Kerepek Pisang Kiriman dari Kanchong Darat, Banting.
10:15 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Operasi membersihkan gambar dari HP terus giat dijalankan. Terpandang gambar kerepek pisang! Tarikh gambar diambil pada 28 Mac 2022. Allahu Akbar! Ketika itu kita baru saja pulang dari Kota Kinabalu membawa beban kerja kurniaan Seri Paduka Baginda. Kita perlu beri tumpuan terhadap titah perintah yang diamanahkan.
Selain kerepek pisang, ada lagi makanan lain yang dikirim. Terima kasih sahabat kesayangan, Norliza Baharom di atas keikhlasan mengirim makanan ringan untuk kita. Yang kita ingat hanya kerepek pisang sahaja sebab sambil buat kerja, sambil mengunyah kerepek ini!
Teringat sewaktu kita mula-mula sampai ke Lahad Datu. Norliza rajin kirim pelbagai makanan ringan untuk kita. Katanya, jangan minta belacan ye... ahaks! Kita tidak panggil Norliza, tapi kita panggil dia Cikin. Entah mengapa melekat nama Cikin, dan Norliza sendiri memang memanggil dirinya Cikin apabila bercakap dengan kita. Hei... pandai-pandai saja tukar nama anak orang!
Kerepek Pisang. |
Agaknya kerepek pisang apa erk... pisang tandukkah? Atau pisang helang? Atau pisang nangka?
13 comments
Nampak macam pisang tanduk. Kalau x silap saya, pisang helang pun rupa dia lebih kurang macam pisang tanduk kan cikgu? Sedap kerepek pisang tanduk. Kawasan Banting memang tempat orang buat kerepek. Macam² kerepek ada.
BalasPadamKan...
PadamMacam pisang tanduk..
Saya pun baru tahu ada pisang helang yang seakan pisang tanduk..
Sedapnya lemak masin
Nampak gaya macam pisang tanduk tu cikgu.. kalau nangka biasanyalah diorang sagat serong sikit.
BalasPadamKita pun suka kerepek pisang masin ni..Dulu zaman muda suka kerepek pisang manis.dah tua suka yg masin pula..selera berubah2 kan🤭
BalasPadamMcm pisang tanduk... anak² sy mmg suka kerepek pisang ni kak... masin ke manis ke semua diorang suka... even cheese pn suka... sy prefer yg masin... dulu² masa muda suka yg manis... sama mcm mama cella jugak... hehehehe
BalasPadamKalau kerepek pisang nipah pun sodap. Bila buat kerja ada kudap-kudapan kerepek ni bestnya takde le ngantuk sambil buat kerja
BalasPadamMemang laku keras ni
BalasPadamkesukaannn kerwpek.pisangg
oo pisang helang yg pendek sket dari pisang tanduk kan. rasa dia ala pisang nangka sedap
BalasPadamKalau dibelek belek gambar dalam handphone mesti ada idea nak update blog. Lama sudah berlalu tapi masih ingat lagi. Rezeki dapat kiriman kerepek pisang. Hihi..nama panggilan ni ikut suka je nak panggil apa asalkan tuan badan suka dan selesa dengan nama tu.
BalasPadamFirst time dengar pisang helang. Pisang nangka mungkin? Pisang tanduk nampak macam kasar lagi. Ke?
pisang tanduk rasanya tu kak... terus teringin nak buat kerepek pisang pulak
BalasPadamUsah ditanya pisang apa...SA x tau jawapannya...hehehehe...apapun murah rezeki yang mengirim...
BalasPadamfavourite ni kerepek pisang. kalau makan, tak sedar tgk2 dah nak habis.
BalasPadamSedapnya kerepek pisang..
BalasPadam