak merasa.

    BalasPadam
  3. Nampak jelas perbezaan antara soto dan coto. Di Alam Sari, kita makan soto, di Amie's Little Kitchen ada pulak coto.

    Orang yang komen kat atas tu, katanya nak buat, kita tunggu kemunculan coto di dapur Mama Cella pulak 😍

    BalasPadam
  4. Nampakkk sedapp kak amie, tapi kalau tak letak perut limpa paru tu tak apa ke kak amie? Hehehe

    BalasPadam
  5. Coto...mcm sebutan soto jgk kan..tp penyediaan kuahnya amat berlainan dgn soto

    BalasPadam
  6. wah..1st time dgr ni...nampak sedap

    BalasPadam
  7. Teringinnya nk cuba kak, cuma kalau tak letak limpa , paru dengan hati boleh ke? Si Edy tak makan semua tu tp dana suka heheh

    BalasPadam
  8. pernah mkn coto makassar skali 2 thun lps. x berapa kena sgt dgn tekak sbb kuah dia pekat sgt. hehe

    BalasPadam
  9. Pertama kali dengar nama menu ni dan pertama kali tengok. Unik betul hidangan ni. Ada banyak rencah dan dimakan dengan buras nasi atau yang sewaktu dengannya. Kalau saya memang tolak segala organ dalaman sebab tak makan :)

    BalasPadam
  10. Wah kak amie..first time SA tengok ni..coto Makassar ni renyah nak buat ye...nampak sedap dan rasa terliur plak tengok...

    BalasPadam
  11. Sambal Taucu tu macamana buatnya. Memang kena lawan denagn coto makasar ke. Renyah masakannya pasti sedap

    BalasPadam
  12. teringin nak rasa ni.
    especially buras tu.
    kerap tgk perkongsian blogger.
    malangnya tak pernah merasa :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe