Sambal Kodop Lada Putih, Sup Buah Tarap & Sambal Buah Bunga Kantan
8:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih teringat-ingat keenakan menikmati hidangan tengah hari di rumah Ros di sini:BERTEMU DENGAN ROS, BUNGA KAMPUNG SILUNGAI. Ros bekalkan kami pokok tuhau, pokok bisuq (ketumbar jawa), bunga kantan dan buah bunga kantan. Kesemuanya kami bawa berpusing keliling Kota Kinabalu dari hari Sabtu sehingga hari Rabu, sampai ke Lahad Datu. Alhamdulillah kesemua pokok masih elok apabila Encik Suami tanam. Bunga kantan dan buah kantan juga tidak rosak.
Minggu lepas, ketika hari hujan dan suasana dapur menjadi gelap, Amie masak tiga jenis lauk yang Ros hidangkan untuk kami tempoh hari iaitu:
- Sambal Kodop Lada Putih
- Sup Buah Tarap
- Sambal Buah Bunga Kantan
Hidangan Tengah Hari |
Sambal Kodop Lada Putih. |
Buah Tarap Muda. |
Buah tarap @ terap bukan lagi buah untuk rakyat marhaen kerana harganya sudah mencecah harga kayangan. Harga sebiji saiz kecil yang kami beli di Jalan Assam, Lahad Datu mencecah RM15.00. Barangkali kami beli banyak buah betik dan pisang, jadi peniaga buah turunkan harga menjadi RM12.00. Mengenangkan betapa enaknya Firdaus menghirup sup buah tarap di rumah Ros, sambal tiga empat kali menambah, kita beli jugalah buah tarap ini.
Sup Buah Tarap. |
Petai Panggang. |
Teringat sewaktu kita makan di rumah ibu Ros, di Pensiangan, adik Ros tak silap namanya Mark memanggang petai! Kebetulan ada petai, kita pun panggang atas kuali ajaib.
Ikan Selayang Goreng. |
Sambal Buah Bunga Kantan. |
Sambal Buah Bunga Kantan kita tidaklah secantik yang Ros buat. Warnanya kurang menyerlah kerana kita gunakan bawang Holland. Ros gunakan hirisan bawang merah. Tetapi rasanya tetap sama.
Ada masa nanti kita kongsikan resipinya ya. Kita tanya Ros, masakan apakah yang kami makan di rumahnya. Masakan Dusun atau Murut? Sebab suami Ros orang Dusun, dan Ros orang Murut. Ros jawab: Sama sajalah, Murut dengan Dusun!
15 comments
Sedap sedap menu hidangan tengahari kak Amie. Buah tarap macam buah nangka. Rasa dan bau buah bunga kantan kuat macam bunganya juga ke kak Amie?
BalasPadamBuah kantan tak ada bau kuat macam bunganya. Rasanya masam. Terkejut juga pertama kali rasa isinya yang masam.
PadamOhh tak bau kuat. Rasa masam okay lagilah untuk cuba rasa.
Padamoo buah tarap, ingtkn buah nangka muda., sedapp je ;p
BalasPadamLebih sedap dari nangka muda.
PadamKita masih ingat cikgu cerita sup buah tarap sama daging salai serta sambal buah kantan tu..Masa baca terfikir adakah sama rasanya kalau gantikan buah tarap dengan nangka muda kerana @ semenanjujg susah mau jumpa buah tarap.Kalau ada dijula di Pasar Borneo pun sangat terhad dan dua tiga kali kayangan🤭
BalasPadamApabila dimasak sup, buah tarap ini rasanya agak berlemak dan sangat lembut. Pada saya jauh lebih sedap berbanding buah nangka muda sebab nangka agak keras dan liat sikit.
PadamPertama kali tengok buah tarap dan buah bunga kantan. Sup buah tarap tu rasanya saya pernah lihat orang masak sebelum ni… cuma saya yang pelik ingat orang guna nangka muda buat sup 😂
BalasPadamSedapnya masakan kampung macam ni. First time dengar sup buah tarap.
BalasPadamlbh sekilo ke kak harga buah tarap mcm tu? seigt sy dulu arwah mak cik beli dlm rm6-7...ooo boleh buat sup rupanya... menarik tu👍👍
BalasPadamAgak-agak sup tu manis lah ya rasanya cikgu sebab saya pernah makan buah tarap tu.
BalasPadamBagus dapat rasa masakan etnik lain.
BalasPadamTidak sangka petai boleh panggang.
teringinnya nak makan buah tarap, tapi ada di sabah je yek...bila lah nak dapat ke sana lagi
BalasPadamsyu tak ingat dah pernah makan buah tarap ke belum..
BalasPadamtak pernah pulak dana jumpa buah bunga kantan tu, tapi nak cuba tanya dekat makcik lah. Dia ada pokok bunga kantan yang besar dan banyak kat kampung
BalasPadam