Nasi Kuning Sambal Ikan vs Nasi Kuning Ayam Goreng
8:42 PGKawan-kawan sudah sarapan ke belum?
Jom sarapan nasi kuning bersama kami.
Tiba-tiba kita teringat, ada bahan di dapur untuk dijadikan nasi kuning, kecuali timun. Oh, timun itu hanya pelengkap hidangan sahaja, dan lebih ke arah aksesori. Tiak ada pun tidak mengapa.
Pagi tadi, selepas solat subuh bersama-sama, kita pun terus melangkah ke dapur. Masak nasi kuning dengan apa sahaja bahan yang ada.
Banyak kali sudah Amie kongsikan resipi nasi kuning. Untuk resipinya boleh klik blog link di bawah ini:
- NASI KUNING SABAH
- NASI KUNING SAMBAL IKAN TUNA
- SEDAPNYA NASI KUNING & THE GANG!
- NASI KUNING & THE GANG YANG SANGAT SEDAP!
- NASI KUNING SABAH
Nasi Kuning Lauk Sambal Ikan & Ayam Goreng. |
Tidak ada peha ayam, ada sayap ayam pun jadilah. Amie gorengkan Firdaus sayap ayam. Dan untuk Amie serta Encik Suami, kami lebih meminati sambal ikan. Mengikut tradisinya, memang nasi kuning dihidangkan bersama sambal ikan. Biasanya, sambal ikan tuna merupakan pilihan ramai. Bagaimanapun ikan lain tetap juga digunakan. Misalnya, pagi ini Amie hanya ada dua ekor ikan pelaling dan seekor ikan kerapu. Amie goreng kedua-dua jenis ikan ini dan 'disambalkan' untuk dijadikan lauk nasi kuning.
Nasi Goreng Samal Ikan Kerapu. |
Nasi Kuning Ayam Goreng. |
12 comments
saya baru 1 kali cuba resepi nasi kuning sabah kak amie..boleh buat lagi nanti semua orang dalam rumah suka..TQ ye kak amie resepinya
BalasPadamSilakan dik. Anak-anak suka makan, dan bila duduk jauh pandai rindu pula nasi kuning air tangan kita.
PadamOh, memang kawannya sambal ikan ya. Bagus juga, tak perlu masak berjenis lauk, senang kerja la gitu.
BalasPadamGembira Firdaus hasrat ditunaikan. Lagi-lagi masakan mummynya.
BalasPadamwahhh.. tercapailah hasrat Firdaus makan nasi kuning ya.
BalasPadamMenyelerakan betul nasi kuning kak Amie. Kali ni tunaikan permintaan Firdaus pula ye :)
BalasPadamWahhh..mesti cuba ni resepi nasi kuning. Harap² Ahnaff dan Sofea pun suka juga. Terima kasih atas perkongsian resepinya cikgu 😘
BalasPadamSaya pun dah cuba nasi kuning versi cikgu...memang sedap dan ngan dengan sambal ikan..
BalasPadamTerliur pula
Sungguh memikat selera set hidangan nasi kuning Kak Amie ini 😊
BalasPadamsedapnyaa nasi kuning kak amie..
BalasPadamnasi kuning ni lebih kurang macam nasi lemak kita juga ye kak, cuma tambah pulut sikit. Dana teringin nak cuba masak, tengok cara macam mudah juga
BalasPadamsedapnya tentu lagi sedap makan dgn sambal kerapu
BalasPadam