Makan Nasi Lauk Ikan Panggang & Latok di Restoran Chef Man

7:36 PTG

Bismillahirrahamanirrahim.
Hari ini sempat  jalan-jalan cari makan tengah hari di Bandar Seri Perdana. Kedatangan kami agak lewat, jadi tidak banyaklah lauk-pauk yang tinggal. Chef Man yang peramah memberitahu kami, hanya ada ikan putih sahaja yang akan dipanggang jika kami mahu. Melihat ikan putih yang masih segar, kami pun bersetuju.

Ikan Bakar, Latok dan Tom Yam Campur.


Ada dua pintu kedai makan, milik orang yang sama iaitu Restoran Chef Man Catering. Kelmarin kami singgah makan di restoran sebelah. Ketika sedang makan, Chef Man beritahu, di restoran sebelah ada ikan bakar dan latok. Ketika kami pulang, sempat nampak beberapa ekor ayam sedang dipanggang. Itulah ayam goleknya. Hari ini kami tidak cari ayam golek, tapi cari ikan bakar dengan latok sahaja.


Ketika hendak dipanggang, barulah ikan tadi dilumur dengan sedikit garam dan kunyit. Tidak ada tambahan perendah lain. Jadi, sewaktu kami makan memang terasalah isi ikan yang manis.

Ikan Putih Panggang

Air Lada

Ada dua jenis pencecah, air lada cili padi dengan hirisan tomato dan sambal belacan.

Sambal Belacan.

Tom Yam Seafood

Tom Yam Seafood ini berisi udang, isi ikan segar, fillet ketam dan sayur-sayuran. Banyak isinya. 


Nasi putih ditutup dengan keropok papadom.

Bismillah.



Kelmarin, kami makan di restoran sebelah.


Ada tempat makan di bawah. Pelanggan boleh duduk bersila. Kalau di Indonesia, dipanggil lesehan. Teringat sewaktu kami makan nasi gudeg di Jogjakarta, duduk bersila di tempat seperti ini.



 Meja makan pula dilengkapi dengan kerusi kayu bakau.


Di hujung lesehan, disediakan bilik solat.


Kaki meja daripada kayu. Biasanya diperbuat daripada kayu bakau.

Hiasan dalamannya memang nampak unik.


Dengan layanan Chef Man yang mesra pelanggan, tentu ramai yang suka menjamu selera di sini.



Kelmarin Encik Suami makan Nasi Goreng Ayam Penyet. Dalam keadaan telur yang masih sembunyi di LD, ada pula telur goreng mata menutupi ayam penyet.

Oleh kerana banyak ayam golek bergolek-golek di tempat panggangan, jadi kita pun mintalah sedikit untuk cuba rasa. Kita makan sikit jew, selebihnya Encik Suami tolong habiskan. Bukan apa, masih kena ikut arahan doktor supaya makan yang lembut-lembut saja. 

Fish & Chips

Untuk mencari makanan yang lembut-lembut, tak perlu banyak kunyahan, kita memesan fish and chips. Sedap isi ikannya, mungkin isi ikan segar. Ada spaghetti pula!




15 comments

  1. ikan tampak segar, kak Amie. Air lada itu apakah? Pedaskah atau pedas manis seperti ada rasa cuka atau lemon?

    BalasPadam
  2. Memang putih betul ikan putih tu yer cikgu sebelum dipanggang..
    Patut namanya ikan putih..Terliur namkak sambal belacan tu kalau dicicah ikan panggang..
    Lesehan yer namanya..Kalau bulan puasa syok dapat makan kat lesehan.🤭

    BalasPadam
  3. Nampak sedap2 belaka
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  4. Ikan putih panggang tu nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  5. ikan putih tu hanya ada di laut sabah ye kak?rasa macam belum pernah jumpa disini

    BalasPadam
  6. ikan yang dibakar nampak fresh betul, air lada dia nampak unik, mesti sedap tu

    BalasPadam
  7. menarik kedai makan nya kak, luas betul banyak konsep ada ya. Mesti sedap latok tu segar betul ye kak. Nampak besar betul latoknya, ikan tu pun sedap nampaknya

    BalasPadam
  8. Besar restorannya, menu pun banyak. Semoga bisnes Chef Man terus maju

    BalasPadam
  9. Nampak menyegarkan dan nampak sedap la kak amie...bestnyaaa...tapi tu la..SA jaga pemakanan dah ni...

    BalasPadam
  10. nasi goreng ayam penyet tu menggoda lah kak... masalah telur masih membelenggu lagi ya

    BalasPadam
  11. amboiiiiii tom yam diaaaaaaa👍👍👍

    BalasPadam
  12. sedapnya menu lunch kak amie.. ikan panggang nampak menarik..

    BalasPadam
  13. sedap2 makanan tu kak, kalau ikan fresh masak style gitu mmg sedap la kan

    BalasPadam
  14. Menarik konsep kedainya.. Air asam dia nampak ngam..

    BalasPadam
  15. Sedap ikan dipanggang hanya dengan bahan asas je. Itu pun dah cukup perasa dan dapat rasa isi ikan manis. Tomyam dia penuh mangkuk sampai nak terkeluar isinya. Kalau duduk di lesehan tu gayanya lambat sikit nak bangun bila dah kenyang. hehe...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe