Selepas Mengundi, Jalan-Jalan Cari Makan
8:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid kata, dua tempat makan yang ingin dikunjunginya selama tiga hari berada di LD, iaitu Restoran Aman Santai dan Sabah Chicken Rice. Nampaknya kami hanya sempat ke Restoran Aman Santai sahaja. Itu pun siangnya mengundi, waktu malam baru boleh keluar rumah. Bukan apa. Berlaku kesesakan lalu lintas, dan banyak anggota keselamatan di sana sini. Lagi pula, kebanyakan restoran dipenuhi oleh orang-orang pilihan raya dan mereka yang ingin menunggu keputusan. Rupanya sampai sekarang keputusan pilihan raya masih tergantung!
Makan malam di Restoran Aman Santai, Seri Perdana. |
Bukti sebagai rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab. |
Ikan Putih Kukus |
Apabila banyak tekak, banyaklah selera yang berbeza. Amie dan Encik Suami ikut sahaja selera anak-anak. Abang Farid suka sotong goreng telur masin. Firdaus suka sarang (telur yang ditabur di atas udang goreng butter). Fairuz pula suka ikan. Jadi kami pun memesan:
- Nasi Putih
- Sayur Campur
- Ikan Putih Kukus Halia
- Ikan Kutambak Panggang
- Ketam Masak Lemak Cili Padi
- Udang Goreng Butter Kering
- Sotong Goreng Telur Masin
Pada mulanya, hanya kami dan dua keluarga yang ada di restoran ini. Kami duduk di hujung, ruangan terbuka. Setelah kami memesan makanan, tiba-tiba datanglah beberapa buah keluarga dan penuhlah restoran. Syukurlah kami datang lebih awal, jadi tidaklah lama menunggu.
Sayangnya, lain yang dipesan lain pula yang datang. Misalnya Ikan Kukus Halia yang minta, tidak ada sehiris pun halianya! Aroma halia pun tidak ada.
Ikan Kutambak Panggang |
Ikan Kutambak Panggang pula datang ke meja bersama sambal belacan yang sangat sedap! Sama rasanya seperti sambal belacan @ sambal colek yang arwah MIL buat.
Ikan Kutambak Panggang |
Ikan Kutambak Panggang ini menjadi rebutan Abang Farid dan Fairuz. Kalau ada raja ikan (Fuad), mungkin kena ada dua ekor!
Ketam Masak Lemak Cili Padi |
Ketam Masak Lemak Cili Padi ini diratah berdua oleh Abang Farid dan Firdaus. Suka betul Firdaus hirup kuahnya, ditambah pula ada telur ketamnya!
Sotong Goreng Telur Masin |
Sotong Goreng Telur Masin ini menjadi rebutan semua. Memang sedap, dan memang lauk wajib untuk Abang Farid.
Udang Goreng Butter Kering |
Udang Goreng Butter Kering ini menjadi kegemaran Firdaus, terutamanya sarang telurnya. Tak dapat udang tidak mengapa, yang penting kutip sarang telur, kata Firdaus.
Kami tunggu sayur. Nampak pekerja restoran sibuk melayan pelanggan di meja-meja lain. Tunggu punya tunggu, kami beranggapan pekerja restoran terlupa sayur kami.
Akhirnya kami tidak tunggu sayur. Firdaus baca doa, dan kami terus makan. Setelah nasi dan lauk-pauk habis licin, sayur tak juga sampai! Sehinggalah Encik Suami ke kaunter untuk bayar harga makanan, memang tidak ada harga sayur!
Apa pun, Alhamdulillah.
Abang Farid dapat juga penuhi hasratnya untuk makan di Restoran Aman Santai.
14 comments
Enak2 juadah yang dipesan. Terliur sy baca ikan kutambak cicah sambal belacan. Untunglah kongsi udang dengan Daus, dia makan sarangnya saja, hahaha.
BalasPadamAlhamdulillah....
BalasPadamrezeki lepas mengundi..
Pasti ada sikit kekurangan bila sorang lagi takda..apa khabar Fuad .Semoga sukses dengan kerjanya
Meriah lauknye. Makan pun mesti lebih berselera dengan kehadiran anak² kan cikgu 😊
BalasPadamPaling teringin ikan panggang tu.. sedapnya cicah sambal belacan tu
BalasPadamWah sedap-sedap semuanya tu kak amie..paling best bila JJCM bersama keluarga tersayang kan?
BalasPadamDah sibuk dan ramai pelanggan mesti terlupa sayur yang amie pesan. Kena komplen ni sebab order tak sampai. Ngences tenguk ikan kutambak panggang
BalasPadamdalam ramai-ramai tu nampak Daus paling gembira abang-abang dapat kumpul sekali. Itulah kak entah siapalah yang dipilih jd PM ke10 nanti ya
BalasPadamtinggal jauh dari keluarga memang akan ada teringin itu ini..syukur abg farid sempat makan ditempat yg dia teringin,kalau tak mesti rasa terkilan
BalasPadamSotong tu menarik..potongan panjang. Biasa dipotong bulat.
BalasPadambertambah sedap makan ramai2 macam ni..
BalasPadamsedapnya....seafood semuanya..
BalasPadamSeapnya semua hidangan..mata SA ni tak leh lari dari tengok semua menu tu...lapar jadinya
BalasPadamberitahu sy yg mana tak sedap. sy nak try jg hehehe #gurau
BalasPadamYang penting sarang telur ye Firdaus.. Hehehe.. Mesti sedap sarang tu dimakan bersama nasi atau diratah sehingga menjadi tumpuan Firdaus..
BalasPadam