Makan Tengah Hari Lauk Sagol Ikan

6:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kesesakan lalu lintas berlaku akibat hujan lebat di tengah hari. Baju kita pun basah ketika masuk ke dalam kereta. Encik Suami kata, traffic jam teruk arah ke Seri Perdana. Tak tahu pukul berapa boleh sampai ke rumah. Baiklah makan tengah hari dahulu di bandar. Dari dalam kereta kami melihat restoran penuh dengan orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja pilihan raya. Nampaknya mereka sedang makan tengahari. Bukan satu atau dua buah restoran, tetapi banyak restoran penuh dengan orang yang memakai baju yang sama warna! Patutlah namanya pilihan raya, sebab suasana macam hari raya!

Dalam hujan lebat itulah, kami singgah di Restoran Ikan Panggang. Amie yakinkan Encik Suami, ada meja kosong walaupun sebenarnya ramai pelanggan di situ. Encik Suami terpaksa duduk di meja supaya pelanggan lain tidak ambil. Kita pergi ambil nasi dan lauk-pauk.

Pada masa yang sama segerombolan manusia berpakaian warna sama tiba-tiba masuk restoran, menambah kesesakan pelanggan yang sedia ada! Segerombolan itu bukannya dua puluh orang, tapi lebih daripada itu! Meja makan yang sepatutnya untuk empat orang, dipenuhi enam hingga lapan orang. Di sebelah meja kita, penuh dengan mereka yang berbaju warna sama, sampai hendak keluar pun (setelah selesai makan) terpaksa kita dan Encik Suami bergerak alihkan kerusi sendiri. 

Oleh kerana terlalu ramai pelanggan di bahagian lauk-pauk, jadi Amie senduk lauk mana yang tercapai oleh tangan sahaja. Mula-mula Amie ambil sambal kicap dan sambal belacan, letak di meja dan kemudian hendak tempah ikan panggang. Hasrat dibatalkan sebab ramai pelanggan berkerumun di tempat ikan panggang.

Ambil sahajalah sagol ikan atau ikan masak sagol. 

Sagol @ Sinagol Ikan

Ikan masak sagol atau disebut sinagol merupakan masakan tradisi masyarakat Bajau dan Suluk di Sabah. Biasanya ikan yang digunakan untuk masakan ini ialah ikan pari, ikan yu dan ikan buntal. Ikan lain pun boleh digunakan. Ikan akan direbus terlebih dahulu dan kemudian dicincang. Kemudian ditumis dengan bawang, serai, halia, kunyit dan cili padi serta bancuhan air asam jawa. Biasanya kalau sagol pari, hati pari  akan dihancurkan dan dimasak bersama isi ikan pari.

Tak pasti pula ikan apa yang kami makan ini.



Kita isikan pinggan nasi Encik Suami dengan telur masin dan dua ketul bakwan.


Pinggan sendiri kita isi nasi dengan telur masin dan sayur peria.

Acar Peria & Mangga Muda.

Acar peria dengan mangga muda ini untuk Encik Suami. Habis dia ratah seorang.

Singgang Ekor Ikan Putih.


Sambal Kicap & Sambal Belacan yang sedap itu kita makan sajalah dengan nasi. Minta seketul bakwan Encik Suami, cecah dengan sambal kicap. Sedap betul!

Nampaknya sehingga menjelang hari pilihan raya suasana hari raya akan disaksikan di mana-mana sahaja di negara kita!



17 comments

  1. pertama kali kak ana dengar nama masakan ni amie, owh ikan buntal pun boleh di jadikan menu ni ye, thank you for sharing amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka pandai buang racun ikan buntal. Kalau saya memang tak pandailah bersihkan dan olah ikan buntal.

      Padam
  2. Sagol..kalau tengok rupa lauk sagol..macam kena ja kalau makan dengan ambuyat🤭
    Masih terbayang keenakan ambuyat walau hanya guna tepung kanji..
    Saya pun balik kerja tadi tetiba view sepanjang jalan sudah berubah..Pagi lapang ja..petang tengok dah penuh poster..meriah betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah kita cuba Mama Cella. Sagol ikan lauk tradisi Bajau & Suluk kita gandingkan dengan ambuyat, makanan tradisi Melayu Brunei.

      Padam
  3. Mujurlah encik suami Kak Amie tak cerewet pasal makan. Bila tak cerewet, di mana saja pun boleh makan, walaupun penuh segerombolan orang sampai kita tak dapat lauk 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujan pun satu hal juga SK. Sebenarnya Encik Suami ajak keluar ke tempat lain. Tak bawa payung pula. Duduk sajalah di situ. Dah habis makan pun, hujan tak berhenti juga. Lain macam betul banyaknya pelanggan tengah hari tadi.

      Padam
  4. saya belum pernah makan ketiga jenis ikan yang kak Amie sebutkan di atas, ikan yu ikan pari mahupun ikan buntal

    BalasPadam
  5. Lainkali Cikgu Amie boleh tunjuk macamana ikan buntal yang sudah siap dimasak.

    BalasPadam
  6. Sy x masuk bila nk try mkn ikan buntal... hihihi... tp lauk sagol tu memang menu sabah kan? sbb x penah mkn dan jumpa

    BalasPadam
  7. sedapnya makanan tgh hari akak.. tapi first time saya tgk lauk Sagol @ Sinagol Ikan tu

    BalasPadam
  8. Sana sini meriah dengan merah biru. Ramai sampai tak muat kedai makan. Mujurlah ada meja kosong. Dapat juga menjamu selera. Bila dah ramai ramai tu makan apa yang mudah je kan. Pelbagai jenis ikan yang ada. Menarik juga gaya penyediaan sagol ikan ni. Gaul dengan nasi pun sedap juga makan tu. Tengahari pun ada bakwan juga ye Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Rezeki peniaga juga tu. Patut kak Amie mintak calon yang berkempen untuk belanja, mesti dapat. Hehe

    BalasPadam
  10. Agaknya apalah rasa ikan buntal kan...betul kak amie..yang pandai buang racun ikan buntal je tau macam mana...

    BalasPadam
  11. wahh mcm mna ya rupa isi ikan buntal lps kena masak..

    BalasPadam
  12. macamne lah agaknya rasa ikan ni ye kak

    BalasPadam
  13. hati pari, mesti besar kan hati ikan pari tu .... dah lama betul tak makan ikan pari

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe