Belanja Secara Berhemah
8:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Baru-baru ini kami singgah di Kundasang dalam perjalanan pulang dari Penampang ke Lahad Datu.Seperti biasa kami akan membeli sayur-sayuran di gerai pekan Kundasang. Kali ini tidak ada keseronokan sewaktu memilih dan membeli kerana kebanyakan harga terutamanya buah-buahan sangat mahal.
Strawberry Apples. |
Kami singgah di tiga gerai yang menjual buah strawberry apple. Kami sangka mungkin harganya lebih murah berbanding harga di Coldstorage LD. Gerai pertama dan kedua menawarkan harga RM35 satu pek manakala gerai ketiga meletakkan harga RM40.00 satu pek.
Petai RM20.00 untuk enam papan.
Sempat kita renung dan kita belek jumlah papan petai. Ada dua ikat. Seikat ada enam papan, dengan harga RM20.
Harga rambutan sama dengan harga di LD. Tapi kadang-kadang di LD naik harga RM20.00 sekilogram. Pujuk hati, kalau nak makan puas-puas, tunggulah rezeki balik kampung pada musim buah-buahan.
Buah Bambangan. |
Harga buah bambangan pun sudah tidak boleh dibawa bincang!
Cili putih, cili padi Kundasang dan cili ungu : kesemuanya berharga RM30. |
Betik & Pisang Kaki |
Betik kampung, RM4.00 sekilogram. Dua biji RM14.00. Buah pisang kaki @ persimmon, RM15.00 untuk 3 biji.
Kentang : RM10.00 |
Keledek & Kentang RM30.00 |
Macam tak masuk akal harga 8 biji keledek RM10.00 dan keledek ungu yang kecil-kecil itu pun RM10.00. Kentang pun RM10.00. Apa boleh buat, sudah terambil dan terbeli pula. Pada mulanya kita sangka harganya masih seperti dulu, ambil tiga bungkus dapat RM10.00. Rupanya tiga bungkus RM30.00! Sama seperti cili 3 jenis yang kita ambil itu! Sudah terambil 3 bungkus, kena bayar RM30.00 juga.
Kita mula memikirkan, mengapa kenaikan harga barang termasuk buah dan sayur-sayuran begitu mencanak naik? Mungkinkah disebabkan nilai mata wang kita semakin susut? Atau pun gerai di sini memang letak harga mencekik leher?
14 comments
Terpana sy dgn harga cili & ubi-ubi tu Kak ..
BalasPadamRasanya byk faktor penyumbang selain yg akk sebut tu antaranya kurang pemantauan dr pihak berkuasa :(
Saya pun fikir begitu.
PadamApa je harga yg tak mahal sekarang? huhuhu
BalasPadamKan, Uncle huhuhu.
PadamTerkejut juga tengok harga . Emm mahal juga kan . Nak beli pun fikir berkali2
BalasPadamHumangaii..maha bona harga tu kak Amie. Terkedu tengok. Kalau begini memang kena beli secara berhemah. Strawberry apples di cold storage pun tak macam tu kan. huhu...
BalasPadamUihhh... nanas kat sana jual timbang kilo.
BalasPadamAllahuakbar mahalnya. Macam tak masuk akal je harga semua tu. Camne ye nak buat supaya harga dia dapat di turunkan. Buah-buahan bukannya tahan lama. Kalau boikot ramai-ramai sian pulak penjual nak cari rezeki tapi kalau harga dah macam harga kayangan sapa nak beli
BalasPadamMemang mahal sgt harga buah skrg, rasa tak berbaloi nak beli tapi kadang terpaksa jugak la beli.
BalasPadammahal sungguh tu kak..rasanya di semenanjung dah cukup mahal rupanya di sana lagi mahal ye
BalasPadambetul harga sayur dan buah semakin naik. memang mahal
BalasPadamAllahu...
BalasPadammahal banget harganya tu Cikgu..!
Saya beli apple strwberry tu 1 pack RM14 ingtkan dah mahal amat...rupanya kat sana lagi berganda...
Ya ampun..takut dengar harga
terperanjat dana tengok harga buah-buah dan ubi di LD kak, strawbery apples tu harga dekat sini belas2 je.. RM11 ke 14 gitu, ini sampaikan rm40 cekik darah sungguh. Kentang pun mahal jugak ek kak, keledek banyak itu dah RM30... nanti kalau akak ke semenjung borong buah puas2 kak
BalasPadammahal juga ya..
BalasPadam