Maggi Goreng Telur Mata
6:12 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini Firdaus tidak ke sekolah agama, kerana menghadiri Program Latihan Gempa Bumi & Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). di sekolah rendah. Kami pulang dari sekolah bersama-sama.
Memandangkan Amie masih banyak tugas hakiki yang hendak diselesaikan segera, jadi kami tidak terus pulang ke rumah. Kami singgah di Deeja Aroma Cafe, Seri Perdana untuk makan tengah hari. Balik rumah nanti, boleh sambung kerja dan tak perlu fikir untuk masak.
Firdaus hendak makan Maggi Goreng Telur Mata!
Kami pujuk supaya makan nasi, tetapi budak kecil ini tidak mahu. Katanya, pagi tadi sudah sarapan nasi kuning, dan masih kenyang!
Kami pujuk supaya makan nasi, tetapi budak kecil ini tidak mahu. Katanya, pagi tadi sudah sarapan nasi kuning, dan masih kenyang!
Maggi Goreng Telur Mata |
Minumannya pula, Mango Smoothie.
Cendol Durian |
Kita pula nak makan Cendol Durian. Walaupun rasanya tak sama dengan Cendol Wak Gundol, tapi dapatlah juga melepaskan keinginan untuk basahkan tekak.
Nasi Ikan Bolu |
Dalam banyak-banyak pilihan menu, apabila ternampak menu ikan bolu tanpa tulang, itulah yang kita mahu! Kalau ada semangkuk kecil sayur bening memang mantap!
Nasi Peha Ayam |
Encik Suami pula berminat dengan Nasi Peha Ayam. Bukan nasi ayam tau.
Seperti biasa, ada tiga hidangan bermakna dapatlah tiga mangkuk kecil sup kosong. Firdaus hirup supnya sampai habis, dan kemudian minta sup kita pula. Dihirupnya lagi sampai licin.
Sumber: DEEJA AROMA CAFE |
Deeja Aroma Cafe ini letaknya di :
Lot 92, MDLD 7000,
Lorong Perdana 3,
Bandar Sri Perdana ,
Lahad Datu, Malaysia
10 comments
Terliur tengok nasi ikan bolu pilihan Kak Amie tu .. cendol durian tu semestinya menggoda selera :D
BalasPadamIkan bolu tanpa tulang, rangup sebab digoreng garing.
PadamSedap-sedapnya semua menu...
BalasPadamCendol tu lagi la ..
Amboi Daus... sedapnya mango smoothie...
Mesti Daus seronok tu baru lepas dapat jumpa Abang Farid & Abang Fairuz
Memang seronok sangat tu. Tak sabar nak jumpa semua abangnya waktu konvo Fuad nanti.
Padamaduh sedap nengok Daus punya air, cendol durian akak pun nampak menggoda sungguhla. Lagila musim panas gini
BalasPadamNyaman jew lalu kat tekak.
PadamSuka juga lauk tiada kuah cuma sambal dan sup.
BalasPadamnampak sedap ikan bolu. syu tak pernah try lg, sebab jarang makan ikan..
BalasPadamTeringin nak rasa ikan Bolu tu....lepas tu nasi ayam paha tu menggoda betul
BalasPadamSuka pula Sha tengok ikan Bolu tu..
BalasPadam