Jom buat kuih onde-onde, lepas itu kita makan sama-sama. Kamus Dewan kata, onde-onde ini sejenis makanan bentuk bulat-bulat kecil macam guli, diberi inti dan disalut dengan kelapa parut. Onde-onde juga dikenali sebagai buah melaka. Oleh kerana definisinya yang mengatakan sejenis makanan bentuk bulat, diberi inti dan disalut kelapa parut jadi banyaklah versi onde-onde di dapur kita! Ada onde-onde yang diperbuat semata-mata dengan menggunakan...
Bila cerita bab sup tulang, teringat suasana kenduri kahwin di kampung. Pengalaman masa lalu, zaman kanak-kanak dan remaja sentiasa menggamit memori. Seribu satu kenangan hidup sebagai anak kampung memang sangat mahal harganya, tidak mampu dibeli dengan segala harta yang ada. Hidup sebagai anak penoreh getah dengan jumlah adik-beradik yang ramai sudah tentu ada kesukaran yang sering dihadapi. Namun banyak kenangan manis yang kami...
Apa khabar semua? Mungkin sedang berehat bersama keluarga, atau mungkin juga sedang berterawih berjemaah. Moga sihat-sihat saja. Entri kali ini tidak ada resipi yang istimewa cuma ingin sembang-sembang tentang gelagat anak kecil di bulan puasa. Maklumlah, Firdaus baru belajar berpuasa dan sudah tentulah banyak tingkahnya yang mencuit hati. Petang tadi agak lewat sedikit masuk ke dapur, dan sedang menyediakan sup tulang untuk juadah...
Assalamualaikum. Jumpa lagi dalam entri masak-masak. Malam ini Amie kongsikan juadah berbuka puasa kami pertang tadi iaitu Popia Sira Sambal manis Pedas. Bahan-bahan: kulit popia saiz sederhana - kali ini Amie dapat 36 gulung popia dengan menggunakan inti yang ada sebiji telur - pukul ringan minyak Bahan inti: 1 cawan isi ayam - cincang 2 cawan mixed vegetable 1 cawan hirisan cendawan shiitake...
Assalamualaikum semua. Jom meriahkan Segmen Share Resipi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger. Boleh klik blog link di bawah banner ini. Di musim PKP ini, kita banyak berkurung di rumah bersama keluarga dan sudah tentu agak bosan memasak menu yang hampir sama setiap hari. Dengan menyertai segmen ini dapalah kita bertukar-tukar idea untuk memasak buat keluarga tersayang. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5...
Cerita kelmarin petang. Salah satu lauk berbuka puasa, Labu Manis Masak Lemak dengan Ikan Masin. Tiba-tiba teringin makan yang masin-masin pula. Sempat bertelefon dengan Bonda sebelum berbuka puasa. Katanya, Ramadhan kali ini sangat mudah baginya, perut tak lapar walaupun hanya bersahur dengan kurma. Katanya lagi, waktu berbuka kurang selera makan. Mungkin rindu suasana berpuasa sebelum ini. Maklumlah, anak cucu ada yang jauh dan...