Cerita Anak-Anak
8:36 PTGPukul 8 malam, kami bergerak dari Airport Tawau dan hampir pukul 10 malam, kami tiba di Lahad Datu. Amie teringat, sewaktu Abang Farid masuk keluar dari pintu lapangan terbang, ada sebuah beg kertas yang dijinjing. Masuk ke kereta, Abang Farid berkata:
Pada hari ulang tahun perkahwinan kami yang jatuh pada tarikh 18 November, Abang Farid dan Fairuz mengadakan jamuan ringkas untuk kami sekeluarga. Ketika itu Abang Farid berkata:
Rupanya orang yang memberi lebih teruja untuk melihat si penerima membuka hadiahnya. Barangkali, kegembiraannya berganda berbanding si penerima. Terima kasih Abang Farid. Kadang-kadang kita terleka, sehingga terlupa ada seseorang yang sedang ternanti-nanti untuk melihat kegembiraan kita. Bayangkan, dari KLIA Abang Farid menjinjing beg kertas berisi coklat dan cookies. Tentulah Abang Farid sangat berhati-hati kerana bimbang cookies akan pecah berderai.
Chocolate Milk Hazelnut & Chocolate Chip Famous Amos |
Chocolate Chip Famous Amos |
26 comments
Selain untuk makan-makan, FA ni sesuai sebagai buah tangan sebab packaging cantik dan kemas.
BalasPadamWahhh.. Fuad nak konvo dah ya. Alhamdulillah sebelum konvo sudah dapat kerja.
Betul Faizah. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah.
PadamRezeki Fuad, selepas tamat praktikal terus dapat kerja di situ. Biarlah dia cari pengalaman dulu.
Alhamdulillah tahniah Fuad. Wah nanti boleh raoun JB lah ye bila hadiri konvo Fuad. FA tu bestnya. Dulu kat alamanda ada kedai dia. Bila dia masak cookies dia emmm semerbak baunya.
BalasPadamIn syaa Allah Notie. Perancangannya memang begitulah, tapi tak pasti pula boleh sampai JB atau tidak sebab kami menginap di Batu Pahat.
Padambetul kak saya pun selalu ternanti2 untuk lihat kegembiraan mak ayah kalau diberi sesuatu...
BalasPadammummy babah terbang ke Tanah Jauhar lah ye nanti...
Baguslah Abang Farid beritahu perasaannya.
PadamIn syaa Allah, kami akan terbang ke Tanah Jauhar.
Skrg ni kiosk FA kt mall selalu je xde stok cookies... lama dh x mkn
BalasPadamBanyak orang beli kali ya.
Padamkalau dana pun camtu, kalau balik kg belikan mak atau mil hadiah mesti nak diaorang buka dan tengok hadiahnya. Rasa puas hati bila yang diberi suka dengan pemberiannya tu. Sedapnya cookies famous amos tu, coklat bulat2 tu pun apa kurangnya
BalasPadamBetul tu Dana. Rasa teruja sangat nak tengok wajah gembira yang menerima.
PadamMemang sedap cookies famous amos tu.
Saya pula bergenang air mata bila cikgu sebut Fuad..macam dia
BalasPadamtaip takdan habis tertekan publish...
PadamAdoiii...
Nak tulis ..macam dia pula anak saya🤭🤣
Hihihi..kite pun tertanya², siapalah gerangan si dia tu 🤣
PadamSaya pun rasa terharu apabila Mama Cella tanya tentang Fuad. Terasa rapat ukhuwah di antara kita, saling bertanya khabar dan ikuti perkembangan anak-anak.
Padamwah nanti bulan depan ke Johor ye kak, jangan lupa nikmati semua makanan johor dengan sepuasnya
BalasPadamIn syaa Allah Dana. Selalu tengok Dana dan SK share makanan di Johor. Terliur-liur terbayang-bayang lontong, nasi ambeng dan macam-macam lagi.
PadamSeronoknya nak convo dah...SA baru nak hantar Dania 7hb nanti...dup dap dup dap dah....
BalasPadamMacam sekejap masa berlalu, terbayang-bayang lagi konvo Farid, sekarang giliran Fuad pula. Harap urusan hantar Dania dipermudahkan.
PadamDah lama xmakan biskut FA.
BalasPadamKalau beri hadiah kepada orang lain, sangat berbesar hati kalau si penerima menyukainya 😊
Ya, bukan penerima sahaja yang gembira, yang memberi juga berganda perasaan terujanya.
Padamwahhhh tahniah fuad👍👍👍maknanya kak amie blk malaya laa ya? semoga perjalanan akk sekeluargadipermudahkan
BalasPadamIn syaa Allah balik Malaya. Amin ya Allah, mudah-mudahan segala perancangan berjalan lancar.
Padambolehlah pnjg kn langkah ke singapore nnt😉😀
PadamItulah kena tunjuk kegembiraan terima hadiah supaya orang yang memberi rasa hadiah dihargai.
BalasPadamHehe saya memang suka biskut dan coklat. Kalau saya buka pada hari diberikan, rasanya habis sudah makan. Tapi kadang-kadang rasa sayang jadi makan sekeping biskut atau sebiji coklat sehari.
mesti Farid tak sabar nak tengok kak amie happy terima hadiah dia..
BalasPadamBetul tu kak.. Moment paling bahagia bila melihat kegembiraan orang yang menerima hadiah kita..
BalasPadam