Makan Keledek Rebus dengan Sambal Tumis
1:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas sarapan nasi kuning, kita terus sambung kerja kita. Sesekali apabila bosan dan penat, kita tulis entri dan blogwalking sekejap. Pukul 11 pagi, Firdaus kata nak makan nasi kuning lagi. Kita masak nasi kuning tidaklah banyak seperti dahulu memandangkan hanya kami bertiga saja yang makan. Selalunya kalau masak nasi dua pot rice memang tak pernah habis dimakan sehari. Masak satu pot, biasanya berkerak pula! Tapi pagi tadi kita masak nasi kuning dua pot rice, dan tambah dua genggam beras pulut. Harapannya, bolehlah dimakan sampai ke petang!
Ketika azan zohor, kita ke dapur. Nasi kuning sudah habis. Kata Firdaus, dia yang habiskan semua nasi kuning! Lauk seperti telur rebus dan sambal ikan masih ada. Ayam goreng dan nasi kuning saja yang sudah licin.
Tiba-tiba terpandang keledek oren dan ungu yang duduk berkumpul dengan kentang Kundasang dalam nyiru di sudut dapur. Kita pun ambil keledek oren dan ungu beberapa biji, cuci bersih tanpa buang kulit dan rebus.
Setelah keledek masak empuk, kita angkat dan toskan airnya. Letak atas meja. Nampaknya masih ada baki sambal tumis ikan. Macam sedap jew kalau cecah keledek dengan sambal tumis!
Keledek Oren & Ungu Rebus. |
Alhamdulillah.
10 comments
Tidak kuasa masak nasi kuning lagi ya?
BalasPadamNasib baik idea datang rebus keledek oren dan ungu.
Oh, ingatkan ubi rebus aje makan dengan sambal tumis. Lain kali sy nak cuba jugak la makan keledek dgn sambal tumis.
BalasPadamKeledek pun karbo jadi memang kenyang lah kan. Menggoda kaler oren keledek tu.
BalasPadamAgaknya Firdaus betul betul teringin makan nasi kuning. Habis dia makan dengan penuh berselera. Ehh rare ni ubi keledek cicah sambal tumis. Menarik warna dua dua ubi keledek ni. Makan panas panas tu sedap. Biasa orang Korea suka bungkus dengan aluminum dan bakar. Maka begitu saja pun dah sedap. Inikan pula cicah sambal.
BalasPadamMemang sedap ni keledek rebus cicah sambal. Manis² pedas. Saya sukaaaa. Hihihi
BalasPadamSaya sangat suka keledek oren..mak saya pula sangat meminati keledek ungu..
BalasPadamTapi nampak keledek yang cikgu rebus tu terliur pula.Nampak empuk dan lunak
Sedapnya… terbayang-bayang lalu di anak tekak ni keledek rebus dilawan dengan sambal tumis.
BalasPadammemang sedap kak keledek cicah sambal merah tu, dahla keledek tu lemak manis
BalasPadamsedapnya keledek rebus cicah dgn sambal ikan bilis..
BalasPadamakak pernah tak makan keledek rebus dengan kimchi? sedap kak tau... heheh terpengaruh sebab selalu tengok di drama korea
BalasPadam