Cerita Jadi Pegawai Bank & Mee Hoon Goreng Putih Untuk Firdaus

8:01 PTG

 

Apabila membaca semula entri:
terasa lintang pukang dan kelam-kabut pulak seketika kehidupan selama 2 hari. Bukan lintang-pukang yang menyusahkan, tetapi penuh dengan rasa kelucuan, gelak yang tak berhenti dan geleng kepala berkali-kali. Apalagi apabila terbaca entri rakan-rakan blogger yang berusaha memasang pukat menjaring angka 20,000,000! Bertambahkan seronok dan terhibur sambil membayangkan suasana berjaga-jaga menanti kemuculan angka ajaib itu tiba. Ada yang dapat tembak tepat sasaran dan ada yang terlepas tapi tetap berusaha dengan penuh yakin! Memang sporting betul sokong Amie's Little Kitchen. Itulah yang dikatakan, kalau sudah rezeki itu akan menjadi milik kita, memang ia akan datang tanpa menoleh kiri atau kanan! Kepada yang teragak-agak tidak emelkan angka yang ditangkap sebab dapat nombor terlebih, mudah-mudahan ada rezeki lain yang menanti.

Amie ucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kesudian ketujuh-tujuh Pemenang 20 juta Pageview Amie's Little Kitchen sebab memudahkan urusan Amie kirimkan duit raya. Nampaknya pagi tadi Amie tukar jawatan seketika menjadi pegawai bank. Bukan 7 kali transfer duit tetapi 9 kali. Kali pertama, transfer duit belanja Fuad untuk bayar sewa rumah, api dan air serta belanja bulan Jun. Kebetulan pula sewaktu berbalas-balas emel dengan pemenang, tiba-tiba muncul satu emel dengan nama yang berbeza dari senarai 7 pemenang tadi. Rupanya, Blogger Notie baru terbaca namanya tersenarai sebagai salah seorang penerima DUIT RAYA UNTUK PENGOMEN BERTUAH BULAN APRIL 2021. Alhamdulillah. Terima kasih Notie, sebab muncul pada masa yang tepat ketika duit raya sedang dibahagi-bahagi .... ahaks!
Sekali lagi Amie ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pemenang kerana memudahkan urusan Amie. Syukurlah talian internet tidak meragam, jadi urusan pemindahan duit raya pun tidak tersekat-sekat.

Kita cerita tentang hidangan makan malam pula. Malam semalam sebelum tidur, Firdaus pesan minta Amie gorengkan mee hoon untuknya. Katanya jangan bubuh kicap, dia nak makan mee hoon putih. Lepas itu Firdaus minta kicap lada. 
Oleh kerana pagi tadi, Encik Suami belikan nasi kuning, tak jadilah nak goreng mee hoon putih untuk Firdaus. Tengaharinya pula kami makan roti dengan telur. Amie ingat nak masak nasi sebelah petangnya. Tiba-tiba Firdaus ingatkan tentang mee hoon goreng putih! Jadi makan malam kami hari ini mee hoon goreng putih saja.

Mee Hoon Goreng Putih

Beberapa hari lepas, Amie ketuk belakang parang ketika memotong ikan putih dengan anak lesung. Tiba-tiba anak lesung patah dua! Untuk kicap lada permintaan Firdaus tak dapatlah nak tumbuk cili padi. Malas nak keluarkan pengisar, jadi Amie nak hiris-hiris saja cili padi. Sedang bilas cili padi tiba-tiba dapat panggilan telefon dari bank!

Alhamdulillah. Kali ini giliran Amie pula terima 'duit raya' dari Google Adsense. Amie terus tinggalkan cili padi dan uruskan dahulu hal berkaitan dengan bank untuk proses penukaran USD ke RM. Kemudian Amie pun ke dapur semula untuk hidangkan mee hoon goreng putih.

Firdaus menambah berkali-kali mee hoon goreng putih, begitu juga dengan Encik Suami. Tidak seorang pun ambil kicap lada melainkan Amie!

Kenapa?

Cili padi tak dihiris, sebaliknya masuk sebiji-sebiji dalam mangkuk berisi kicap!

Isshhhh...issshhhh! Inilah bahananya kelam-kabut mengurus 'duit raya' dari Google Adsense sampai terlupa hiris cili padi.....kah!

Mudah-mudahan hari ini, semalam dan esok serta hari-hari mendatang semuanya baik-baik sahaja. In shaa Allah.

19 comments

  1. tahniah semua
    rezeki
    seronoknya
    mehun putih pun nampak sedapp

    BalasPadam
  2. Pageview 20juta tu saya ingatkan lama lagi. Tup tup sekejap je cecah 20k. Rugi tak berjaga².. haha

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..hari dapat rezeki dan berkongsi rezeki. Hebat Firdaus makan kicap lada sekali. Tapi mommy lupa pulak nak potong ye sampai terpatah anak lesung. hihi..Bila kerja dah terganggu memang lupa terus jadinya :)

    BalasPadam
  4. tahniah kak amie. dpt duit raya dari adsense. smoga makin murah rezeki ya.

    BalasPadam
  5. sedapnya mee hoon grg putih, dah lama tak makan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah berkongsi rezeki, kak amie dapat rezeki dari google adsense pulakk hehehe.

    BalasPadam
  7. sedap tu kak Amie..shida xpernah lg msk mehun putih..skali2 kena cuba ni :)

    BalasPadam
  8. Demi anak sanggup masakan bihun putih.
    Amboi sampai pecah dua anak lesung. Haha tidak dapat Bayangkan kuat betul ketukan parang pada anak lesung.
    Alhamdulillah rezeki Kak Amie dapat duit pula.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...
    Maka benarlah janji Allah bahawa memberi itu tidak kan mengurang,malah Allah akan tambah.
    Setiap kali tengok masakan cikgu,tak pernah tak terliur.Semua memancing selera sungguh..

    BalasPadam
  10. ingat ja firdaus mihun goreng permintaannya xdibuat lagi ya

    BalasPadam
  11. Kalau letak sebiji cili masa nak makan terus got sedap juga. Tahniah ye cash out Google AdSense

    BalasPadam
  12. hehehehe, ganas tu kak sampai boleh terbelah dua anak lesung tu hehehe

    BalasPadam
  13. The power of sedekah. Bila memberi, Allah balas balik berganda. Alhamdulillah..
    Sedapnya bihun goreng! Putih ke, hitam ke, feveret saya. ^_^

    BalasPadam
  14. Hidangan Kak Amie tak pernahlah tak nampak menyelerakan! Kisah di sebalik kicap lada tu mencuit hati. Tahniah, Kak Amie! Dapat duit raya Google Adsense 😊

    BalasPadam
  15. Duit adsense tu nanti boleh buat beli lesung batu baru. Hehe. Sedap mihun goreng tu, tak perlu kicap lada pun Firdaus sudah berselera

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. murah rezeki akak dan yang menerima duit raya..
    Kalau sha pun tak makan cili kicap tu.. seram kak nengokkan cilinya besar-besar gitu.. hehehe

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah rezeki dapat duit raya dari amie. Terima kasih ya. Tak sangka dapat duit raya. Cuti sakan sampaikan blog pun tak jengah...

    BalasPadam
  18. Dulu time amali biologi pernah le tumbuk jagung kedegang kedegung tiba2 lesung pecah. Balik asrama memang kena bahan oleh geng jadi hulk hogan masa amali exam. Muka cikgu yang jaga pun cuak bior betul student aku ganasnya. adeh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe