Soto Banjar vs Coto Makassar
5:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi kami alas perut dengan makanan berkuah. Encik Suami makan Soto Banjar, dan Amie makan Coto Makassar. Soto Banjar, asal-usulnya dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Coto Makassar pula asalnya dari Sulawesi Selatan.
Janganlah hendaknya makanan-makanan tradisional begini pupus disebabkan timbunan pelbagai jenis makanan moden yang digemari generasi muda.
Janganlah hendaknya makanan-makanan tradisional begini pupus disebabkan timbunan pelbagai jenis makanan moden yang digemari generasi muda.
Soto Banjar |
Kuah Soto Banjar agak berempah. Dalam semangkuk Soto Banjar terkandung pelbagai isi di dalamnya seperti bihun, telur rebus, pegedil kentang, ayam dan seumpamanya. Tambah menggoda selera apabila dihidang, ditaburi dengan bawang goreng dan daun sup di atasnya.
Coto Makassar pula, mengikut tradisinya kuahnya terdiri daripada air rebusan dagung dan organ dalaman, dimakan bersama buras dan memiliki rasa yang tersendiri. Banyak kali juga Amie kongsikan resipi Coto Makassar di sini: COTO MAKASSAR HIDANGAN LAZAT DI AIDIL FITRI.
Hurrmmmm... apabila melihat gambar air tangan sendiri, rasa teringin pula nak bersilat di dapur!
Seperti biasa Encik Suami minum lemon shoi, tapi kita minum sejuk, jus epal asam boi.
Sementara menunggu Encik Suami bersama Firdaus balik dari sekolah, jom kita ke dapur. Cari apa yang boleh dibuat kudapan petang.
Kita makan betik dulu.
Kita makan betik dulu.
Lepas itu goreng pisang.
Jemput makan pisang goreng cecah sambal tomato.
Minum teh halia.
Pisang Goreng & Sambal Tomato |
8 comments
sedqpp nya air tu
BalasPadamPisang goreng jika di Johor disebut Goreng Pisang, pencicahnya sambal kicap. Atuk sy (bapa ibu) orang Banjarmasin, Kak Amie. Tapi ibu selalu masak Soto Madura ❤️
BalasPadamTeringin sangat nak memcuba coto makassar tu tapi sini tak pernah jumpa lagi
BalasPadamDalam banyak2 menu ni betik tu yg paling menggoda hehe.
BalasPadamdana suka makan , makanan gini kak. Makanan moden boleh terima tapi yang lama lebih suka. Maklum lah dana pun dah macam orang lama kan hehehe. Soto memang kegemaran
BalasPadamPaling x leh tahan tengok pisang goreng tu...kenapa la ternampak pisang goreng...ya allah...sabarkan SA ya allah....sedpanyaaaa
BalasPadamuiittttt betul2 menggugat selera ni
BalasPadamSemoga tak hilang ditelan kemodenan.. Teringin juga nak cuba coto makassar tu..
BalasPadam