Karanahan View Kota Belud

by - 10:30 PTG

Hari ini hari paling cerah dan hari paling panas terik kami berada di Kota Belud. Setelah puas menikmati suasana sawah padi yang luas terbentang, kami singgah di Karanahan View yang terletak di Kampung Tempasuk Satu, Jalan Sangkir,Kota Belud. Tempat ini dibuka kepada orang ramai pada 31 Ogos 2019. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bermain paddle boat, water roller, water ball, floating boat dan layang-layang.

Memandangkan tempat ini belum lama dibuka, jadi terdapat kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan sedang dijalankan.

                         

Bayaran dikenakan di pintu masuk. 




Aktiviti yang sangat disukai Firdaus, beri makan ikan. Budak kecil ini terpaksa pakai selipar sebab tapak kasutnya terkopak sewaktu di Kudat.

60% padi di negeri Sabah dihasilkan di Kota Belud. Kawasan tanah sawah padi seluas 5,000 hektar diusahakan oleh 3,600 pesawah. Barangkali salah satu konsep yang diketengahkan di sini ialah suasana sawah padi yang paling dekat dengan kehidupan penduduk tempatan.

Mari naik tangga ini untuk sampai ke tempat tinjau.
Bolehlah rakam gambar pemandangan sawah padi berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.


Nun di belakang sana, sayup-sayup puncak Gunung Kinabalu berdiri gagah.












Ada apa di dalam rumah ini?


Pengunjung boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses penanaman padi cara tradisi berdasarkan gambar-gambar yang tertera di sini. Jom belajar beberapa patah perkataan tempatan di sini:
  • mangaradu - membajak / plowing
  • monugilai - merata / leveling
  • totok - seedling / semaian
  • mananomi - menanam / planting
  • mamaja - membaja / fertilazing
  • gumamas - merumput / grazing
  • momuhau - halau burung / scarecrow
  • mongomot - menuai / harvesting
  • manarad parai - menuai / harvesting
  • mongogik - menguroi / hitting
  • mangampas - membanting / beating
  • moniub - mengangin / aerating
  • gumagau - jemur / heating
  • mangatap - tampi / welcome
  • tumutuk - tumbuk / crushing
  • mongimpiu -  menguroi / welcome
  • mongimpuun  - memilih / choosing

 Ini pula tanaman padi cara moden. 

Jika berminat boleh sewa pakai pakaian tradisi di sini untuk bergambar.


Jangan lupa ke taman arnab.

Seronok sangat Firdaus dapat jumpa arnab jinak.


Banyak jenis bunga ditanam di sekitar untuk menambah keindahan kawasan.


Bunga orkid kembang mekar di tepi kolam ikan.

Seronok berada di sini. Tapi panas terik itu yang tak tahan. Maklumlah berada di tengah kawasan sawah padi. Kalau datang ke sini jangan lupa bawa payung atau topi.


Sekian. Cerita dari Karanahan View, Kota Belud.

You May Also Like

10 ulasan

  1. indah tempatnya sawahoadi berlatarkan gunung kinabalu di kejauhan

    BalasPadam
  2. cantiknya gunung kinabalu dekat belakang tu, kalau dekat japan ni, org nak tunjuk Mt.Fuji hehehe

    BalasPadam
  3. banyak tempat di KB yang belum pergi,,, cepat lah covid ini pergi.

    BalasPadam
  4. cantiknya tempat tu kak, lanskapnya cantik ada bunga-bunga sejuk mata memandanglah, arnab tu pun sihat-sihatnya semua... geram nengok

    paling cantik ada pemandangan gunung kinabalu tuh

    BalasPadam
  5. Tak terhafal istilah dalam proses menanam padi tu.. Hihihi
    Teringat subject Ilmu Alam zaman swkolah rendah. Penanam Padi di Delta Kedah & Tanjung Karang.. Semua proses tanam padi dihafal. Tambah pula hidup sebagai anak petani memang terasa mudah faham

    BalasPadam
  6. memang nampak cuaca panas terik
    tp berbaloi tgk pemandangan yg super cantik tu Amie..haha tergeliat lidah akak dok baca perkataan tu

    BalasPadam
  7. Cantiknya tempat ni... Kalau dekat dah sampai dah ni :)

    BalasPadam
  8. Cantik betul pemandangan yang backgroundnya kinabalu tu. Satu hari, Insya-Allah, saya akan sampai sana. :)

    BalasPadam
  9. Byknya tempat menarik di kota belud ni... cantik² pulak tu... mcm baru je tempatnya kak... sunyi je mungkin sbb pandemik ni x ramai org ke sana kan?

    BalasPadam
  10. Menarik tempatnya. Banyak tarikan dan boleh tambah pengetahuan sekali. Cantik tempat tinjau tu. kreatif buat tangga macam tu. Seronok firdaus bagi makan ikan dan arnab. arnab kerumun mintak makanan.

    BalasPadam