Malam Kenangan di Hawa's Artisan Kitchen
7:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Begitulah tema hari guru pada tahun ini dan disambut setiap tahun pada 16 Mei. Oleh kerana sambutan di sekolah akan diadakan pada bulan Jun, jadi kami sambut dululah bersama geng kaki jalan.... ahaks!
Meraikan hari guru bersama geng kaki jalan di Hawa's Artisan Kitchen. |
Sekuntum bunga kristal hadiah dari seorang anak murid. Terima kasih Christy! |
Geng Kerawang! |
Ambil kesempatan bergambar sempena 16 Mei pada hari Selasa waktu rehat di gelanggang sekolah. |
Terima kasih Jusna bawa kek batik coklat ganache! |
Hasil perbincangan sewaktu berkunjung raya di sini: MERAIKAN KUNJUNGAN RAYA GENG KAKI JALAN! kami sepakat untuk meraikan hari guru di Hawa's Artisan Kitchen. Urusan tempahan dibuat oleh Kavvy. Kami bersetuju untuk bertukar-tukar hadiah bertemakan peralatan dapur.
Hadiah yang Amie bawa pada malam itu. |
Menjelang pukul 7:30 malam, kesemuanya berjumlah 10 orang dapat menghadirkan diri. Terima kasih Sue, bawa bunga untuk kami. Setiap seorang dapat sekuntum bunga ros segar dan wangi! |
Semuanya membawa hadiah dan akan dibahagi-bahagikan mengikut cabutan nombor. |
Sue & Nano |
Kavvy bawa kek yang tertulis : Selamat Hari Guru Bakal YB. YB bermaksud Yang Bersara. Tahun hadapan Gee akan bersara dan akan menyusul rakan-rakan yang lain pada tahun-tahun seterusnya. |
Air Bunga Telang |
Sebaik sahaja kami tiba, seorang pelayan membawa keluar minuman bunga telang. Kami sangat teruja sewaktu menikmatinya! Mulalah meneka-neka apakah bahan yang terkandung di dalam minuman tersebut. Setiap kali hidangan disajikan, empunya Hawa's Artisan Kitchen akan menerangkan nama hidangan dan jenis serta bahan yang digunakan.
Air Bunga Telang dihidang bersama jus limau dan air gula. |
Air minuman bunga telang ditambah dari semasa ke semasa. Setiap kali menikmatinya, kami bertukar-tukar fikiran mengenai rasanya. Kami dapat mengesan terdapat beberapa bahan campuran seperti serai dan pandan melalui rasa dan aromanya. Di dalam setiap gelas, selain diletakkan sekuntum bunga telang terdapat buah limau kasturi. Untuk menikmati air minuman bunga telang yang lazat, turut disediakan jus limau dan juga air gula. Terpulanglah sebanyak mana kita hendak campurkan bahan-bahan tersebut mengikut citarasa.
Suasana di tempat makan kami agak malap dengan sinaran cahaya lampu yang suram dan beberapa buah gelas berisi lilin di atas meja. Jadi, gambar-gambar yang diambil menggunakan HP capakapak sudah tentunya tidak berapa jelas.
Sebotol Air Bunga Telang |
Romantik kan? |
Sambil menghirup air bunga telang yang lazat beraroma, kami makan keropok bawang. |
Keropok bawang dicicah dengan sambal petai. |
Sambal Petai |
Inilah hidangan utama kami malam itu, nasi lemak. |
Bismillah. |
Selamat menjamu selera. |
Tuala basah. |
Selesai menikmati nasi lemak, setiap seorang dihulurkan sehelai tuala basah yang beraroma untuk mengelap tangan.
Kami meminta minuman air kosong dan juga air sejuk. |
Acara seterusnya ialah bertukar-tukar hadiah. Setiap penerima hadiah disuap cheese tart oleh pemberi hadiah!
Gambar kenangan bersama hadiah masing-masing.
Ais Krim Durian Belanda & Kek Sarang Semut |
Selepas bertukar-tukar hadiah, kami sambung kembali duduk di meja makan. Kali ini kami diberi pilihan samada hendak makan ais krim durian belanda atau ais krim nanas. Ais krim dihidangkan sekali dengan kek sarang semut yang sedap!
Bermula dari pukul tujuh malam, kami santai-santai menikmati makanan yang dihidang sambil sembang-sembang tanpa sebarang gangguan!
Malam penuh makna buat kami semua. Sambutan hari guru seadanya, dan kami sangat gembira dengan cara kami! |
Air Moringa |
Makan malam kami diakhiri dengan secawan minuman panas. Ada beberapa pilihan minuman termasuk kopi dan moringa @ daun kelor. Kami ingin mencuba air moringa @ daun kelor. Ditambah dengan sedikit air gula, maka jadilah sebagai teh moringa yang enak!
Memang sesungguhnya malam itu malam kenangan yang mengusik jiwa! Sewaktu bergambar di tempat letak hadiah, baju Kam terbakar oleh lampu di belakangnya. Syukurlah tidak banyak kawasan yang terbakar. Amie cadangkan nanti tutuplah dengan manik.
Barangkali inilah lampu yang membakar baju Kam! Namun kata Kam, disebabkan rasa gembira pada malam itu, dia tidak kisah kejadian tersebut. Paling syukur sudah tentu api tidak terkena kulit badannya. Tapi, tiada siapa yang tahu kejadian tersebut pada malam itu kerana Kam simpan cerita sehingga keesokan harinya.
Sewaktu tukar-tukar hadiah, Amie dapat hadiah daripada Kam. Sepasang mug hitam putih yang cantik! Boleh bahagi dua dengan Encik Suami! |
Sumber : Hawa's Artisan Kitchen |
Sekian.
Kenangan malam sambutan hari guru bersama geng kaki jalan di Hawa's Artisan Kitchen. Kami sangat berpuas hati sepanjang berada di sini dan berhasrat untuk datang lagi.
Moga perniagaan Hawa's Artisan Kitchen bertambah maju.
9 comments
Selamat Hari Guru Kak Amie. Meraikan bersama rakan2 sejawat pun seronok jugak ye. Mesti Kak Amie dapat banyak hadiah dari murid2 😊
BalasPadamSelamat hari guru.. Enak-enak makanannya..
BalasPadamMenu yang luar biasa.
BalasPadamCun-cun belaka!
BalasPadamuittt dah mcm celebrate kat hotel... letops letops semuanya👍👍
BalasPadamSelamat hari guru....menarik dan seru tukaran hadiah😀
BalasPadamWah.. romantiknya sambutan hari guru.
BalasPadamSelamat hari guru, kak Amie, meski terlambat saya terlambat mengucapkan. Saya juga sangat suka minuman bunga telang, kak.
BalasPadamselamat hari guru kak.. cantik gambar first kat Hawa's Artisan Kitchen tu
BalasPadam