Singgah Kupi-Kupi di Madam Ina Cafe
12:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita ini sudah berlalu, pada hari Ahad lepas ketika dalam perjalanan puang dari Tawau ke Lahad Datu. Ame bersama Encik Suami singgah di sebuah kafe yang terletak di Simpang Empat, Kunak. Pada mulanya kami tercari-cari gerai sate, tetapi yang ada hanya gerai sayap ayam panggang. Apabila mata terpandang Madam Ina Cafe di sebelah kiri jalan berhampiran Restoran Samal Hijau, kita terus ajak Encik Suami singgah. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 6:30 petang, dan bermakna dalam tempoh 1 jam lebih kami akan sampai ke LD. Bolehlah singgah seketika di sini. Kupi-kupi dulu bah, bilang orang Sabah.
Encik Suami memesan cappucino. Katanya, supaya matanya segar ketika memandu. Sementara menunggu pesaan hidangan sampai, kita cuci-cuci mata dahulu dengan pemandangan warna kuning di dalam kafe.
Nampak sungguh tenang suasana di dalam cafe. Selain warna kuning yang membangkitkan keceriaan, susunan meja kerusinya juga kemas dan lantainya bersih. Semua pekerja memakai baju warna kuning disesuaikan dengan warna tema kafe ini.
Kami sempat makan puding lapis india, nona manis dan talam pandan ketan hitam. Tidak lama kemudian sampailah hidangan yang kami pesan:
- Kuetiaw Sizzling
- Lamb Chop
- Cappuccino
- Mago Smoothie
Kuetiaw Sizzling |
Lamb Chop |
Ketika kami sedang menjamu selera, datanglah berduyun-duyun pelanggan ke dalam kafe, dan ada yang naik ke tingkat atas. Menurut pekerja di kaunter, bayaran dikenakan sebanyak RM35 jika kita memilih untuk berada di tingkat atas. Sudah tentu ada yang special di sana.
Selesai makan, kami segera beredar.
Kami perlu menyambung perjalanan.
Sempat menoleh ke belakang sebelum menutup pintu kereta.
Secawan cappuccino panas yang dihirup, diharap dapat memberi tenaga dan kesegaran mata Encik Suami semasa memandu dalam perjalanan dari Kunak ke Lahad datu.
14 comments
nampak eksklusif dengan warna kuning
BalasPadamTetlrang biji mata tengok warna kuning. Hehe. Ceria sungguh.
BalasPadamMenarik konsep kedainya.. Citarasa zaman kini.
BalasPadamManarik cafenya ..
BalasPadamKuih lapis India tu apa baham dan rasanya..macam manarik tu cikgu
kafenya kuning terang dan mangoe smoothinya alamak seger banget
BalasPadamnampak sedap lamb chop dia..
BalasPadamMadam Ina tentu peminat warna kuning. Warna begini, boleh menambah selera makan.
BalasPadamWahhh.. cerianya kafe ni.. saya suka tempat makan yang cerah macam ni.
BalasPadamCurious pulak saya nak tau boleh dapat apa dengan bayaran extra RM35 tu. Ada karaoke kah?
BalasPadamwahhhh serba kuning. mesti madam ina tu peminat warna kuning
BalasPadamcerah mata hilang mengantuk tengok warna kuning
BalasPadampuding lapis india kuih talam pandan ketan hitam tu kuih dari indonesia ke kak?
sangat ceria warna cafe tu, kuning dia tu memang canti la kak. Cantik dalam kedai tu juga kak
BalasPadamSA pun dah lama x kupi kupi la...kawan- kawan semua bz
BalasPadamTerang dan ceria cafenya.. Terus segar mata melihat.. Owh ada bayaran ye untuk duduk diatas.. Apa agaknya yang istimewa dibahagian atas tu ye..
BalasPadam