Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat : Sabah Suara Bayu di Puncak Biru.
2:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Amie abadikan lagi hasil karya bentuk puisi di laman maya ini. Antologi ini sampai ke tangan pada bulan April 2022, namun hanya pada hari ini dapat dikongsikan. Terlepas pandang untuk dijadikan entri.
Percubaan menukang puisi (sajak dan pantun), walaupun hasilnya tidak seberapa, cacat di sana sini, namun itulah yang dinamakan permulaan. Memulakan memang agak sukar, tetapi memanfaatkan peluang yang diberi adalah kunci usaha yang perlu direbut. Terima kasih Kis My, penyelenggara Puan Fauziah Hj Moksin & Datu Ramlee dan semua yang terlibat merealisasikan buku Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat : Sabah Suara Bayu di Puncak Biru.
Antologi ini menampilkan pelbagai sajak moden, sajak dialek, dan pantun tradisi yang dihasilkan oleh 34 orang penulis. Sajak dialek ialah sajak yang diterjemahkan ke dalam bahasa suku kaum mengikut negeri atau daerah masing-masing.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menukang puisi bertemakan keistimewaan dan keindahan setempat, negeri Sabah di Bawah Bayu.
Antara karya Amie yang terselit di dalamnya termasuklah:
- Sajak Dari Menara Kayangan (Towers of Heaven Lahad Datu)
- Sajak Cerita Ombak di Teluk Darvel dan terjemahannya ke dalam bahasa Cocos: Ombak Mengomong di Teluk Daghvel
- Pantun Negeri Cantik Hidangan Menarik
Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat : Sabah Suara Bayu di Puncak Biru. |
Pantun Negeri Cantik Hidangan Menarik |
|
Cerita Ombak di Teluk Darvel. |
Ombak Mengomong di Teluk Daghvel. |
Walaupun umur sudah berlipat ganda bilangannya, tetapi kita masih muda dalam bidang penulisan khususnya puisi. Mudah-mudahan ilham terus mengalir untuk menghasilkan puisi yang seterusnya. Tidak kiralah puisi moden seperti sajak atau puisi tradisional seperti pantun dan syair. Semoga dengan usaha kecil dan kudrat sekerdil diri ini,bertambahlah lagi koleksi puisi untuk koleksi dan warisan generasi akan datang.
7 comments
Wah! Cover dia sangat Sabah!
BalasPadamBetul Uncle. Memang khusus untuk negeri Sabah.
PadamMasyaa Allah..hebatnya cikgu!
BalasPadamDalam kesibukan kerja hakiki sempat berpena aneka hasil tulisan..
Sukanya saya pantun Negeri Cantik Hidangan Menarik
Lupakan seketika letihnya melayan kerja hakiki.
PadamBeri masa untuk berilusi walaupun dalam perjalanan, duduk di sebelah pemandu sempat membaca dan menulis.
Tahniah kak Amie. Teruskan berkarya. Cantik bahasa dan menarik pantun Kak Amie.
BalasPadamUsia bukan penghalang menambah ilmu. Semoga terus sukses dalam berkarya
BalasPadamDulu suka sanagt cipta puisi...lepas tu dah tinggalkan bidang tu...puisi SA selalu masuk majalah sekolah...hehehe
BalasPadam