Resipi Sambal Buah Kantan

9:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih ingat tak cerita buah kantan yang Amie kongsikan di sini: BERTEMU DENGAN ROS, BUNGA KAMPUNG SILUNGAI

Pertama kali meihat buah kantan, dan makan sambal buah kantan memang satu pengalaman yang sungguh mengujakan. Apalagi Firdaus pun turut sama makan sambal buah kantan air tangan Ros.

Agar resipi itu tidak hilang begitu sahaja, Amie cuba buat sendiri tetapi tidaklah secantik hasil air tangan Ros. Sambal Buah Kantan Ros nampak warna warni, tetapi hasil air tangan Amie nampak pucat pula sebab gunakan hirisan bawang Holland warna putih!

Jadi, gambar di bawah ini Amie kongsikan dari dapur Ros. Nampak aslinya, sebab hasil olahan orang Murut itu sendiri.

Sambal Buah Kantan.

Buah kantan yang masih muda dan tua.

Mari kita jalan-jalan di sebelah dapur luar, di rumah Ros. Serumpun pokok kantan kelihatan subur dengan bunga dan buahnya yang banyak. Jarang kita nampak buah kantan kan? Memang susah nak nampak sebab sebaik sahaja timbul kudup bunga kantan, kita terus tebas. Rupanya, buah hantan terhasil apabila bunga kantan tidak diambil!

Bunga Kantan.




Buah Kantan Tua.

Ros tebas dua tangkai buah kantan tua untuk kita bawa pulang ke Lahad Datu.


Ros belah buah kantan, dan suruh kita merasa. Aduusss.... masam! Ros kata buah kantan boleh dibuat jus, tambah dengan madu. Kalau batuk-batuk bolehlah minum juas buah kantan. In syaa Allah. redalah batuknya itu.

Inilah isi buah kantan. Encik Suami tolong cungkil dari tempurungnya. Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membuat Sambal Buah Kantan termasuklah:

  • Isi Buah Kantan
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Daun Bisuq (ketumbar jawa)
  • Limau Kasturi
  • Garam / Perasa pilihan


Cara:
  1. Hiris cili padi, daun bisuq, bawang merah dan bawang putih serta kulit limau kasturi.
  2. Masukkan dalamsebuah bekas, dan tambahkan isi buah kantan.
  3. Perahkan jus limau kasturi.
  4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  5. Gaul sebati, dan hidangkan.

Pokok Bisuq / Ketumbar Jawa.

Sambal Buah Kantan Lahad Datu.

Gambar atas : Sambal Buah Kantan air tangan kita.
Gambar bawah : Sambal Buah Kantan air tangan Ros.

Sambal Buah Kantan Ranau.

Kawan-kawan, kalau terjumpa buah kantan, cubalah buat sambal. Kalau tak ada ketumbar jawa, gunakanlah daun ketumbar biasa.

22 comments

  1. Tak sempat berbuah lah bunga kantan kat rumah mak asyik kena petik je bunga dia.. nak pesan lah camni simpan kan sebatang bagi berbuah hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jarang nampak buah kantan, sebab asal berbunga terus cantas. Boleh cuba simpan sebatang, tengok hasilnya nanti macamana.

      Padam
  2. masa baca masam tu, sy pun ikut tertelan air liur, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa masam tu berkurangan apabila dicampur dengan bahan lain. Perahkan jus limau kasturi lagi...aduusss saya kecur!

      Padam
  3. Rasanya selalu tengok bunga kantan je dijual kt pasar tani... ni buah kantan br tgk jugak gambarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bunga kantan biasa kita nampak di pasar tani. Buah kantan pun saya pernah tengok di pasar Ranau dan Keningau tapi tak pernah terfikir apa kegunaannya.

      Padam
  4. Rupanya ada buah ya. Betul selalu makan bunga kantan.
    Terima kasih tunjuk rupa dan bagaimana untuk dapat buahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kalau Ros tak tunjuk, tak tahu ada buah kantan dan boleh dimakan .... ahaks.

      Padam
  5. saya pernah tengok buah kantan..tapi tu la sekadar mencicip rasa masamnya sebab tak tau pula boleh masak sambal..
    Selalu nampak buah yang masak dicolek macam makan mangga muda tu..Kalau jumpa lagi buahnya...nak cuba la buat sambal ni..Terima kasih perkingsiannya cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak buat lagi sambah buah kantan. Sedaplah pulak pada saya.

      Padam
  6. kalau masakkan untuk mak2(mak mentua dan mak sendiri) ni mesti diaorang suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, orang-orang lama memang suka yang mesra alam...ahaks.

      Padam
  7. cantiknya buah kantan tu kak, mesti bau nya pun semerbak harum kan.... tak pernah jumpa buah nya tu kak, geram tengok pokok ketumbar jawa akak yg subur tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang subur betul rumpun pokok kantannya tu Dana. Buah dan bunganya pun besar-besar.
      Waktu Kak Amie ikut Ros cari ketumbar jawa di belakang rumahnya, teringat pokok ketumbar jawa yang Dana tanam.

      Padam
  8. Pertama kali baca tentang buah kantan. Mesti sedap rasa sambal buah kantan ni. Macam lebih kurang acar ye, Amie, makan dengan nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang suka aroma asli dari tumbuhan herba, tentu suka buah kantan ni Nur.

      Padam
  9. Macam terasa² masam² pedas sambal buah kantan tu. Makan dengan nasi panas² dan ikan goreng tentu sedap kan cikgu 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sangat. Rasa pedas tu tambahlah menyengat bila hirup kuah sup buah tarap pula... meleleh terus!

      Padam
  10. saya baru tahu buah kantan ini kak, saya kira sama dengan bunga kecombrang, rupanya berbeza

    BalasPadam
  11. Dari blog Kak Amie lah saya baru kenal dan tahu rupanya ada buah kantan. Isinya macam buah markisa pula dengan rasa masam tu. Saya kurang sikit dengan bunga kantan ni kak Amie. Tak pasti boleh makan atau tidak sambal buah kantan ni. Tapi bolehlah cuba. Ohhh macam tu ye. Maksudnya kalau nak buah dia jangan ditebas bunganya. Nanti balik kampung nak membelek lah kot kot ada sebab bunga kantan tak ada siapa yang ambil. Terbiar je macam tu. Tak ada yang minat.

    BalasPadam
  12. Kat kampung SA banyak la buah kantan ni tapi tu la...semua sebab bunga kantan tak dipetik...sesekali balik kg SA la yang rajin petik

    BalasPadam
  13. menarik. baru tau pasal buah kantan dan boleh dibuat sambal juga.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe