Hasil Karyaku Sepanjang Tahun 2022
3:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bulan November sudah menghampiri penghujung. Rasanya Amie tidak mempunyai banyak masa untuk menulis entri seperti biasa, dan berkunjung ziarah ke rumah rakan-rakan maya. Kalau sehari tidak menulis, memang akan berterusan berhari-hari lamanya. Harap tidaklah sampai berminggu atau berbulan berehat!
Hari ini Amie kongsikan hasil penulisan sepanjang tahun 2022. Barangkali, Antologi Bahagia ke Jenjang Pelamin merupakan antologi ke 35 dan terakhir yang diterbitkan untuk tahun ini. Tidak pastilah, mungkin ada antologi lain yang Amie sertai akan sempat terbit juga.
Antologi Bahagia ke Jenjang Pelamin ini sedang dalam perjalanan dari pihak penerbit di Selangor ke Lahad Datu. Sebelum sampai, Amie screen shot layout untuk entri ini.
Tajuk Antologi Bahagia ke Jenjang Pelamin sudah tentu tidak lari dari kisah cinta, atau cinta selepas nikah dan yang seumpamanya. Apabila memikirkan kisah cinta, memang tepulah otak untuk memikirkannya sebab kita sudah tutup memori cinta untuk selama-lamanya.... ahaks! Bukan apa, penghayatan itu perlu untuk menghasilkan karya yang 'hidup'. Jadi, terpaksalah menjadi muda semula untuk merasai kembali perasaan itu!
Bagaimanapun penulis memang tidak boleh menipu diri sendiri, dan sedikit-sebanyak hasil karyanya sudah tentu ada tempias dari kisah hidupnya sendiri. Oleh itu, proses kreativiti sangat penting ketika menukang aksara! Akhirnya terhasillah cerpen Di Mana Hatiku.
Sedutan cerpen Di Mana Hatiku |
Amie sebenarnya mula menulis sejak di Tingkatan Enam dan karya pertama tersiar di Majalah SALINA berjudul Sekuntum Bunga Kenangan. Sewaktu di universiti, pernah hantar pantun dan tersiar dalam ruangan Bisikan Hati. Juruhebah radio siarkan lagu Mahligai Syahdu, nyanyian Hattan. Pernah hantar sajak ke Berita Harian, dan tersiar di bawah judul Harga Sebuah Puisi.
Tahun akhir di universiti, Amie menyertai pertandingan menulis novel remaja tetapi tidak menang. Bagaimana pun novel tersebut di terbitkan pada tahun 1991 oleh Marwillis Publisher. Selepas itu Amie terus menyepikan diri dari dunia penulisan kerana menumpukan perhatian terhadap kerjaya, membesarkan anak-anak dan sambung belajar.
Minat menulis tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada tahun 2003 Amie menyertai Peraduan Menulis Novel Sempena 40 Tahun Sabah Merdeka Melalui Malaysia dan mendapat hadiah penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Novel tersebut bertajuk Teritip dan diterbitkan sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan 2009 oleh DBP.
Sebuah cerpen Amie terbit dalam Majalah Tunas Cipta bertajuk Nasi Lemak Buah Bidara (2004) dan sebuah puisi bertajuk Cerita Ombak kepada Pantai tersiar dalam Daily Express (2003).
Begitulah perjalanan pena, sekejap tenggelam, sekejap timbul!
Begitulah perjalanan pena, sekejap tenggelam, sekejap timbul!
Pada 2021, Amie aktif mengikuti seminar dan bengkel penulisan secara maya. Amie menyertai antologi Kembara Hikmah, terbitan AID Conference.
Kemudian, Amie terus bangkit menghasilkan cerpen kanak-kanak setelah mengikuti bengkel penulisan cerpen kanak-kanak dan berguru dengan Tuan Nurimas SN. Sehingga kini, hasil karya Amie diterbitkan di beberapa buat syarikat seperti SYFE Management, SHE (Syahidah Hassan Enterprise), SNE (Sanggar Nurimas Enterprise), KISMy dan Wacana MBM.
Berikut Amie kongsikan antologi pelbagai genre sepeti cerpen, cerpen kanak-kanak, anekdot dan puisi yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2022 untuk kenang-kenangan diri sendiri dan juga untuk tatapan anak cucu pada masa akan datang.
Cerpen Kanak-Kanak : Kembara di Borneo |
Cerpen Kanak-Kanak: Permainan Alam Kanak-Kanakku, Makanan Tradisional yang Memikat Rasa & Kisah Datuk dan Nenekku. |
Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Dunia Keriangan Kanak-Kanak |
Cerpen Remaja: Mengurai Impian |
Antologi Cerpen : Rezeki Jalanan |
Antologi Cerpen : Kawasan Kediamanku |
Anekdot : Kasut |
Anekdot Sayang Abah |
Anekdot Seindah Penantian, Semanis Kelahiran |
Siri Anekdot Menu Pilihan Hati: Daun Pisang atau Surat Khabar? Wah, banyaknya Lauk! Roti Canai Kuah Banjir Ikat Tepi atau Ikat Mati? |
Antologi Anekdot : Corat-Coret Cinta Berputik Eh, Ada Surat di Bawah Meja! Aku Pinang Kau dengan Assigment Oiii, Darah Manis! Tiba-tiba Dah Halal! |
Antologi Anekdot : Santuni Persahabatan Kalau Ada Sumur di Ladang Boleh Saya Menumpang Mandi Kalau Ada Umur yang Panjang Boleh Kita Berjumpa Lagi |
Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Sabah Suara Bayu di Puncak Biru |
Antologi Puisi : Di Bawah Percikan Arunika |
Antologi Pantun Enam Kerat : Yang Santun Yang Berjiwa |
13 comments
Banyak betul, tahniah!
BalasPadamAktif betul Puan Amie menulis.
BalasPadamTq kerana kongsi pengalaman untuk saya baca.
Luar biasa. Rupanya Ami penulis hebat dan berbakat mulai dari univetsity.
BalasPadamTahniah Cikgu Amie. Salute. Walau sibuk dengan kerjaya dan keluarga masih sempat berkarya.
BalasPadamWah, Kak Amie ni mesti ada daya imaginasi yang tinggi, tu yg mampu menghasilkan banyak karya. Tahniah Kak Amie atas penerbitan setiap buku2 Kak Amie ni, kagumnya.
BalasPadam35 tu bukan sedikit tau. Tahniah kak. Eh, mana boleh tutup memori cinta, kena sentiasa create baru. Saya lainlah umur begini masih bujang, memang sudah lupa rasa tu macamana
BalasPadamterbaik kak amie👍👍👍👍 dlm kesibukan harian masih sempat berkarya dan mencurah idea. teruskan menulis, kak!
BalasPadamhebat sungguh akak..kagum saya dengan akak..
BalasPadamtak terkira dgn 10 jari saya ni kak. tahniah dan teruskan berkarya ye kak
BalasPadamMasyaa Allah...
BalasPadamHebatnya cikgu .
Bukan kaleng-kaleng ni...Tahniah cikgu
Tahniah Kak Amie, seronok tengok karya Kak Amie banyak
BalasPadamWah!! Banyaknya karya akak.. Tahniah kak..
BalasPadamSemoga terus dikurniakan ilham untuk menghasilkan lebih banyak karya..
Padam