Singgah Makan Tengah Hari di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner, Kunak
9:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu hantar Abang Farid ke Airport Tawau pada hari Ahad lepas, kami ambil kesempatan singgah makan tengah hari di SENDUK JEBAT IKAN BAKAR CORNER di Kunak. Penerbangan Abang Farid dijadualkan pada pukul 2:25 petang. Abang Farid tidak membawa bagasi, jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai ke lapangan terbang. Kami susun atur perjalanan, dengan harapan akan sampai di Airport Tawau dan sempat solat sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau. Kami akan menghadiri kursus di Sekolah Tahfiz Nadi Al Baghdadidi Jalan Damai, Tawau pada pukul 2 petang.
Firdaus tidak ikut. Fairuz ada bersamanya di LD, dan akan terbang ke Kota Kinabalu pada keesokan paginya, hari Isnin.
Makan tengah hari di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner |
Abang Farid sudah tentulah suka sangat makan di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner. Hanya ada ikan dan sotong segar sahaja yang ditawarkan di sini. Pelbagai jenis ikan boleh dipilih seperti ikan kutambak, ikan jenahak, ikan putih, ikan pari dan sebagainya. Banyak juga lauk-pauk yang sudah siap dimasak seperti ayam, daging, sayur dan lain-lain.
Sementara menunggu ikan siap dibakar, tengok-tengok dahulu lauk-pauk yang ada. Kita ambil sebiji telur masin. Belah dua, makan berdua dengan Encik Suami.
Ambil sedikit budu dan sambal belacan.
Dan juga tempoyak.
Tak banyak jenis ulaman yang disediakan. Amie ambil ulam rajaa, terung goreng dan kacang bendi sahaja.
Telur Masin & Ulam Raja |
Tempoyak, Sambal Belacan dan Budu |
Sotong Goreng Salut Tepung |
Ikan Jenahak Bakar Sambal |
Ikan Pari Bakar Garam Kunyit |
Abang Farid tak sabar nak makan!
Kawan-kawan kalau sampai ke Kunak, jangan lupa singgah makan di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner ya! Setakat ini (entah berapa kali singgah makan di sini), memang dapat ikan bakar dan sotong yang segar dan terasa manis isinya.
28 comments
Sedap-sedap makanannya..
BalasPadamJemput makan.
PadamBanyak ambil ikan.
BalasPadamTengokpun nampak segar.
Encik Suami nak makan ikan pari. Abang Farid suka ikan jenahak. Kita makan dua-dua.
PadamSedapnya ikan bakar tu! Kalau ada Firdaus pasti dia ambik sotong goreng tepung tu dulu.
BalasPadamYa, betul tu. Firdaus memang suka sotong.
Padamwahh telo masin pun nmpk menyelerakan mak baituu., ;p
BalasPadamHaaa.... telur masin dilupa jangan.
PadamWah, kat sana pun dah ada budu ya, Kak Amie. Nampak menyelerakan semuanya, rasa nak terkam!
BalasPadamLama dah ada budu sebelum kita datang ke Sabah. Cencalok pun ada.
Padamdapat me time dgn abg farid...ikan bakar tu semuanya nampak sedap ye kak
BalasPadamAlhamdulillah, dapat penuhi selera Abang Farid. Ya, semua ikan masih segar, rasa manisnya.
Padamikan panggang n ulaman sambal tempoyak sedapnya
BalasPadamBetul tu Kak PI. Jemput ye.
PadamFarid ni anak kak Amie yang suka makan ikan kan, tak silap saya. Nampak menarik semua juadah terutama ikan jenahak tu
BalasPadamFuad, raja ikan. Abang Farid ni raja ayam. Tapi kalau balik LLD, mesti nak makan seafood.
PadamMenggoda betul semua menu tu especially ikan bakar tu...mana la nak cari kat KL ni...sedpanyaaa...
BalasPadamMari datang Sabah SA.
PadamSedap2 menunya tu. Terliur tengok :)
BalasPadamJemput Shima.
Padambelum makan tengahari lagi ni kak, tengok menu akak tunjuk tu aduhai lapar pulak perut ni
BalasPadamMari makan, Dana.
PadamSedapnya ikan bakar. Kadang-kadang teringin jugak nak ke tempat Kak Amie sbb Kak Amie selalu share tempat makan yg sedap2 ;)
BalasPadamMari Carneyz, sesekali jalan-jalan cari makan di Sabah bersama keluarga.
PadamSenduk Jebat...
BalasPadamUnik nama tu..
Mungkinkan Jebat itu yang lima bersaudara atau mungkin Jebat tu ada maksud lain dalam diaelek Sabah?
Owner restoran ini rasanya orang Malaya.
Padamsedapnya nampak ikan bakar dan sambal dia..insyaAllah satu hari nnti kena dtg makan di sini..
BalasPadamKalau banyak ulam-ulaman yang disediakan pasti lagi asyik mencicah dengan tempoyak, sambal belacan dan budu tu.. Lauk-lauknya menarik..
BalasPadam